Friday 14 February 2014

Kereta Kuda produk pelancungan Kuala Lumpur

Lokasi : Galeri Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Festival Kebudayaan Tahun Baru Cina 2014

Tarikh : 13/2/2104 @ 12.00 pm



KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Mulai 15 Mac, pengunjung ke Kuala Lumpur boleh merasai pengalaman baharu menaiki kereta kuda sambil menikmati pemandangan melalui kawasan-kawasan warisan yang berlatar belakang 12 bangunan peninggalan sejarah.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkhidmatan kereta kuda itu bakal menjadi tarikan terbaharu untuk pelancong di Kuala Lumpur.

"Pengalaman berkereta kuda akan menyemarakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2014," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan "KL Horse and Carriage Ride" sempena festival Tahun Baharu Cina di Galeri Bandaraya Kuala Lumpur, di sini Khamis.

Beliau berkata pengunjung akan dibawa bersiar-siar melalui Jalan Mahkamah Persekutuan yang berlatar belakang bangunan Sultan Abdul Samad sebelum melalui Masjid Jamek, sebuah daripada masjid tertua di Kuala Lumpur terletak di muara sungai Klang dan sungai Gombak.

Gerabak kereta kuda itu akan melalui Panggung Bandaraya, Gereja St Mary, Padang Kelab dan Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur sebelum berakhir di Galeri Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka.

Di sepanjang laluan, pemandu gerabak akan memberi penerangan mengenai bangunan-bangunan warisan yang terdapat di situ, kata Tengku Adnan.

Beliau berkata tiket bagi menaiki kereta kuda itu berharga RM50 seorang atau RM200 bagi seluruh gerabak dan boleh dibeli di kaunter Galeri Bandaraya Kuala Lumpur.

Tengku Adnan berkata perkhidmatan kereta kuda itu akan bermula dari 15 Mac dengan perkhidmatan berjadual 10 pagi hingga 11.30 pagi sementara pada sebelah tengah hari dari 3 petang hingga 4.30 petang.

Ini bagi memastikan perkhidmatan itu tidak terjejas semasa waktu puncak kesesakan jalan raya di ibu negara.

Tengku Adnan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) optimis bahawa perkhidmatan kereta kuda itu akan menjadi produk pelancongan yang menarik dan menyasarkan 17,000 penumpang sepanjang 2014.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata buat permulaan tiga gerabak disediakan dan enam ekor kuda dan jumlah gerabak akan ditambah jika mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

-- BERNAMA


1
 2
 3
 4
 5
 7
 8
 9
 10

11 
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18


2 comments:

  1. Perkhidmatan sewa kereta kuda di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk Majlis perasmian,perarakan perkahwinan Rm 750 untuk 3 jam. Sila lawati www.din.weebly.com

    ReplyDelete
  2. Horse carriage services call 019-2499965 www.din.weebly.com

    ReplyDelete