Wednesday 27 November 2013

Apa musibah lagi akan menimpa Anwar?

Lokasi : Bilek mesyuarat tingkat 38, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur


Tarikh : 26/11/2013 @ 4.00 pm


Apa lah malang nya nasib Anwar Ibrahim yang ditimpa musibah bertalu talu dalam masa sebulan ini. Minggu lepas beliau dengan tiba-tiba buat penafian yang mengejutkan mengenai dakwaan 40,000 pengundi Bangla yang digunakan BN semasa PRU13. Kenyatan 'u-turn' beliau menimbulkan kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari kalangan penyokong sendiri. Apa tidak nya segala ucapan dan kenyataan beliau semasa berkempen PRU13 telah di rakam oleh pelbagai pihak dan boleh digunakan sebagai bukti penipuan dan fitnah beliau.

Kini hampir seluruh jentera PKR di Sabah lumpuh dengan keluarnya 11 ketua cabang PKR Sabah yang telah didahului dengan keluarnya 2 ADUN mereka dari Matunggung dan Kedamaian. Gelombang kedua dikhabarkan akan menyusul tidak lama lagi dengan keluarnya 9 lagi ketua cabang menjadikan 20 daripada 25 cabang PKR Sabah tidak mempunyai ketua. Yang parah nya apabila ahli-ahli biasa yang menjadi penyokong dan pengikut ketua-ketua cabang yang terlibat akan atau bakal turut sama meninggalkan PKR.

Dimana nak letak muka Anwar kerana isu yang timbul ialah hilang nya kepercayaan kepada beliau. Jangan cerita pasal maruah. Kita nantikan respon beliau dalam masa terdekat ini. Saya percaya rakan-rakan media akan memburu beliau di Parlimen hari ini..


Ikuti sesi penerangan oleh 'renegades' PKR Sabah..



2 comments:

  1. Biar PKR hancur lumpoh...rasa kau Anwar and Azmin ( manusia paling sombong di Malaysia).

    ReplyDelete
  2. pepatah kate "yang patah, tumbuh berganti"..

    ReplyDelete