Acara : Majlis Peluncuran Parti Kuasa Rakyat diikuti dengan sidang media
Lokasi : The Diplomat, Kuala Lumpur
Tarikh : 10/10/2021
Rakaman lengkap majlis Peluncuran Kuasa Rakyat, mengandungi ucapan oleh Presiden dan diikuti dengan sidang media
Ringkasan intipati ucapan Bung Zaman :-
1. Min 1:50 - Bung Zaman perrnah bergerak dalam Parti Sosialis Rakyat Malaysia sehingga tahun 1984
2. Min 3:45 - KR benar benar parti demokratik pelbagai kaum - memberi autonomi kepada ahli ahli di Sabah dan Sarawak
3. Min 6:20 - KR memperjuangkan hak nasib rakyat terbanyak terutamanya golongan B40 dan M40 dan golongan anak muda melalui garis Nasionlisme Marhaenisme
4. Min 10:30 - KR akan memperjuangkan dasar pelajaran percuma dan menghapuskan PTPTN. Hutang PTPTN akan ditukarkan kepada biasiswa, dermasiswa dan sebaganya.
5. Min 12:32 - KR akan juga memperjuangkan kesihatan percuma dan rumah percuma kepada rakyat B40 dan M40.
6. Min 16:10 - KR tidak akan membiarkan Akta Racun 1952 menghalang para petani daripada menanam hasil tanaman untuk perubatan yang bernilai tinggi untuk diekspot seperti marijuana dan ketum.
7. Min 21:10 - KR akan memberi penekanan kepada Kelestarian dan Keadilan Alam Sekitar i.e pencemaran air dan udara
8. Min 22:40 - KR mahu keajaan mengawal sumber negara dengan lebih ketat dan teratur dan mengawal kebocoran dan ketirisan sumber. - PETRONAS diberi perhatian khusus
9. Min 26:00 - KR mahu kerajaan meluaskan KELUARGA MALAYSIA kepada KELUARGA ASEAN.
Nota : Dasar berbaik baik dengan kerajaan memerintah disebut oleh Bung Zaman ketika menjawab soalan dalam Sidang Media
________________________________________________________________________________________________________
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10