Thursday 1 December 2016

PAU2016 - Ahli MT UMNO dibenar sertai penggulungan

Acara : Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO Bersempena PAU2016

Lokasi : Bilik Mesyuarat Tingkat 39, Menara Dato' Onn, PWTC

Tarikh : 30/11/2016




KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO akan dibenarkan untuk menyertai sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini. Ketua 

Penerangan UMNO, 'Tan Sri Annuar Musa, berkata perkara itu dinyatakan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO, sebentar tadi. 

Katanya, mana-mana Ahli Majlis Tertinggi yang mahu berucap dan mempunyai isu mahu dibangkitkan dalam penggulungan, akan diberi peluang berbuat demikian. 

"Proses PAU kali ini kembali kepada tradisi yang biasa. Tidak seperti tahun lalu. Kali ini, Ahli Majlis Tertinggi parti dibenarkan untuk berucap pada sesi penggulungan. 

"Presiden dah beritahu tadi, sesiapa Ahli Majlis Tertinggi yang rasa ada perkara yang dia perlu ulas, boleh pohon untuk berucap waktu menggulung," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO, yang dipengerusikan Najib di Menara Dato Onn, di sini, malam ini. 

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata Presiden parti berpesan UMNO mesti bersatu padu dan meminta ahli supaya bersedia untuk pilihan raya umum akan datang. 

"Selain itu, kita juga ada melihat semula perbahasan yang dibuat di peringkat sayap," katanya.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9


No comments:

Post a Comment