Showing posts with label N.Gobalakrishnan. Show all posts
Showing posts with label N.Gobalakrishnan. Show all posts

Sunday, 10 October 2021

Parti Kuasa Rakyat, berjuang untuk rakyat marhaen , hak untuk menanam ganja dan ketum dan dasar berbaik baik dengan kerajaan memerintah

Acara : Majlis Peluncuran Parti Kuasa Rakyat diikuti dengan sidang media

Lokasi : The Diplomat, Kuala Lumpur

Tarikh : 10/10/2021


Rakaman lengkap majlis Peluncuran Kuasa Rakyat, mengandungi ucapan oleh Presiden dan diikuti dengan sidang media

Ringkasan intipati ucapan Bung Zaman :-

1. Min  1:50 - Bung Zaman perrnah bergerak dalam Parti Sosialis Rakyat Malaysia sehingga tahun 1984

2. Min  3:45 - KR benar benar parti demokratik pelbagai kaum - memberi autonomi kepada ahli ahli di Sabah dan Sarawak

3. Min 6:20 - KR memperjuangkan hak nasib rakyat terbanyak terutamanya golongan B40 dan M40 dan golongan anak muda melalui garis Nasionlisme Marhaenisme

4. Min  10:30 - KR akan memperjuangkan dasar pelajaran percuma dan menghapuskan PTPTN. Hutang PTPTN akan ditukarkan kepada biasiswa, dermasiswa dan sebaganya.

5. Min 12:32   - KR akan juga memperjuangkan kesihatan percuma dan rumah percuma kepada rakyat B40 dan M40.

6. Min 16:10  - KR tidak akan membiarkan Akta Racun 1952 menghalang para petani daripada menanam hasil tanaman untuk perubatan yang bernilai tinggi untuk diekspot seperti marijuana dan ketum.

7. Min 21:10  - KR akan memberi penekanan kepada Kelestarian dan Keadilan Alam Sekitar i.e pencemaran air dan udara

8. Min 22:40  - KR mahu keajaan mengawal sumber negara dengan lebih ketat dan teratur dan mengawal kebocoran dan ketirisan sumber. -  PETRONAS diberi perhatian khusus

9. Min 26:00 - KR mahu kerajaan meluaskan KELUARGA MALAYSIA  kepada KELUARGA ASEAN.

Nota : Dasar berbaik baik dengan kerajaan memerintah disebut oleh Bung Zaman ketika menjawab soalan dalam Sidang Media




________________________________________________________________________________________________________

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10