Friday 9 October 2015

Persatuan Penjaja Kuala Lumpur dapat perhatian dan sumbangan DBKL

Lokasi : DBKL 1, Kuala Lumpur

Acara : Majlis penyampaian sumbangan kepada Persatuan Penjaja Kuala Lumpur

Tarikh : 8/10/2015


Petikan dari siaran media

DBKL berbesar hati untuk menyalurkan sumbangan kepada Persatuan-Persatuan Peniaga dan Penjaja sekitar Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban pentadbiran dan kebajikan persatuan. Sumbangan ini diberikan pada setiap tahun.

Terdapat 5 Persatuan Induk yang diiktiraf DBKL yang mewakili golongan peniaga/ penjaja layak menerima sumbangan pada tahun 2015. Persatuan-Persatuan tersebut adalah:

1. Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan: RM50,000
2. Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: RM50,000
3. Persatuan Penjaja & Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan: RM30,000
4. Persatuan Peniaga Kecil India Kuala Lumpur: RM20,000
5. Persatuan Peniaga Cina Kuala Lumpur: RM20,000

Objektif Sumbangan:
i. Membantu meringankan beban kewangan persatuan induk dalam urusan pentadbiran serta kebajikan ahli;
ii. Membantu persatuan menjalankan aktiviti untul membantu pembangunan penjaja-penjaja di Kuala Lumpur bagi meningkatkan daya saing, pemasaran dan pengembangan perniagaan;
iii. Menggalakkan persatuan-persatuan kecil penjaja yang terdapat di Kuala Lumpur bernaung di bawah mana-mana persatuan induk supaya maklumat dan perkongsian idea berkenaan penjaja di Kuala Lumpur dapat disalurkan lebih mudah dan berkesan kepada mana-mana agensi khususnya di Kuala Lumpur;
iv. Mengelakkan kewujudan persatuan-persatuan yang muncul apabila perlu sahaja dan mewakili sebilangan kecil sahaja untuk berhubung dengan kerajaan; dan
v. DBKL dapat mengawal dengan lebih mudah aktiviti-aktiviti persatuan di mana setiap persatuan induk perlu melaporkan aktiviti tahunan mereka kepada DBKL bagi memastikan sumbangan tersebut digunakan bagi pembangunan dan kepentingan penjaja di Kuala Lumpur.

Harapan:
i. Persatuan menggunakan dana yang diterima bagi kepentingan penjaja di Kuala Lumpur;
ii. Segala masalah dan keperluan penjaja disalur dan diselesaikan dengan baik melalui persatuan-persatuan induk tersebut; dan
iii. Persatuan penjaja perlu bekerjasama dengan kerajaan dan DBKL khususnya dalam memastikan segala visi dan misi negara terutama yang melibatkan aktiviti penjajaan.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete