Tuesday 20 December 2016

'Common Liar' di cabar saman fitnah atau letak jawatan Pengerusi Media Prima

Acara : Sidang media Tengku Aziz menegenai kemelut beliau dengan Pengerusi Media Prima

Lokasi : Hotel PJ Hilton, PJ

Tarikh : 20/2/2016


Video 1 - secara ringkas nya kandungan rakaman ada lah seperti berikut

1. Fateh Iskandar atau FD Iskandar (FD) tidak memohon maaf seperti yang dituntut oleh Tengku Aziz (TA) kerana mengeluarkan kenyataan 'bohong' kepada PM Najib mengenai 'audience rating' TV3 yang didakwa jatuh semasa Tengku Aziz jadi tetamu dalam Buletin Utama sebanyak 12 kali.

2. TA mengaku hanya muncul dalam Buletin Utama sebanyak 3 kali dan bukan nya 12 kali dan mencabar FD menyiarkan statistik yang sebenar untuk 3 sesi tersebut.

3. Oleh kerana FD didakwa berbohong kepada PM Najib, TA telah mencerca beliau sebagai seorang penipu atau 'Common Liar' dan menuntut FD memohon maaf dalam tempoh 7 hari.

4. Berikutan kegagalan FD memohon maaf dalam tempoh 7 hari tersebut, TA kini mencabar FD untuk menyaman fitnah beliau atau melepaskan sahaja jawatan beliau sebagai Pengerusi Media Prima jika beliau ada maruah.

5. Cabaran TA bersandarkan andaian bahawa FD merasakan diri beliau benar dan tidak bersalah seperti didakwa dan beliau telah difitnah oleh TA.. oleh itu saman lah TA untuk memelihara maruah beliau.



*********************************************************************************

1
Tengku Aziz & Tan Tuan Tat - both X-DAP
 2
Tengku Aziz 
 3
Tengku Aziz & Tan Tuan Tat - both X-DAP
 4
Tengku Aziz & Tan Tuan Tat - both X-DAP


No comments:

Post a Comment