Showing posts with label lego. Show all posts
Showing posts with label lego. Show all posts

Wednesday, 7 June 2017

Pavilion KL & LEGO semarakkan sambutan AidilFitri

Acara : Majlis Perasmian "Lets Go Raya" LEGO

Lokasi : Pavillion KL

Tarikh : 7/6/2017


Sebahagian dari inisiatif pusat membeli belah Pavilion KL dengan kerjasama LEGO Malaysia untuk menyemarakan suasana menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini. Para pengunjung yang datang membeli belah akan dapat merasai suasana kampung yang dihiasi dengan pelbagai hiasan LEGO.

1
 2
Puan Sri Cindy Lim, Pengerusi Eksekutif Pavilion Sdn Bhd beramah mesra dengan tetamu
 3
Puan Sri Cindy Lim, Pengerusi Eksekutif Pavilion Sdn Bhd beramah mesra dengan tetamu
 4
 5
Dari kiri - Philip Ho, CEO Pavilion REIT, Puan Sri Cindy Lim, Tengku Adnan dan Dato' Joyce Yap, CEO of  Retail, Pavillion KL
 6
7
Biggest Mosaic Made of LEGO Bricks mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records. Ianya berukuran 8 x 3 meter dan mengandungi 87,000 Lego Bricks
 8
 9
 10
Gimik Perasmian

Tuesday, 21 February 2017

Inisiatif program yang boleh memupuk perpaduan dalam masyarakat

Acara : Majlis Penutup Robotic LEGO Space Challenge

Lokasi : Dewan Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya

Tarikh : 21/2/2017


Ini kali kedua program yang serupa diadakan dengan tujuan untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang robotik dan menguji kebijaksanaan dan kreativiti pelajar demi kepentingan masa depan negara. Selaian itu ianya juga dapat mengukuhkan integrasi dan perpaduan antara murid daripada pelbagai kaum, budaya dan agama khususnya di Wilayah Persekutuan. Penganjuran pertandingan ini juga merupakan salah satu strategi meningkatkan penyertaan pelajar menerusi Program Sains, Teknoloji Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang dapat dijadikan sebagai landasan kearah membina kemahiran berfikir secara kreatif serta menggalakkan pelajar untuk sentiasa memiliki daya cipta terhadap sesuatu.

Pertandingan peringkat kebangsaan ini telah berjaya mencatat rekod dalam The Malaysian Book of Records dengan Penyertaan Terbanyak iaitu 198 pasukan dari 13 buah negeri dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1980 orang peserta. Sebanyak 130 pasukan dari sekolah menengah dan 68 pasukan dari sekolah rendah dan jumlah pasukan yang tertinggi adalah dari Putrajaya iaitu sebanyak 56 pasukan kesemuanya.

Program ini dilaksanakan secara kerjasama strategik antara Kementerian WP dengan Persatuan Robotik Putrajaya, kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan WP, Perbadanan Putrajaya, Sasbadi Holdings Berhad, Universiti KL dan Biro Pendidikan UMNO Putrajaya.



Video 1 - Penekanan yang penting untuk para pelajar memahami dan menghayati apa itu Perpaduan dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity) yang membolehkan kita semua hidup dalam aman.



********************************************************************************

#suasana360



*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10