Thursday 10 September 2020

Cubaan demonstrasi BERTUALA oleh Jamal Yunos digagalkan Polis dengan operasi besar

 Acara : Cubaan demonstrasi BERTUALA oleh Jamal Yunos bagi menyatakan bantahan kepada cara kerajaan Selangor menangani krisis air Selangor yang setiasa berulang ulang tanpa kesudahan.

Lokasi : Jalan menuju pintu utama Bangunan SUK Selangor, Shah Alam

Tarikh : 10/9/2020


Video 1 - 20200910 Operasi besar besaran untuk halang Jamal Yunos dari memasuki kawasan SUK Selangor


Kenyataan media Jamal Yunos

Kaedah untuk memastikan Sungai di Selangor kekal bersih, terpelihara & terjamin dari pencemaran alam sekitar:-

Saranan kepada Kerajaan Negeri Selangor:
1. Agensi penguatkuasaan seperti Jab Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan perlu tegas, sentiasa amanah dan memantau selama 24 jam sehari pada 365 hari setahun kepada setiap pelepasan effluen dari pihak industri yg beroperasi dalam Negeri Selangor.

2. Loji rawatan Air Langat 2 perlu di segerakan demi menjamin pembekalan air mentah kepada rakyat negeri Selangor.
3. Kerajaan Negeri perlu mengenakan syarat tiada pelepasan effluen dari industri dan kumbahan memasuki sungai dalam Negeri Selangor walau pun mereka mematuhi standard pelepasan yang dibenarkan. Kita melihat sewaktu Perintah Kawalan Pengerakan pada bulan Mac dan April yg lepas tahap kualiti air sungai di Selangor menjadi baik kerana banyak industri tidak beroperasi.

4. Memulihkan semula sungai yang telah tercemar di Selangor dengan kadar segera dan menjadikan sungai sebagai tempat rekreasi dan istirehat rakyat.
5. Mewujudkan mahkamah khas pencemaran untuk mendakwa
6. Mewujudkan bon jaminan pencemaran dengan jumlah bon yang tinggi kepada setiap industri yang berpotensi melepaskan pencemaran ke dalam sungai.
terus penjenayah alam sekitar di mahkamah dengan hukuman yang berat tanpa mengambil masa yg lama.
10. Penjenayah alam sekitar yang melakukan pencemaran terus di tangkap dan di penjarakan pada masa akan datang.
7. Meletakkan data tahap semasa kualiti air sungai dalam seluruh negeri selangor di papan tanda elektronik milik Pihak Berkuasa Tempatan pada setiap hari.
8. Mewujudkan skuad pemantau sungai 24 jam sehari untuk memantau semua sungai dalam Negeri Selangor.
11. Bagi kilang yang tidak berlesen dan masih beroperasi dalam jarak radius 2 KM dari Sungai Wajar di hentikan operasi.
9. Pemakluman awal kepada rakyat sekiranya sebarang pencemaran air di kesan untuk rakyat dapat menyediakan bekalan air bersih di rumah.
12. Minta Kerajaan Negeri senaraikan berapa banyak lagi kilang yang tidak berlesen yang masih beroperasi dalam negeri selangor. Rakyat ingin tahu.

******************************************************************************************************************

1

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11


2 comments:

  1. Negeri yang maju. Perbandaran yang sophisticated. Banyak perlaburan industri ujud. Mempunyai kependudukan yang tinggi. Masalah air bersih dari pelbagai sumber bumi negeri ini spt sungai lombong tak usah hendak diperkatakan kerana sungai utamanya idak diindah oleh penduduk sendiri.
    Majlis Air Negara atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara seharusnya berkuasa keatas permasalahan sebegini kerana isu bekalan air di negeri ini sudah terlalu lama berdepan dengan pemutusan bekalan samada akibat perbuatan pencemaran atau percatuan.
    Dan seharusnya Perak sebuah negeri yang berjiran disebelah uatara Selangor sudah boleh merangka suatu pelan mampan untuk bersedia membina prasarana baru utk pusat penempatan baru dengan mengujudkan infrastruktur air yang sophisikated ,sudah boleh menginovasikan sumber asli airnya bagaimana untuk memulihara kebersihan sungai sediada, lombong sediada, air bawah tanah sediada sebagai aset terpelihara dan terjaga sepanjang masa. Daripada titik ini negeri Perak bakal menyediakan suatu penempatan baru, samda perbandaran atau industri yang tidak akan berdepan dengan masalah pencemaran mahupun pemutusan bekalan air dan sumber air bersihnya seniasa melimpah ruah dan kehidupan akan lebih maju jika persekitarannya mesra pengguna. Perak berpotensi menjadi sebuah penempatan baru yang bukan sahaja boleh menarik perlaburan baru bahkan aktiviti sosialnya akan sentisa terjamin jika pembanguna masa depan negeri Perak dirancang secara pintar.

    ReplyDelete
  2. SelanNGok akan terus tercemar bukan sahaja air tapi apa sahaja sumber selagi dap-phanceng merintah. Kenapa dap membisu pasal kilang haram? Isu internet budak Borneo tu bermatian dap menyalak. Kenapa isu air tak menyalak? Sebab rasis cina.. cina support dap..kilang haram cina punya.. dap support cina.. kita je buat bodoh tak berani..konon rasis..tp mereka la rasis hingga undang2 jadi terbalik.
    Agensi penguat kuasa pulak seperti hilang taring.. penakut.. atau mungkin ada unsur rasuah? hanya berani intai dari luar pagar.. tak berani pecah pagar kilang. Kalau itulah rumah org Melayu dha lama PBT 'rebus' angkut jentelok mcm Yahudi roboh rumah org Palestin...

    So apa nak bising.. rakyat memilih.. SelanNGok memilih krjn hancing.. so terima je la..

    ReplyDelete