Friday 17 September 2021

GERAKAN bantu tampung keperluan darah dgn kempen 'DERMA ANDA MAMPU MENYELAMATKAN SATU NYAWA'.

 Acara : Kempen derma darah parti Gerakan bertemakan Derma Anda Mampu Menyelamatkan Satu Nyawa

Lokasi : Menara PGRM, Ulu Pudu, Kuala Lumpur

Tarikh : 17/9/2021


KENYATAAN MEDIA
17 SEPTEMBER 2021

Prihatin dengan kekurangan stok bekalan darah di Pusat Darah Negara, Parti GERAKAN menganjurkan Kempen Derma Darah di ibu pejabat Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, Cheras hari ini.

Program bertemakan Derma Anda Mampu Menyelamatkan Satu Nyawa itu turut dihadir oleh Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bagi menyumbang bekalan darah, Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong, Bendahari Nasional Hng Chee Wey, Naib Presiden, Datuk Parameswaran.

Pengarah Program, Prabagaran berkata, keadaan sekarang menyebabkan mana-mana pihak mengalami sedikit kesukaran untuk mengadakan program komuniti namun demikian kerja amal perlu diteruskan.

Menurutnya, penganjuran tersebut bertujuan membantu mengisi stok darah negara yang mungkin menghadapi masalah kritikal susulan pandemik Covid-19 kerana pelbagai faktor termasuk kekurangan penderma. Secara purata, keperluan darah seluruh Malaysia ialah sekitar 2,000 beg darah sehari, namun melihat kepada situasi semasa yang mencabar, stok bekalan darah semakin menyusut. Contoh, di Lembah Klang saja, kita memerlukan antara 500 hingga 600 beg darah sehari, namun stok sedia ada hanya mampu menampung keperluan selama lima hari saja iaitu 2,500 beg darah. Tambahnya, pendaftaran dilakukan secara atas talian bagi mengelak daripada kesesakan sekaligus menepati prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19. "Tak sangka program derma darah ini mendapat sambutan menggalakkan, hampir 120 penderma yang membuat pendaftaran untuk menyumbang darah pada program kali ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam pada itu, tambahnya GERAKAN akan sentiasa mengadakan program-program yang dapat menyumbang kepada negara dan memberi manfaat kepada rakyat.

Prabagaran
Timbalan Speaker GERAKAN

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

No comments:

Post a Comment