Tuesday 14 June 2016

Program Kaseh Ramadan

Acara : Isteri Menteri WP bersama Penghuni Pusat Transit Gelandangan di Program Kaseh Ramadan 2016/1437H

Lokasi : Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang, Kuala Lumpur

Tarikh :, 13/6/2016


Kenyataan Media


Program Kaseh Ramadan adalah bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di kalangan penghuni, Pertiwi Soup Kitchen, Unggas KL, Merci Chef Malaysia, Kechara Soup Kitchen dan Kementerian Wilayah Persekutuan disamping memastikan kebajikan penghuni dijaga dengan sebaikny. Kehadiran Isteri YB Menteri Wilayah Persekutuan menunjukkan keprihatinan beliau terhadap penghuni yang merupakan golongan kurang bernasib baik dan berjauhan daripada keluarga. Program seumpama ini merupakan saluran untuk penghuni meluahkan perasaan dan berkongsi suka duka tertuamanya bagi mereka yang tiada tempat bergantung dan hidup sebatang kara. Secara tidak langsung melalui progran ini akan memperkukuh dan memperkayakan lagi interaksi antara pihak kementerian dan agensi dengan penghuni. Ini seterusnya dapat menerapkan nilai rasa kasih sayang dan prihatin di kalangan semua pihak dalam memastikan kelansungan kehidupan golongan gelandangan dijaga dan dibantu sebaiknya.

Sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini pelbagai aktiviti telah disusun supaya penghuni dapat mengimarahkan dan mengambil keberkatan di bulan Ramadan. Antara aktiviti pengisian kerohanian yang mendapat kerjasama dari NGO's adalah seperti sahur, tazkirah dan solat subuh berjemaah. Selain itu turut diadakan kelas mengaji dan solat terawih berjemaah dengan diketuai oleh wakil dari Pusat Pengajian Al-Quran Universiti Malaya. Ini merupakan inisiatif kerjasama strategik antara WP dan Yayasan Kebajikan Negara melalui sokongan dari NGO bagi merealisasikan aktiviti sepanjang bulan Ramadan dilaksanakan dengan konsisten dan teratur.

Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui kerjasama Malaysian Resources Corporation Berhad dalam membina bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan demi keselesaan penghuni. Banguan tiga tingkat ini mempunyai kemudahan asas seperti ruang penginapan yang mampu menampung sehingga 250 orang dan mempunyai kemudahan asas seperti bilik mandi, tandas, bilik dobi, ruang makan, tempat agihan makanan, surau, bilik rawatan, bilik OKU dan bilik simpanan barang. Pusat ini berperanan sebagai pusat sehenti yang menyediakan penginapan sementara mengikut tempoh yang ditetapkan. Selain dari penyediaan makanan setiap hari oleh NGO yang telah dijadualkan, pusat ini turut menerima sumbangan dari syarikat-syarikat dan orang ramai berbentuk makanan dan keperluan harian terutamanya pada bulan Ramadan.


Adalah diharapkan melalui Program Kaseh Ramadan ini dapat memberi kesan positif kepada penghuni mahupun pihak-pihak lain. Keprihatinan masyarakat terhadap golongan gelandangan dapat mengurangkan kesengsaraan dan bebanan yang ditanggung oleh merekan yang seharusnya dapat menambah nilai kasih sayang sesama manusia dan melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmatNya di bulan Ramadan yang mulia ini.

***********************************************
Foto 360 darjah 

Nota : Anda hanya perlu klik gambar tersebut dan ianya akan terbuka di link theta360... anda boleh lihat keseluruhan persekitaran lokasi foto dirakam... anda juga boleh mengalihkan pandangan dan sudut dengan menggerakkan cursor kearah mana yang anda suka ... anda juga boleh enlarge or round up the image... selamat mencuba dan alami pengalaman baru. :)




*******************************************************

Video 1


***************************************************

1
 2
 3
 4
Minuman bertin dari Vending Machine ini hanya berharga 50 sen setelah ditolak kos yang disubsidi
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
12
 13
 14
 15


No comments:

Post a Comment