Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana
Acara : Seminar Pemikiran Kassim Ahmad
Tarikh : 16/2/2014
....sambungan dari Bahagian Pertama
7. Kesilapan Umat Islam
Di manakah
kesilapan-kesilapan besar mereka? Saya akan senaraikan beberapa kesilapan besar
itu di sini.
1. Umat
Islam pada hari ini tidak mengikut ajaran-ajaran nabi Muhammad dalam Quran. Inilah
kesilapan yang besar yang telah mereka lakukan. Mereka ikut satu kasta paderi
yang dipanggil Ulama, seperti penganut-penganut agama Hindu dan Kristian dulu. Kasta
paderi ini tidak wuhud dalam zaman Nabi dan empat khalifah rasyidun. Mereka muncul
kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri mereka sendiri sebagai pentafsir
ugama kepada umat Islam.
2. Khususnya, kesilapan-kesilapan itu boleh saya senaraikan seperti berikut:
a. Mereka mendewa-dewakan pemimpin-pemimpin ugama mereka yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka - apa yang dikatakan ‘penutupan pintu ijtihad’. Dalam puak ahli sunnah wal-jamaah, empat pemimpin besar boleh dikenal pasti, iaitu : Imam Shafi’e (767-820), Imam Hanafi (699-767), Imam Hanbali (780-855) dan Imanm Maliki (711-795). Dalam mazhab Syiah, mereka ada imam-imam mereka pula. Imam-imam ini telah mereka dewa-dewakan berlawanan dengan perintah Tuhan melarang pendewaan seseorang pemimpin atau sarjana, dan, malah, berlawanan dengan ajaran imam-imam besar itu sendiri.
b. Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. [8] Juga dikebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut Muhammad, frasa ‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’ (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran. [9] Juga perkataan ‘salla/yusalli’ bermakna ‘restu’, ‘bantu’ dan ‘sokong’, bukan selawat, seperti yang dibuat sekarang.
c. Perhatikan satu perubahan baru dalam ‘aurat wanita’. Perkataan ‘aurat’ berasal dari bahasa Arab. Ertinya ‘kebogelan’. Tiga puluh tahun dulu, wanita-wanita Islam tidak memakai tudung. Mereka memakai selendang, sehelai kain yang mereka letak di bahu, atau pun di atas kepala tanpa menutup semua rambut, kerana rambut bukan ‘aurat wanita’. Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat. Anehnya, wanita-wanita yang
Sebab-sebabnya nyata mengapa
umat Islam jatuh. Mereka telah mengabaikan ajaran-ajaran Tuhan yang sebenar serta
mengikut ajaran-ajaran kasta paderi.
Tiap-tiap generasi diperintah
oleh Tuhan mengkaji semula ajaran-ajaran pemimpin mereka yang terdahulu; yang
betul diterima dan diteruskan, yang salah ditolak. Inilah yang seharusnya
dilakukan oleh generasi-generasi Islam kemudian. Malangnya, penilaian semula
ini tidak dapat mereka lakukan persis kerana pendewaan tadi. Maka itu apabila
saya menulis buku Hadis – Satu Penilaian Semula pada tahun 1986, langit Malaysia runtuh
menimpanya! Selama dua bulan, perbincangan berlaku dalam televisyen, radio,
akhbar dan majalah tentang buku ini. Sesetengah menyokong saya dan sesetengah
membantah. Selepas dua bulan, buku ini diharamkan oleh pihak berkuasa atas hasutan
pihak yang berkepentingan.
Siapakah yang mewajibkan hadis
sebagai satu sumber undang-undang sama seperti Quran dalam masyarakat Islam? Jawabnya,
Imam Shafi’e (767-820). Beliaulah yang bertanggungjawab membuat doktrin baru
menyatakan hadis satu sumber hukum sama seperti Quran. [11] Sebelum beliau, apa
yang dikatakan hadis sudah muncul, tetapi bilanganya sedikit sekali dan tidak
mewajibkan diikut oleh umat Islam. Sejarah mencatat khalifah-khalifah Abu Bakr,
Omar Ibni Khattab, Uthman Ibni Affan dan Ali Abi Talib memiliki buku-buku nota
yang mereka tulis perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan Nabi.
Catitan-catitan ini tidak banyak dan hanya menjadi ikutan, jika sesuai, tetapi
tidak diwajibkan.
Setelah doctrin baru oleh Imam
Shafi’e ini diterima oleh masyarakat Islam, timbulllah pengumpul pengumpul
hadis seperti Imam Bukhari (m, 870).
Imam Muslim (m.875) dan lain-lain. Imam Bukhari dilaporkan telah mengumpul 600,000 hadis dan beliau menapis
hadis-hadis ini sehingga akhirnya tinggal 7,275 hadis yang beliau isytiharkan
sebagai hadis sahih [12].
ABIM (Angkatan Belia Islam
Malaysia) melalui setiausaha agungnya pada waktu itu, Encik (sekarang Dr.)
Sidek Baba, telah datang ke rumah saya dan meminta satu dialog tentang buku
saya. Saya memberi persetujuan dengan
syarat keputusan tidak diambil dalam dialong itu. Saya meletakkan syarat itu kerana pegangan
imat Islam kepada hadis sangat kuat dan tidak boleh dihapuskan dalam masa
sehari. Pihak ABIM bersetuju dengan
syarat itu. Malangnya, apabila dialog
itu diadakan di Universiti Islam Antarabangsa pada 28 Jun, 1986, saya terlupa
untuk menyatakan kepada majlis dialog itu tentang syarat yang saya
kenakan. Apabila dialog itu selesai,
pihak ABIM telah mengeluarkan sehelai kertas dari saku ketua mereka yang
mencatat bahawa buku saya menyeleweng dari ajaran Islam dan saya juga dianggap
menyeleweng dari ajaran Islam sebenar!
Akibat dari dialog ini buku saya
diharamkan oleh Kerajaan. Nyatalah
pengharaman buku ini satu muslihat yang sudah diatur oleh pihak yang
berkepentingan.
Kembali kepada soal Islam agama
Persekutuan Malaysia atau Islam sebagai agama rasmi, ingin saya menyatakan
bahawa pernyataan ini dalam Perlembagaan Malaysia menyalahi ajaran Quran dan
menyalahi Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad sendiri. Dari segi logika, sesebuah negara-bangsa
tidak ada ugama. Ugama dianut oleh
penduduknya, sama ada Islam, Buddhist, Hindu atau Kristian. Ajaran Quran mengisytiharkan dengan jelas
tidak ada paksaan dalam agama [13]. Ini
bermakna warganegara Malaysia boleh menganut apa juga agama yang mereka suka
tanpa halangan undang-undang.
Dalam Piagam Madinah, agama itu
urusan penganut-penganutnya secara autonomi. [14] Ini bermakna orang Muslim
mentadbirkan urusan-urusan agamanya
secara autonomi. Demikian juga orang
Buddhist, orang Hindu dan orang Kristian, dan lain-lain. Dengan ini, tidak akan berlaku konflik atau
ketegangan antara agama dan kaum. Dengan
ini perpaduan dan harmoni antara kaum di Malaysia akan menjadi lebih mantap dan
stabil.
Kembali kepada soal jalan yang
lurus dipilih oleh rakyat Malaysia untuk dijadikan sistem hidup mereka, perkara
utama tidak lain dan tidak bukan pemerintahan yang adil yang ditubuhkan melalui
perundingan. [15] Sistem dwi-parti yang kita import dari Eropah tidak sesuai,
pada dasarnya, dengan ajaran Islam. Kita
diberikan Tuhan dua tangan: mengapa kita gunakan satu tangan untuk merosakkan
kerja satu tangan lain? Tidak bolehkah kedua-dua tangan bekerjasama untuk
melakukan kebaikan bagi masyarakat kita? Jelaslah teori sekat dan imbang (Ing:
check and balance) ini satu teori yang tidak ada kebenarannya.
Sebuah pemerintahan mestilah
diwujudkan di Malaysia melalui kaedah
muafakat dan mentadbirkan negara-bangsa Malaysia dengan adil. Inilah perintah Tuhan dan keperluan yang
utama bagi rakyat Malaysia. Dengan
demikian, walaupun Malaysia dari segi sejarah, lahir dari Kesultanan Melayu
Melaka dalam abad ke-15, hari ini sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
(Malaya) pada tahun 1957, ia telah menjadi sebuah negara berbilang kaum dan
agama dengan semua kaum mempunyai hak yang sama.
Tadi telah saya nyataan penyelewengan
khusus yang telah dilakukan oleh umat Islam itu memecahkan masyarakat kepada
sistem agama dan sistem sekular. Ini
bersalahan dengan ajaran Nabi Muhammad dalam Quran yang menggabungkan kedua-dua
sistem ini secara harmonis. [16] Namum demikian, ajaran Quran juga menasihatkan
umat Islam mengutamakan kediaman akhirat tanpa mengabaikan hak-hak mereka yang
sah di dunia. [17] Perkara yang akhir ini menunjukkan perbezaan antara dunia dan
akhirat. Alam akhirat itu tidak lain
dari alam dunia ini di peringkat yang lebih tinggi, yakni dari segi moral dan
spiritual. Nyatalah satu kasta paderi
telah bertindak sebagai diktator kepada masyarakat Islam tanpa membenarkan
perbezaan fikiran. Perbuatan ini
melanggar perintah Tuhan yang terang yang berbunyi “Dengar semua pendapat dan
ikut yang paling baik”. [18]
Harus diingat bahawa Islam yang
datang ke dunia Melayu pada abat ke 15 dan 16, pasca kejatuhan Baghdad, yakni Islam yang
telah kalah. Walaupun ini fakta sejarah,
telah dicatat oleh seorang sejarawan Melayu bahawa kota pelabuhan Melaka dalam
abat ke 15 sebuah kota pelabuhan yang termasyhur di dunia, sama dengan Venice.
[19] Malah telah dinyatakan oleh penulis Portugis, Tome Peres, bahawa Melaka pada
zaman itu begitu penting dan kaya ia tiada lawannya di dunia. [20] Dinyatakan
oleh sejarawan Melayu tadi, 84 bahasa dpertuturkan di pelabuhan Melaka dan
bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca. Fakta ini menyalahi anggapan kita yang
pertama tadi. Kemungkinan besar ada dua
aliran Islam yang sampai ke Melaka dalam abad ke 14 dan 15.
Di awal tadi, telah kita petik
sebuah ayat suci yang berbunyi, “Rasul akan berkata: ‘Tuanku, umatku telah
membelakangkan Quran ini. Kami juga telah
mewujudkan musuh-musuh bagi rasul-rasul
kami dari kalangan mereka yang berdosa.
Tuan kamu cukup sebagai pembimbing dan penolong”. [21] Amaran yang
dahsyat ini telah wujud dalam Quran selama 1400 tahun lebih. Saya tidak pernah bertemu dengan huraian yang
panjang lebar atau sederhana panjang lebar tentang makna ayat-ayat yang
menakutkan ini.
Apabila ayat-ayat Quran dibaca,
kerap kali kaum agamawan Islam melagukan mereka dengan tajwid-majwidnya yang
sungguh enak didengar. Saya teringat
zaman remaja saya apabila saya sendiri terpengaruh dengan lagu-lagu Quran
dibacakan. Saya telah mensifatkan
perbuatan ini sebagai kaedah yang paling bijak untuk menyembunyikan Quran
kepada umat Islam, yakni lagu mengatasi makna. [22]
Hari ini saya telah menjangkau umur 80
tahun. Saya berfikir inilah masanya saya
mahu bercakap secara langsung kepada kepimpinan politik dan intelektual rakyat
Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia tentang penyelewengan-penyelewengan
yang telah mereka lakukan serta membetulkan kesilapan-kesilapan kita supaya 30
tahun yang akan datang dan seterusnya kita boleh mencapai jalan yang lurus yang
telah diperintahkan oleh Tuhan kepada kita.
Harus diingat bahawa pertama sekali Quran itu bimbingan
untuk orang-orang yang bertakwa. [23] Bimbingan ini hanya diberi oleh Tuhan
sahaja kepada pencari-pencari yang jujur.
Jadi, rakyat Malaysia yang beragama Islam dan umat Islam di seluruh
dunia mestilah bertekad untuk mencari bimbingan ini dengan jujur. Kedua,
Quran itu bukan untuk dilagukan dengan tajwid-majwidnya
berdengung-dengung. Quran itu perutusan
Tuhan yang terakhir kepada dunia. Ia
bimbingan kepada seluruh manusia. Kita
mesti ada satu kaedah yang saintifik untuk mentafsirkan ayat-ayat Quran itu
supaya ia benar-benar menjadi bimbingan kepada umat Islam dan seluruh
dunia. Kaedah saintifik ini pada
dasarnya bermakna Quran itu menjelaskan dirinya sendiri, yakni ayat mentafsirkan ayat, bukan seperti
kaedah tradisional yang mendakwa Hadis mentafsirkan Quran. [24]
Ketiga, kediktatoran kasta paderi [baca: ulama) harus
disingkirkan. Kaedah saintifik dan
demokratik, yakni perdebatan yang rasional dan bijaksana, mestilah diutamakan.
Keempat, Quran itu mesti ditafsirkan semula oleh generasi yang
mendatang, mewarisi tafsiran yang betul dan menolak tafsiran yang silap
daripada generasi yang terdahulu.
Kelima, mengikut ajaran Tuhan Sendiri, Quran itu diwariskan kepada
mereka yang Tuhan pilih daripada pelbagai kalangan, bersalahan dengan pegangan
tradisional bahawa pewaris Quran itu para ulama. [25]
Keenam, nyatalah sistem hidup yang dianjurkan oleh Quran itu
bersifat republican dan demokratik. Ini nyata daripada asal-usul Nabi Muhammad
dan empat khalifah ar-rasyidun (Abu Bakr, Omar Ibni Khattab, Uthman Ibni Affan
dan Ali Abi Talib). Apabila Muawiyah
merampas kerajaan Islam dari tangan kaum republikan dan demokratik ini,
bermulalah zaman feudalisme dalam sejarah islam awal membawa kepada abad ke
20. Umat Islam perlu kembali kepada zaman
republikan dan demokratik yang telah kita sebutkan. Hanya dengan demikian, Islam yang sebenar
akan kembali semula ke dalam dunia serta memimpin umat Islam dan seluruh dunia
kepada alam kejayaan dan kebahagiaan, seperti yang dijanjikan oleh Tuhan kepada
umat Islam. [26]
8. Langkah-Langkah
Yang Perlu Diambil
UMNO, parti nasionalis, yang
menjadi tulang belakang pemerintahan di Malaysia sekarang berasal sebagai
sebuah gerakan massa pada 1946. Namun tiap benda yang hidup akan merosot.
Demikianlah UMNO telah merosot. Hanya anggota UMNO dan rakyat Malaysia
seluruhnya melalui Perhimpunan Agung UMNO boleh membaiki UMNO, melalui apa yang
diperintahkan oleh Tuhan “menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan”. Perhimpunan Agung UMNO tahunan mestilah
menjadi sekat dan imbang atau penjaga kepada sistem pemerintahan di Malaysia.
Rasuah, pembaziran dan kejahatan lain mestilah dikoreksi dari dalam oleh kita
yang sedar sendiri.
Inilah yang harus dilakukan oleh rakyat Malaysia. Inilah juga yang
harus dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia. Tiada seorang Imam Mahdi atau
Nabi Isa turun kali kedua boleh tolong mereka. Manusia tiada penolong dan
pembantu kecuali diri mereka sendiri. Dengan izin Allah !
Saya telah menyatakan pada awal tadi
bahawa saya akan meluahkan isi hatinya tanpa sekatan. Saya ingin menyatakan
dengan rendah hati bahawa saya memohon kepada Tuhan Azza-Wajalla memberi taufik
dan hidayah kepada saya dan menjauhkan saya daripada kesombongan dan
kebanggaan. Saya ingin menyatakan terima kasih
yang tidak terhingga banyaknya kepada sahabat-sahabat saya dalam
Jawatankuasa Penaja yang dipimpin oleh Sdr Nik Aziz Hassan dan juga dari pelbagai
bangsa dan agama yang telah mera’ikan hari jadi saya yang ke-80 dengan seminar
penilaian kritis terhadap karya-karya saya. Saya mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sudi merasmikan upacara ini. Kami
mengucapkan terima kasih kepada pihak dewan yang membenarkan kami menggunakan
dewan yang permai ini.
Ucapan ini tidak kena-mengena dengan
peringatan harijadi saya yang ke-80. Saya fikir sudah sampai masanya kita,
rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia, berdepan dengan realiti kita
secara realistic dan bijaksana untuk menentukan masa depan kita semua, bukan
sahaja untuk 30 tahun akan datang, tetapi untuk selama-lamanya.
Saya bercakap ini langsung kepada
elit kepimpinan politik dan intelektual dan kepada massa rakyat. Saya harap
mereka ambil peduli.
Terima kasih
KASSIM AHMAD
16 Februari, 2014
Updated on 20/2/2014 @ 1.28 pm
[1] Lihat Sajak saya, “Satu
Sumpahan”, dalam Kemarau di Lembah,
Saudara Sinaran Brothers, Pulau Pinang, 1967. hlm.46.
[2] Lihat sajak “Pidato” dalam Ibid., hlm. 67
[3] Lihat Kassim Ahmad, “Pembangunan
Intelektual Bangsa” dalam Koleksi Pidato
Penghargaan Siswazah Kehormat Konvensyen Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi: 1997) hlm. 87.
[4] Lihat risalah saya, Kontroversi Hukum Hudud, Forum Iqra’,
Pulau Pinang, 2002.
[5] Lihat Quran, 15:9
[6] Quran, 5: 48.
[7] Sejarawan Inggeris Philip K.
Hitti berkara tentang peristiwa ini, “Jika ada seseorang dalam dekad ketiga
abad ketujuh berani meramalkan bahawa dalam satu dekad suatu kuasa yang tidak
diketahui dan tidak disangka dari tanah Arab yang masih dalam zaman gasar dan
tidak dikenali akan muncul dan merempuh dua kuasa besar dunia pada ketika itu
serta mewarisi Empayar Parsi dan merampas dari Empayar Baizantium tanah
jajahannya yang elok, dia tentu akan dicop seorang gila. Nanum demikian, itulah yang berlaku…” (Philip
K. Hitti, History of the Arabs (Edisi ke 10: 1970: London), hlm. 142)
[8] Lihat Quran. Surah 63, ayat
satu membatalkan syahadah kedua.
[9] Rujuk Quran, 33:43
[10] Bahawa rambut wanita bukan ‘aurat
dan kepala wanita tidak ditutup disebut dalam Quran. Pertama, apabila mengambil wuduk kita perlu
menyapu kepala. Ini menunjukkan kepala
wanita tidak ditutup. Kedua, ayat Quran tentang pakaian wanita berbunyi: “Beritahu
kepada wanita muslim untuk menundukkan mata mereka dan memelihara kehormatan
mereka. Hendaklah mereka jangan
memperlihatkan mana-mana anggota badan mereka, kecuali yang mustahak. Hendaklah mereka tutup dada mereka dan jangan
buka kecuali di hadapan suami mereka, bapa mereka … (Quran, 24:30-31). Frasa “kecuali
yang mustahak” di sini bermakna muka, tangan dan kepala. Apabila kita mengambil wuduk, muka dan tangan
disuruh basuh dan kepada disuruh sapu.
[11] Lihat Majid Khadduri (pent.)
Islamic Jurisprudence: Shafi’l’s
Risalah, hlm 75-76.
[12] Lihat Kassim Ahmad, Hadis-Satu Penilaian Semula, Media
Intelek, Petaling Jaya, 1986, hlm.93.
[13] Lihat Quran, 2:225.
[14] Lihat esei penulis bertajuk “The Madinah Charter – A Short Note”
dalam blog penulis <www.kassimahmad.blogspot.com>
[15] Tentang menghukum dengan
adil, rujuk 4:58. Tentang membuat
keputusan melalui perundingan, rujuk 42:38.
[16] Quran, 2:201.
[17] Quran, 28:77.
[18] Quran, 39:18.
[19] Lihat Muhammad Yusoff
Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan
Bahasa dan Pustaka (1990: Kuala Lumpur), hlm.275.
[20] Lihat B.W. Andaya dan L.Y.
Andaya, A History of Malaysia
(London: 1982); hlm, 37.
[21] Quran, 25:30-31.
[22] Lihat Kassim Ahmad, Mencari Jalan Pulang, Zi Publications
(2008: Petaling Jaya), hlm. 177.
[23] Quran, 2:2.
[24] Lihat Kassim Ahmad, Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik, Media
Indah, Kuala Lumpur, 1992, Bab 7.
[25] Lihat Quran, 35:32.
[26] Ada beberapa ayat. Satu daripadanya 9:33. Cara hidup Islam sebenar itu sempurna dari
semua segi, material, moral dan spiritual.
Ini bukan saja bermakna tiada kezaliman, tetapi kejahilan dan kemiskinan
juga tidak wujud lagi.
malaysia ada rujuk quran tak untuk membangunkan ummah di malaysia?
ReplyDeleteBro, near parentheses 21 - "Tuan kamu cukup sebagai pembimbing dan penolong". I think the 'Tuan' should be 'Tuhan'. Ref Quran - 25:31
ReplyDeleteMasa menaip tadi pun I terperasan benda yg sama ...I think it should read as Tuhanku as well...tapi text asal memang tercatit as Tuanku.... I will try to get Dr Kassim to recfm.. TQ for higlighting
Deletebaca dalam terjemahan Al-Quran bermaksud TUHAN bukannya TUAN.
DeleteA new horizon has been open and I can see the light clearly.There is no doubt about the Quran,its absolutely the Quran nothing else but the Quran, its the guidence for mankind. Surah 39 verse 45-When God alone is advocated,the hearts of those who do not believe in the hereafter shrink with aversion.But when idols are mentioned besides Him,they rejoice,Surah 6 verse 115 -The word of your Lord is complete,in truth and justice.Nothing shall abrogate His words.He is the hearer,the knower. verse 116 -If you obey the majority of people on earth,they will divert you from the path of God.They only follow conjecture and they only guess.
ReplyDeleteWell said. Semoga Malaysia beralih kepada jalan yang lurus, jalan yang benar.
ReplyDeleteText asal sepatutnya: "Anehnya, wanita-wanita yang bertudung menganggap diri mereka lebih suci! [10]"
ReplyDeleteTerima kasih Mohammad Muttagin.. I have corrected the quote...
DeleteApa pendapat minaq jingo terhadap kassim ahmad? :)
ReplyDeleteSiapa lah saya untuk memberi pandangan dalam urusan agama yang saya sendiri belum memahami sepenuhnya.. saya masih lagi mencari dan mencari
Deletesbos_5805: Pendekatan yang diambil oleh Sdr. Kassim Ahmad sepatutnya merujuk kepada Al-Quran tanpa menafikan Sunnah. Pendewaan memang tak dibenarkan dalam Islam. Ini dinyatakan secara jelas oleh Nabi Muhammad saw sebelum dia wafat. Apabila ketabsuban berlaku maka pendewaan terhadap yang nyata termasuk manusia berlaku sehingga pegangan terhadap tali Allah boleh tergelincir. Akhlak nabi itu Al-Quran. Sunnah nabi mesti diikut sesuai dengan akhlak nabi adalah Al_quran. Sistem pendewaan terhadap Ulama sepatutnya tak terjadi jika kita mengenali Allah mengikut Al_ Quran. Pemahaman "scholar" agama yang berbeza pendapat bukan penghalang dalam Islam malah dibenarkan. Dua Syahadat bukan bukti mutlak berlakunya pendewaan. Memakai tudung kepala menganggap diri merreka suci hanya satu persepsi. Pendekatan pemerintahan zaman nabi dan khalifah berasaskan Al_Quran semata-mata. Pernyatakan berbentuk demokratik dan republikan juga berasaskan persepsi. Walahulam. sbos_5805.
ReplyDeleteSetiap kali Tok Khatib nak naik mimbar utk baca khutbah, Tok Bilal akan baca ' Innallahi wa malaa ikatahuu yu solluu na'alannabii....". Sebelum Allah suruh manusia berselawat ke atas nabi, Allah dahulu yang tunjukkan teladannya. Jadi tak timbul isu pendewaan kpd nabi Muhammad saw yang macam Pak Kassim faham.
ReplyDeleteIbadat2 yang lain spt. solat, puasa, zakat, haji dan ect, Allah perintah tapi teladannya melalui nabi Muhammad saw. Abih tu camno nak buat ibadat kalau tak mahu copy paste (spt yang diterangkan melalui hadis2) apa yang nabi Muhammad saw buat wahai Pak Kasim? (aku mohon keampunanMu ya Allah)
Saya setuju juga dengan pendapat Dr. Kassim Ahmad Part2 ini.
ReplyDeleteTerima Kaseh.
debat pakai rasional?
ReplyDeletepakai logic akal?
gilo?
Tolong teliti peristiwa Israq mikraj....RD dan Jinggo...betul ke?
ReplyDeleteSesat..sekian
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMati itu benar... Lu tunggu... Xperlu hadith dan sunnah?? Kbodohn tahap apekah ini?? Cipan dan tapir juga akan gelakkan Pak Kassim and the "Logic" gang (RD dan rakan2). Lu solat macamana kalu tak pakai sunnah and hadith?? Macammana ko tau ada 13 rukun sembahyang (kalau lu solat la) kalu xpakai hadis and sunnah? Benda simple mcm ni pon ko xbleh nak pikir ker? Khaikptuihh...
ReplyDeleteKemunculan golongan menolak sunnah telah disebutkan oleh Rasullullah s.a.w dalam sabda Baginda,maksudnya : ”ingatlah!!!aku telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan Al-Quran dan sesuatu yang sedarjat dengannya?dan ingatlah,hampir sahaja akan muncul seorang lelaki yang kenyang ( dengan keduniaan ) berada diatas kerusinya sambil berkata : kamu hendaklah memegang Al-quran (sahaja),maka segala sesuatu yang kamu jumpai halal didalamnya,maka halalkanlah ia dan segala sesuatu yg kamu temukan haram didalamnya,maka haramkanlah ia.( Riwayat oleh Abu Daud dari Miqdam bin Ma’ad Yakrab dan diriwayatkan oleh Tirmizi )
ReplyDeletebila pakcik kassim ni kate Al-Quran perlu tafsir semula terpikir pulak aku satu perkara, sape yang akan mentafsir Al-Quran? takkan sape2 pon boleh tafsir, org kristian boleh tafsir, org yahudi boleh tafsir. yang aku nmpak kalau tafsir Al-Quran semula dan tolak sunnah dan hadis akan jadi makin huru hara la umat islam ni. sebab semua org akan ikut kepala hotak gila babi masing2 bila tafsir Quran. pertelagahan makin banyak berlaku bila semua nak menegakkan pemikiran masing2, fikir2 kan lah. tak payah rujuk ulama pon, ikut logik akal pon dh tau pemikiran pakcik kassim ni tak boleh pakai langsung. macam org gila (teringat lak cakap ustaz masa skolah dulu, jgn belajar agama tanpa guru, nanti jadi gila.... hahaha). last2 nanti ulama2 yang dia dok kutuk tu juga yang dia mintak tafsir Al-Quran.....
ReplyDeleteOrang tua nynyuk ni otak nya tak betul dari awal lagiKebanyakkan org politik umno atau pas,tapi dia ni Sosialis.Hang tuah yg baik dan taat ,dia cakap hang jebat yg bunuh org hero,Orang gunapakai hadis bersama quran,ijmak ulama.Dia hanya guna quran.Betapo besor biul dia ni.Tak cakap nabi tu rasul dalam sayahadah,terkeluar agama dah,apa lagi.Semua ulama islam,ualam besar dan kecil,dan semua umat islam cakap trekelura dari islam.Jika tak ambil kira muhammad rasulullah,org kristian yg guna nama allah di mesir dan Indonesia kira islam dan syurga lah sebab mereka juga percaya allah dan percaya semua nabi kecuali nabi muhammad.Siapa ,pula dewakan nabi,kita hurmat nabi.Semua orang yg berbakti ada jasa orang hurmat>tah hurmat tak kenang budi - siapa tak berterima kasih kepada manusia (yg menolongnya),juga tak berterima kasih pada allah.Kasim ni takj nak hurmat nabi maka tak terima kasih kepada nabi dan dia ini sebenarnya sebut sahaja nama Allah,tetapi juga tak berterima kasih pada Alla yg mana dia ni suka pada quran allah dengan caranya sendiri.Kasimahmad sesat lagi menyesatkan.Terkeluar agama ni ,bawa faham mcm kasim ini.jika dia ini hidup di zaman Islam berkuasa dulu,zaman khalifah dah kena bumuh kasim ini.
ReplyDeleteini fahaman code 19 yg dibawa oleh rashid khalif (keturunan egyptian-american), al-quran kaum ini telah digubahkan berdasarkan kepada gandaan 9. sebenarnya kaum ini tak ikut pun Nabi Muhammad saw, semua hadis ditolak oleh mereka! tikus pun mereka kata boleh telan sebab tak ada dalam alquran. hai puak khawaji. kalu rashid khalif lebih bijak atau lebih baik drp Nabi kenapa alquran tak dibawa oleh rashid khalif sendiri? tak ingat lagi ke tahun 1980-an kita pernah bergaduh di kampung baru, KL dan 2 minggu lepas kena ambush..hehehe
ReplyDelete