Friday 28 June 2013

Rakyat Malaysia perlu tahu apa itu TPPA

Lokasi : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Jalan Kg Attap, KL

Acara : Forum TPPA (Perjanjian Perkongsian Bersama Trans Pacific), Bentuk Penjajahan
Moden Amerika
anjuran Blindspot dan DPMM Putrajaya

Tarikh : 27/6/2013 @ 9.00 pm


Objektif forum adalah untuk;

1. Memupuk kesedaran awam mengenai isu TPPA yang bakal memberi kesan besar kepada negara
2. Mendesak kerajaan untuk memberikan lebih disclosure mengenai isu kandungan perjanjian TPPA
3. Menubuhkan gabungan bertindak terdiri daripada NGO-NGO untuk membawa isu-isu TPPA
4. Mendesak kelulusan perjanjian TPPA dibuat bukan di Kabinet tetapi melalui penelitian Parlimen / Jawatankuasa Khas Parlimen
5. Memohon kerajaan memberikan keputusan kajian Cost Benefit Analysis yang dibuat oleh UNDP

1/23
 2
 3  Moderator , Sdr Anas Alam Faizli pengasas bersama Blindspot
 4  Panelis Cik Fifa Rahman, Pakar Undang Undang Kesihatan, MAC. Penerangan beliau menyentuh antara lain perlindungan dibawah hak 'Patent' yang dipegang oleh pembuat asal ubat ubatan yang kebanyakan nya dari USA. Sesuatu patent itu mungkin untuk tempuh awal 20 tahun dan boleh ditambah apabila ada penambaikan produk yang dikeluarkan. Produk seperti Panadol yang boleh dianggap produk generik tidak boleh dikeluarkan oleh pengeluar lain kerana perlindungan patent. Ini menyebabkan pengeluar pengeluar lain terpaksa menunggu lama sebelum mereka boleh mengeluarkan produk generik tersebut secara bebas. Dibawah TPPA patent ini perlu diberi penekanan yang teliti kerana patent akan menyebabkan harga produk perubatan akan sentiasa berada dalam genggaman pengeluar USA dan negara lain akan berada dibawah 'mercy' pengeluar pengeluar tsbt.
5  Pengusaha pharmaceutical tempatan - generic product
 6  Turut hadir Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman bekas Pengerusi MAS..
 7
 8  Pengerusi Gerakan Anti ISA, Syed Ibrahim Syed Noh
 9  Panelis Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah BNM
 10



11  Panelis Pro Dr Nazari Ismail, Pakar Perdagangan UM
12

 13
 14
 15  Ketua Perunding yang mewakili MITI di TPPA, Sdr Jaya Seri yang hadir sebagai penonton telah dijemput oleh moderator untuk mengisi tempat Cik Fifa yg terpaksa meninggalkan majlis awal. Kesempatan  ini telah digunakan untuk menerangkan perkembangan terkini TPPA. Beliau juga menjawab soalan yang diajukan oleh Nurul Izzah dan Shaari Sungib..
 16  Bekas Presiden MTUC, Syed Shahril Syed Mahmood mahu MTUC terlibat sama dalam merangka TTPA
 17  ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib mahu kerajaan Selangor diberi kepentingan dalam TPPA memandangkan sumbangan Selangor dalam perkembangan ekonomi negara
18  MP Lembah Pantai, Nurul Izzah mahu tahu mengenai Cost Benefit Analysis bagi penglibatan Malaysia dalam TPPA dan mahukan perkara mengenai TPPA diputuskan oleh Parlimen melalui Jawatankuasa Khas dan bukan nya terus melalui Kabinet.. 
19  Wakil Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengadu mengenai jawapan yang mereka masih menunggu dari Menteri MITI setelah beberapa perjumpaan diadakan bersama beliau.
 20
 21
 22  Lelaki ini mendakwa MTUC tidak pernah dijemput MITI dalam sesi penerangan mereka
 23  Lelaki ini pula tak boleh tidor selagi beliau tidak tahu apa bidang kuasa sebenar Perunding MITI dalam TPPA


No comments:

Post a Comment