Thursday 9 November 2017

Sultan Muhammad ke V bercemar duli ke majlis Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan

Acara : Program Ramah Mesra Bersama Rakyat , Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan

Lokasi : Surau Muhajirin, Jalan Rejang, Setapak

Tarikh : 9/11/2017 @ 3.30 pm


Isi Kenyataan Media

Kementerian WP dengan kerjasama DBKL dan Badan Amal Kasih Ibu WP sekali lagi membuat penyerahan unit rumah kepada 12 orang penyewa PPR MTEN dan Perumahan Awam (PA) DBKL menerusi Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan hari ini.

KDYMM YDPA Sultan Muhammad ke V telah bercemar duli menyempurnakan majlis pengurniaan unit rumah kepada 12 penerima yang merupakan golongan miskin tegar yang berdaftar dengan sistem e-kasih, Baitulmal dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu penerima juga adalah dari kalangan mereka yang mempunyai anak OKU, berpenyakit kronik, suami atau isteri yang sudah meninggal dunia dan mempunyai tanggungan anak yang ramai menjadi keutamaan bagi kriteria pemilihan program.

Antara golongan korporat dan NGO yang telah memberi kerjasama dan sumbangan melalui CSR masing masing ialah Yayasan WP, Yayasan Al-Bukhary, Yayasan Al-Mansoriah, TNB, Celcom, JL99 Group, Mah Sing Group, Aset Kayamas, Maju Holdings, Ekovest, Malton Bhd, Pavillion KL, Maxim Sdn Bhd dan WCT Holdings Bhd

Sumbangan yang diterima daripada badan badan korporat dan NGO ini dimanfaatkan untuk menyelesaikan pinjaman perumahan atau sewa rumah yang tertunggak. Selain itu sumbangan ini juga akan digunakan untuk membaiki dan melengkapkan peralatan asas rumah seperti perabot, peralatan elektrik dan interior.


Video 1 - Ucapan aluan oleh Menteri WP




******************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 16
 17
 18
 19
 20
21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
30 


No comments:

Post a Comment