Acara : Jelajah Semarak Kasih Felda
Lokasi : Dataran Jam, Bandar Pusat Jengka, Pahang
Tarikh : 19/9/2017
Video 1 - Ringkasan penerangan oleh Mazlan Aliman mengenai hutang peneroka Felda
1. Proses penanaman semula bermula dengan peneroka menyerah urusan tersebut kepada Felda.
2. Peneroka diberi pinjaman sara hidup sebanyak RM1,500 sebulan dari proses bermula sehingga hasil buah sawit yang pertama diperolehi
3. Tempoh tanam semula ini memakan masa antara 7-8 tahun keseluruhannya
4. Selain pinjaman sara hidup, peneroka juga boleh meminjam sehingga RM40,000 bagi tujuan renovasi dan pembesaran rumah. Keseluruhan pinjaman boleh mencecah RM200,000 bagi setiap peneroka.
5. Untuk tujuan tanam semula Felda telah pun ada mekanisma menabung oleh para peneroka dimana bagi setiap ekar peneroka akan menabung sebanyak RM4 untuk tempoh 20 tahun. Mengikut perkiraan jumlah wang pokok (principal) yang tersimpan pada akhir tahun ke 20 ialah RM17,000. Jumlah ini dijangka meningkat dengan ada nya dividen dari pelaburan Felda.
P.S - Menjelang PRU14 sudah ada kedengaran suara gerakan generasi kedua dan ketiga peneroka Felda yang menyatakan
"KAMI TAK MAHU EMAK BAPA DAN ATOK ATOK KAMI MATI DALAM BERHUTANG"
No comments:
Post a Comment