jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Taklimat Biro IT & Dialog Khas PRU14 UMNO Pasir Salak
Lokasi : Dewan Pekan Rabu, Sungai Manek, Perak
Tarikh : 29/10/2017 @ 2.00 pm
Ini kali pertama Tok Mat menjemput pihak media ke majlis taklimat beliau. Hanya bahan sidang media sahaja dapat kami kongsi kepada umum. Taklimat sebenar berjalan secara tertutup. Kami hanya dapat mendengar tetapi tidak boleh merakam untuk mengelak strategi parti menjelang PRU14 dari di ketahui umum...
Video 1 - In a nut shell
Bajet pembangkang bajet retorik
Bajet kerajaan bajet realistik
Bajet kerajaan bajet bertanggungjawab
Bajet pembangkang tidak bertanggungjawab
Bajet kerajaan terperinci
Bajet pembangkang hentam keromo
Video 2 - Biro IT UMNO Pusat telah berjaya mengujudkan 191 Biro IT & Media Sosial Peringkat Bahagian seluruh negara dan kini dalam proses meluaskan jaringan melalui Biro IT & Media Sosial Peringkat Cawangan pula.. Matlamat nya ialah mengujudkan 20,000 jentera IT seleuruh negara untuk menyampaikan maklumat kepada ahli akar umbi dan rakyat menjelang PRU14.
Biro IT Umno juga akan menganjurkan Konvensyen Media Sosial Perigkat Kebangsaan pada 4/11/2017 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Ianya akan dihadiri oleh PM Najib Razak dan TPM Zahid Hamidi beserta tidak kurang 2,000 penggiat media sosial UMNO seluruh negara.
Video 1 - Ucapan oleh Dr Mahathir. Saya difahamkan bahawa kehadiran Dr Mahathir dan Azmin Ali hanya diberitahu kepada penganjur pada sebelah pagi sebelum Konvensyen bermula. Disebabkan kehadiran yang tidak dijangka ini susunatur perjalanan konvensyen sepanjang hari terpaksa diatur semula. Peluang untuk Dr Mahathir berdepan dan square-off dengan para reformis yang menyimpan pelbagai perasaan terhadap beliau telah dimenafaatkan sepenuhnya oleh kedua dua belah pihak. Para reformis berpeluang mendengar ucapan Dr Mahathir dan berselfie dengan beliau, satu suasana yang diluar jangkaan ramai... tahniah Dr Mahathir kerana telah berlapang dada dan membuktikan beliau berjiwa besar dalam menjernihkan keadaan yang telah keruh sekian lamanya.. Nampak gayanya beliau memegang betul kepada apa yan g selalu beliau sarankan... "Banyak buat kawan , jangan banyak buat musuh"
Video 2 - Ucapan oleh Aktivis BERSIH, Hishamuddin Rais yang hadir dengan tujuan untuk menghasut orang ramai supaya membenci dan menolak UMNO pada PRU14 akan datang...jelas tujuan hasutan beliau lebih menjurus kepada gerakan jalanan untuk 'reform' SPR sebelum menjatuhkan kerajaan melalui peti undi..
Acara: Sidang media untuk mengumumkan penganjuran Konvensyen Otai Reformis
Lokasi : Restoran Amjal, Jalan Lembah Pantai, KL
Tarikh : 4/1/2017
Video 1- Kenyataan media mengenai penganjuran Konvensyen Otai Reformis 1998 yang akan diadakan pada 25/2/2017 disuatu lokasi sekitar Shah Alam yang belum ditetapkan lagi..
Konvensyen yang sepatutnya diadakan tahun lepas telah ditunda untuk memberi laluan kepada perkembangan senario politik ketika itu yang sedang mengalami perubahan yang dibawa oleh Dr Mahathir dan TSMY