Thursday 27 November 2014

PAU 2014 - Najib akur kehendak akar umbi mahukan Akta Hasutan kekal

Lokasi : Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian PAU dan ucapan dasar Presiden

Tarikh : 27/11/2014

PM umum Akta Hasutan kekal dengan tambahan 2 perincian

27 NOV: Akta Hasutan 1948 akan terus dikekalkan malah bukan sahaja dipertahankan tetapi ia juga akan diperkukuhkan.

Ia diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2014, Khamis yang terus disambut dengan tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Dua perkara baru yang akan dimasukkan dalam perincian Akta Hasutan itu adalah melindungi kesucian agama Islam malah agama lain juga tidak boleh dihina.

“Yang kedua ambil tindakan terhadap sesiapa yang cuba menghasut Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, keputusan mengekalkan Akta Hasutan ini dibuat setelah beliau mendengar maklum balas daripada timbalannya, pimpinan UMNO, usul-usul yang dibuat oleh UMNO bahagian, Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak lain-lain.

“Inilah hasrat kita dan saya percaya rakan-rakan dalam Barisan Nasional bersama kita semua supaya dapat mewujudkan Malaysia lebih aman, harmoni dan stabil,”katanya.

Menurut Najib berhubung masa depan Melayu dan bumiputera, beliau memberi jaminan akan terus berjuang demi kelangsungan bangsa sebagai penyambung lidah perjuangan Melayu.

“Mana mungkin saya biarkan keturunan dan bangsa saya dihina hingga menjadi bangsat di tanah air sendiri,” katanya dengan penuh tegas.

Solidariti yang ditekan dari awal ucapannya menekankan agar seluruh rakyat negara ini untuk terus mengekalkan semangat kebersatuan yang selama ini menjadikan Malaysia terus aman dan makmur.
Beliau menyentuh mengenai insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina pada Februari 2013, tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu dan tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu.

Beliau berkata, semua tragedi itu telah membawa rakyat di negara ini bersatu untuk menghadapinya dengan tabah dan beliau menyifatkan ia “Inilah lambang Solidariti.”

“Rakyat Malaysia secara keseluruhan menunjukkan semangat muafakat yang cukup luar biasa. Khususnya pada hari berkabung. Kita ingin semangat persatuan ini diteruskan sampai bila-bila. Inilah lambang perpaduan yang dinamakan Solidariti,” katanya.

Ucapan dasarnya itu dilakukan di hadapan 2,752 perwakilan dari seluruh negara pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Terdahulu Perhimpunan tahunan kali ke-68 ini membuka tirai dengan majlis perasmian dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dan bendera Umno ‘Sang Saka Bangsa’, nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti ‘Bersatu, Bersedia, Berkhidmat’ di Plaza Merdeka, sebelum beralih ke Dewan Merdeka.

Ibu Pejabat UMNO menerima 755 usul daripada 191 bahagian di seluruh negara yang merangkumi 638 usul untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas.

Daripada jumlah itu, 121 usul menyentuh soal pendidikan, diikuti 87 politik, 81 pindaan perlembagaan parti, 74 agama, 67 ekonomi, 170 isu sosial, dan 38 mengenai hal-hal lain.- bnbbc.my


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8
 9
 10
  

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30
 31
 32
 33
 34
 35
 36
 37
 38
 39
 40
 41
 42
 43
 44
 45
 46
 47
 48
 49
 50
 51
 52
 53
 54
55 
 56
 57
58
 59



4 comments:

  1. Tq bro minaq jinggo......beautiful fotos terasa semacam berada bersama dlm dewan.

    ReplyDelete
  2. Tu bro azwan apa nma tu nk kata apa? Sila brambos dr umno

    ReplyDelete
  3. Sendiri gatal mahu hapus...sendiri gostan balik. Huhu. Tahniah perkasa.isma.tsmy.tun m
    Ketua2 bahagian yg bangkit menyanggah kerja gila najib razak.

    Dr Muz

    ReplyDelete
  4. Ada orang kata Najib nak test market...tapi saya rasa Najib dah buat blunder yang hampir-hampir memusnahkan diri beliau sendiri. Orang UMNO tak mau jatuhkan dia atas alasan peribadi seperti yang telah dilakukan keatas Pak Lah, tapi mereka melihat kemampuan Najib menjaga kepentingan Melayu. ISA sudah hilang dan tak akan dapat dikeml=balikan semula.. kini Akta Hasutan pula yang dipertaruhkan Najib..Adakah beliau ikhlas dalam membuat u-turn ????

    ReplyDelete