Friday 10 September 2021

Lagi misi bantuan dari Melayu berketurunan Acheh Malaysia untuk mangsa banjir Yan, Kedah dengan kerjasama Perintis Bersatu

 Acara : Pelepasan konvoi misi bantuan kemanusiaan ke Yan, Kedah anjuran Persatuan Melayu Berketurunan Acheh Malaysia (PERMEBAM) dengan  kerjasama Perintis Bersatu Malaysia

Lokasi : Kawasan parkir Menara MPAJ, Ampang, Selangor

Tarikh : 10/9/2021


Pelepasan misi bantuan untuk mangsa banjir Yan, Kedah anjuran Persatuan Melayu Berketurunan Acheh Malaysia (PERMEBAM) dengan kerjasama Perintis Bersatu Malaysia. Misi melibatkan 58 kenderaan pelbagai jenis membawa pelbagai barangan keperluan asas selain dari bahan makanan yang dikatakan sudah melebihi apa yang mangsa di Yan perlukan. PERMEBAM menghulurkan bantuan tunai RM20,000 dan 15 tan barangan keperluan dengan jumlah nilai RM60,000 untuk misi ini. Perintis pula menjadi pemudah cara dan menyediakan tenaga kerja dalam kerja kerja pengagihan bantuan melalui 'networking' mereka seluruh negara


______________________________________________________________________________________________________

1

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14


No comments:

Post a Comment