Saturday 11 June 2016

Nur Ramadhan menjadi amalan CSR Kementerian WP

Acara : Program Nur Ramadhan Peringkat Wilayah Persekutuan KL

Lokasi : Surau Al-Husna, PPR Semarak, Kuala Lumpur

Tarikh 8/6/2016


SIARAN MEDIA UNIT KORPORAT KWP

1. Kementerian WP, DBKL dengan kerjasama Majlis Agama Islam WP, Yayasan Al Bukhary, Yayasan Kesejahteraan Bandar, Yayasan WP dan Pusat Khidmat Masyarakat Setiawangsa menganjurkan Program Nur Ramadhan WPKL 2016 di PPR Seri Semarak. TPM Zahid Hamidi turut bersama-sama komuniti Setiawangsa pada hari ini dalam mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak

2. Program Nur Ramadhan WPKL yang telah dilaksanakan sejak tahun 2009 merupakan kerjasama strategik pihak Kementerian dan agensi dengan organisasi Korporat , NGOs dan Pusat-Pusat Khidmat Masyarakat di WP. Ianya merupakan program tahunan KWP dan DBKL dalam usaha mengeratkan silaturrahim antara pihak kerajaan dengan komuniti WPKL. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memperkukuh dan memperkayakan interaksi antara pihak kementerian dan agensi dengan warga kota dalam menerapkan nilai rasa kasih sayang dan prihatin khususnya kepada golongan susah dan mereka yang kurang berkemampuan

3. Program Nur Ramadhan yang diadakan di 11 Parlimen WPKL tahun ini memperuntukkan sumbangan wang tunai sebanyak 900,000 yang melibatkan 6,000 orang asnaf, anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan. Masing-masing akan menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM150 setiap seorang semasa  Program Nur Ramadhan di setiap Parlimen. Ini merupakan inisiatif kerjasama strategi antara KWP dan MAIWP melalui perkongsian sumbangan wang tunai kepada para asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan. MAIWP melalui Baitulmal menyumbangkan RM131,250 kepada 875 asnaf, manakala KWP menyumbangkan RM18,750 kepada 125 orang di Parlimen Setiwangsa ini.

4. 1,000 orang penerima sumbangan ini juga turut menerima 10 kilo beras dan 2 kilo gula sumbangan Yayasan Al Bukhary serta set telekung dan sejadah dari Yayasan Kesejahteraan Bandar. Manakala Surau Al Husna Seri Semarak pula menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM10,000 dari Yayasan WP bagi tujuan menaiktaraf kemudahan surau. Kerjasama strategik KWP dengan pihak MAIWP, Yayasan Al Bukhary, YKB dan YWP bagi Program Nur Ramadhan WPKL ini adalah selaras dengan dasar kerajaan dalam melaksanakan National Blue Ocean Strategy (NBOS)

5. Adalah diharapkan melalui Program Nur Ramadhan ini dapat memberi impak yang besar dalam penglibatan rakyat secara umum serta memberi peluang kepada mereka untuk menyertai  setiap aktiviti dan program yang dianjurkan yang seterusnya dapat mencetuskan semangat muhibbah antara masyarakat dan melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmatNya di bula Ramadhan yang mulia ini. 



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
22
 23


No comments:

Post a Comment