Monday 12 October 2015

Tun Dr Mahathir mula bergerak berpasukan menentang Najib Razak #noturningback

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Sidang media khas mengenai salahguna SOSMA keatas Khairuddin dan Mathias

Tarikh : 12/10/2015


KENYATAAN MEDIA BERSAMA

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen. 

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa. 

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan. 

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan. 

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia: 

1. untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; 

2. untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong; 

3. yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; 

atau 

4. untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang. 

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA. 

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi. 

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen. 

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. 

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”. 

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. 

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad 
YABhg Tun Ling Liong Sik 
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin 
YB Datuk Seri Shafie Apdal YBM Tengku Razaleigh Hamzah 
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat 
YBhg Tan Sri Sanusi Junid

1
Ku Li & Anina
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
Tengku Razaleigh Hamzah, Mantan Menteri Kewangan
 9
 10

11
TS Muhyiddin Yassin, Mantan TPM
 12
Add caption
 13
 14
DS Ong Tee Keat, Mantan Presiden MCA
 15
TS Muhyiddin Yassin
 16
 17
 18
DS Ong Tee Keat, Mantan Presiden MCA
 19
TS Sanusi Junid, Mantan SUA UMNO dan Mantan MB Kedah
 20


7 comments:

  1. Nampaknya najib dah ketular. Kata2 serta janji2nya sedang memakan dirinya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nsmpaknya Mahathir dah desperate. Perlu bertindak sebelum kojol. Kedudukan Najib masih belum tergugat dan masih jadi PM.

      Delete
    2. Tak pasti samada ini Rosmah yang reply, atau balaci yang dibayar melalui duit hasil rompakan. Kasihan, duit diberi kepada anak bini. Zuriat diberi makan benda tak elok, tanggunglah kamu akibatnya kelak. :)

      Delete
  2. Mcm gampang jilatan Anonymous12 October 2015 at 23:26

    Suwey membacanya.. Banyak makan dedak. Anak cucu tak tahu mcmana dia lagi mahu jilat tahi.. Otak udang agaknya?

    ReplyDelete
  3. Bersedialah pahlawan Bugis. .Gelanggang dah di buka.Apalagi mau tunggu.Kita tunggu Umno bergolak aje lah Sprm dan Bank Negara jgn gentar nak lwn 1mdb ni.Harap2 Tan sri Gani patail jgn takut,berani kerana benar .Buka lah rahsia yg anda simpan tu..Pm dgn Dato Zahid tgh berpeluh tu cari Putera Arab yg nak mengaku derma tu..

    ReplyDelete
  4. Yahaya Ismail

    1 hr · 

    GANDINGAN TUN M, KU LI DAN MUHYIDDIN

    Dalam politik tidak ada permusuhan abadi juga persahabatan abadi. Musuh lama boleh bersatu tenaga bilamana nasib rakyat dan negara terancam oleh penguasa yang korup, gila kuasa, super rakus yang meletakkan kepentingan diri dan bini serta keluarga di atas kepentingan rakyat. Tun M dan Ku Li kini bersatu tekad untuk menumbangkan Najib sebagai PM merangkap presiden UMNO. Cintakasih merea terhadap UMNO mengatasi segala-galanya. Skandal Najib sebagai PM yang korup diketahui dunia. Dia tidak boleh melarikan diri dari tindakan jenayah kerana skandal 1MDB. Dia boleh menjadikan Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan kabinet kayu reputnya sebagai kuda kepangnya namun rakyat tetap menolak kepimpinannya sebagai PM.. 
    Kini Majlis Raja-raja Melayu sendiri sudah mengeluarkan titah perintah mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap masalah 1MDB, dan mengheretkan mereka yang terlibat ke mahkamah. Zeti Aziz, gabernor BNM, sendiri menjejasan skandal 1MDB menjejaskan ekonomi negara dan kemerosotan nilai ringgit.
    Rakyat yang cinta damai tetap menyokong jihad Tun M dan Ku Li dengan sokongan kuat dari TS Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, TS Sanusi Jonid dan berjuta rakyat Malaysia dari semua kaum yang mahu Najib dan kabilah kabinet kayu reput dan para kroninya diheret ke pengadilan. Ahli-ahli UMNO yang bermaruah, ada hargadiri, berjuang di jalan Allah mesti memberi sokongan padu kepada kepimpinan tiga serangkai ini iaitu Tun M, Ku Li dan Muhyiddin Yassin. Ahli-ahli UMNO mresti berani memperjuangkan hak mereka, dan hak negara yang diperkosa oleh Najib yang dikuasai mama montel super rakus, super boros, super gila kuasa. 
    Menentang dan memerangi kemungkaran direstui Allah. Berjihad menuntut keadilan dan kebenaran, menentang korupsi juga menjadi tanggungjawab umat manusia yang direstui Allah. Gembelengkan seluruh ahli UMNO dan rakyat jelata menyokong jihad pimpinan Tun M, Ku Li dan Muhyiddin Yassin. Bilamana kamu berjuang di jalan Allah, menentang golongan munafik, super korup, kejam dan gila kuasa kamu adalah pejuang tulen yang mulia di sisi Allah. Harta dunia yang korup, kuasa dunia yang disalahgunakan akan hancur lebur oleh kuasa Allah juga. Segala dewa, syaitan, polong, pelesit dan iblis yang mengawal mereka juga hancur menjadi debu oleh doa dan sembahyang hajat berjuta umat manusia yang tertindas dan, diinayai.

    ReplyDelete
  5. cepat kaya

    ,,.,KISAH NYATA ,
    Aslamu alaikum wr wb..Allahu Akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
    Bismillahirrahamaninrahim,,senang sekali saya bisa menulis
    dan berbagi kepada teman2 melalui room ini,
    sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang property rumah tangga
    dan mencapai kesuksesan yang luar biasa, mobil rumah dan fasilitas lain sudah saya miliki,
    namun namanya cobaan saya sangat percaya kepada semua orang,
    hingga suaatu saat saya ditipu dengan teman saya sendiri dan membawa semua yang saya punya,
    akhirnya saya menaggung utang ke pelanggan saya totalnya 470 juta dan di bank totalnya 800 juta ,
    saya stress dan hamper bunuh diri anak saya 2 orng masih sekolah di smp dan sma,
    istri saya pergi entah kemana dan meninggalkan saya dan anakanaknya ditengah tagihan utang yg menumpuk,
    demi makan sehari hari saya terpaksa jual nasi bungkus keliling dan kue,
    ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman
    dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya.
    dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan KI JOKO hidupnya kembali sukses,
    awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama satu minggu saya berpikir
    dan melihat langsung hasilnya, `
    saya akhirnya bergabung dan menghubungi KI JOKO di No :)-0'8'2-3'3'5'-9'4'7'-8'8'8-:).
    Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim,
    Alhamdulilah Demi AllAH dan anak saya,
    akhirnya 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya,
    semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha,
    kini saya kembali sukses terimaksih KI JOKO saya tidak akan melupakan jasa AKI.
    JIKA TEMAN TEMAN BERMINAT, YAKIN DAN PERCAYA INSYA ALLAH,
    SAYA SUDAH BUKTIKAN DEMI ALLAH SILAHKAN HUB KI JOKO DI :)-0'8'2-3'3'5'-9'4'7'-8'8'8-:)


    ((((((((((((DANA GHAIB)))))))))))))))))


    Pesugihan Instant 5 MILYAR
    Mulai bulan ini (oktober 2015) Kami dari padepokan mengadakan program pesugihan Instant tanpa tumbal,
    serta tanpa resiko. Program ini kami khususkan bagi para pasien yang membutuhan modal usaha yang cukup besar,
    Hutang yang menumpuk (diatas 1 Milyar), Adapun ketentuan mengikuti program ini adalah sebagai berikut :

    Mempunyai Hutang diatas 1 Milyar
    Ingin membuka usaha dengan Modal diatas 1 Milyar
    dll

    Syarat :

    Usia Minimal 21 Tahun
    Berani Ritual (apabila tidak berani, maka bisa diwakilkan kami dan tim)
    Belum pernah melakukan perjanjian pesugihan ditempat lain
    Suci lahir dan batin (wanita tidak boleh mengikuti program ini pada saat datang bulan)
    Harus memiliki Kamar Kosong di rumah anda

    Proses :

    Proses ritual selama 2 hari 2 malam di dalam gua
    Harus siap mental lahir dan batin
    Sanggup Puasa 2 hari 2 malam ( ngebleng)
    Pada malam hari tidak boleh tidur

    Biaya ritual Sebesar 10 Juta dengan rincian sebagai berikut :

    Pengganti tumbal Kambing kendit : 5jt
    Ayam cemani : 2jt
    Minyak Songolangit : 2jt
    bunga, candu, kemenyan, nasi tumpeng, kain kafan dll Sebesar : 1jt

    Prosedur Daftar Ritual ini :

    Kirim Foto anda
    Kirim Data sesuai KTP

    Format : Nama, Alamat, Umur, Nama ibu Kandung, Weton (Hari Lahir), PESUGIHAN 5 MILYAR

    Kirim ke nomor ini KI JOKO : -0'8'2'3'3'5'9'4'7'8'8'8-
    SMS Anda akan Kami balas secepatnya

    Maaf Program ini TERBATAS hanya untuk beberapa Orang saja..

    ReplyDelete