Wednesday 26 November 2014

PAU 2014 - Isu akta Hasutan menjadi bahan penggulung persidangan Wanita

Lokasi : Dewan Tun Ismail, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Persidangan Wanita UMNO - Sesi petang

Tarikh : 26/11/2014



Transkrip sidang media :

"Apabila Wanita kita menyatakan dengan tegas bahawa kita nak minta PM dan kabinet untuk mengkaji semula kemungkinan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948

"Saya nak cakap bahawa kita nak minta supaya ada Akta Hasutan ini sebab kita rasa kalau dihapuskan ataupun diganti dengan Akta Keharmonian Nasional yang tidak mencukupi saya rasa kita akan letak negara di satu tahap bahaya dari segi keselamatan, perpaduan, ketenteraman. Isu-isu ini adalah segala-galanya, kalau tak ada ketenteraman, keselamatan tak ada, perpaduan tak ada, maka tak ada ertilah hidup kita di Malaysia 

"Saya minta semua perkara di dalam perlembagaan tidak boleh menjadi bahan hasutan itu yang kita minta. Tetapi ada sesetengah pihak kata ini agenda Melayu, ini bukan agenda Melayu apabila kita kata mesti jaga semua perkara dalam perlembagaan ini termasuk bukan hanya untuk orang Melayu, bukan hanya untuk Bumiputera tapi termasuk untuk orang Cina, India dan juga lain-lain

"Jangan soal, jangan jolok isu-isu sensitif seperti Raja0raja, agam, bahasa. Sama juga saya ingatkan semua jangan kita soalkan isu kewarganegeraan atau isu lain yang memberi hak kepada kaum bukan Melayu

"Itu adil, sebab kami wanita bimbang isu perpaduan ini, kita tak boleh ketepikan dan pada masa yang sama kita tahu kita proaktif, kita pun percaya pada keterbukaan, ketelusan

"Pendirian wanita, kita nampak bahawa yang mungkinlah Akta Hasutan masih ada,  boleh tak mereka nak kritik kerajaan atau memberi cadangan yang membina kepada kita

"Nak suara rakyat tentang polisi kerajaan. Pada wanita kami ok, untuk polisi kerajaan, untuk memberi cadangan, mahupun memberikan kritikan, itu tak mengapa, 

"Sebab pada saya itu merupakan ciri keterbukaan BN, jadi kita ada penerimaan di situ. Kami tak ada halangan, yang kita nak jaga hanya perkara dalam Perlembagaan 

"Ini bukan agenda Melayu, ini adalah agenda untuk rakyat. Ini adalah satu perkara untuk semua orang yang ada sedikit daripadanya harus kekal menjadi rahsia, sebab kita adalah ibu, dan kita merupakan tempat untuk semua orang 

"Sebab itu saya tegaskan jangan persoalkan berkenaan warganegara, berkenaan bahasa, berkenaan sekolah juga

"Saya rasa dalam masa dua bulan kita akan berjaya kutip satu juta tanda tangan

"Saya harap kerajaan akan dengar suara majoriti rakyat.."

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
  17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30
 31
 32
 33
 34
 35
 36
 37 
 38 
 39
 40
 41
 42
 43
 44
 45
 46 
47
 48
 49
50
  51
52


1 comment:

  1. Patut direct je kritik presiden yg berkali-kali sebut nk mansuhkan akta hasutan. Termasuk juga ketua pemudanya. Nak takut apa? Majoriti ahli mahu akta tersebut dikekalkan. Inilah masa yang sesuai sedarkan presiden jangan seronok sangat dengan mimpi2 indah.

    ReplyDelete