Google+ Followers

Friday, 28 February 2014

N25 Kajang - Anwar mendekati pengundi melalui tazkirah

Lokasi : Surau Taman Jenaris, Kajang, Selangor

Acara : Solat Maghrib diikuti dengan majlis tazkirah oleh Anwar Ibrahim

Tarikh : 26/2/2014


Isu gerakan anti-hadis yang tiba-tiba dihidupkan semula oleh Kassim Ahmad menjadi salah satu topik utama dalam tazkirah selama 35 minit yang disampaikan Anwar Ibrahim. Selepas tazkirah beliau bergegas ke lapangan terbang untuk berlepas ke Jepun dan akan kembali semula ke tanahair pada hujung minggu ini.

 Mendekati pengundi melalui tazkirah merupakan kelebihan kepada Anwar Ibrahim sebagai calon yang bertanding di N25 Kajang atau dimana-mana jua sekalipun terutamanya dikawasan dimana pengundi nya ramai kaum Melayu / Islam. Apakah yang termampu dilakukan oleh calon BN?. Satu lapangan / pentas mendekati pengundi sudah terbolos dan dimenafaati sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim.

Sama-samalah kita lihat permainan politik dan teknik berkempen yang akan digunapakai oleh jentera pilihanraya BN. Ketua Penerangan BN, Ahmad Maslan sudah pun kelihatan berceramah bersama Chew Mei Fun, bakal calon BN sekitar Kajang bermula pada hari Rabu.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 9
 10
 11
12 
 13