Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Wednesday, 13 April 2016

Syarahan Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil akan diteruskan

Acara : Sidang media mengenai program syarahan Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil

Lokasi : Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Tarikh : 11/4/2016



Video 1 - Kenyataan media dibacakan oleh Bro Abu Shariz, Pengarah Program Syarahan Dr Zakir Naik di Malaysia.


Video 2 - Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) menyokong syarahan umum Dr Zakir Naik diteruskan mengikut aturcara asal dan menafikan Dr Zakir menghina agama lain dalam syarahan beliau




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
  8
9


Sunday, 6 December 2015

Orang UMNO / BN mesti berfikiran strategik untuk menang PRU14

Lokasi : Surau Penghulu Mat, Jalan Halimahton, Batu 3, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Pecah Tanah Pembangunan Projek Fasa 1 Kompleks Akademi Tahfiz Darul Abrar

Tarikh : 5/12/2015



Pembangunan dikawasan Seputeh yang BN menghadapi kesukaran menang. Tetapi jika itu lah apa yang telah dikenal pasti sebagai pemangkin oleh Ketua Bahagian UMNO, maka Tengku Adnan tidak keberatan memastikan ianya terlaksana. Beliau menegaskan memang sukar bagi BN memenangi kawasan Seputeh yang penduduk nya rata-rata nya berketurunan Tionghua. Mungkin ada lebih baik nya orang UMNO / BN didalam kawasan tersebut melakukan sesuatu yang lebih strategik untuk memastikan calon UMNO / BN memenangi di kawasan yang mereka mempunyai kemungkinan lebih besar untuk menang. Contoh yang dsarankan ialah Lembah Pantai.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10


Monday, 16 November 2015

Berkarnival sambil berdakwah mengenai tanggungjawab zakat

Lokasi : Dataran Putrajaya, Presinct 1

Acara : Majlis Perasmian Karnival Zakat 2015

Tarikh : 14/11/2015


Ini merupakan karnival kedua anjuran PPZ-MAIWP. Kali pertama ianya diadakan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti akan berlangsung sepanjang hari merangkumi pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak sehinggalah keperingkat dewasa. Pelbagai maklumat sama ada menerusi booth-booth yang disediakan ataupun aktiviti-akitiviti yang disediakan melibatkan para selebriti yang terdiri dari kalangan artis dan pendakwah bebas. Street soccer juga akan diadakan.

Program hari ini dimulakan dengan dengan acara berjalan kaki beramai ramai sejauh 2.5 km sekeliling kawasan Dataran Putraya dan Presinct 2. Penutup karnival pula akan berlangsung malam nanti dengan acara ceramah oleh Ustaz Don.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
Pemenang bertuah dalam acara cabutan bertuah - sebuah iPhone 6 sumbangan Tengku Adnan


Monday, 16 March 2015

Kiasan roti-jala hampir tamatkan kerjaya - penjelasan Ustaz Kazim

Lokasi : Kilang Air Mineral E'den, Kampong Mungkal, Rembau, N.Sembilan

Acara : Majlis Ilmu Bersama Ustaz Kazim Elias
"Peranan Ummah Memartabatkan Ekonomi Bangsa"

Tarikh : 13/3/2015



Cubaan dan dugaan menjadi pendakwah.. kiasan mengenai roti jala pun hampir-hampir memakan diri dan menamatkan kerjaya Ustaz Kazim... susah nak popular tapi amat senang nak jatuh merudum...
Semoga diberi hidayah, kebijaksanaan dan kekuatan dalam meneruskan usaha-usha dakwah beliau... 







Sunday, 15 March 2015

Siapa lah YB Dr yang dipanggil bodoh oleh Ustaz Kazim ?

Lokasi : Kilang Air Mineral E'den, Kampong Mungkal, Rembau, N.Sembilan

Acara : Majlis Ilmu Bersama Ustaz Kazim Elias
"Peranan Ummah Memartabatkan Ekonomi Bangsa"

Tarikh : 13/3/2015



Ada Yang Berhormat dari negeri pembangkang yang bergelar Doktor telah dipanggil BODOH oleh Uztaz Kazim kerana sikap beliau yang hanya mementingkan politik jalanan (berdemo) dan melepaskan tanggungjawab membangunkan ekonomi ummah kepada bangsa lain buat sedangkan kekuatan ekonomi adalah tuntutan agama.

Ikuti cerita Ustaz Kazim mengenai sejarah penguasaan ekonomi umat Islam pada zaman Rasulallah SAW yang melemahkan penguasaan ekonomi oleh puak Yahudi dengan pengembelingan perpaduan ummah.




Ustaz Kazim akan usahakan kilang produk halal

Lokasi : Kilang Air Mineral E'den, Kampong Mungkal, Rembau, N.Sembilan

Acara : Majlis Ilmu Bersama Ustaz Kazim Elias
"Peranan Ummah Memartabatkan Ekonomi Bangsa"

Tarikh : 13/3/2015


Syabas Ustaz Kazim kerana berani untuk menceburkan diri dalam perusahaan produk halal bagi  menaikkan imej Islam.  Beliau akan bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Darul Ridhuan (KADIR) dalam mengeluarkan produk berjenama Kadir Baraqah. Beliau juga akan bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia dalam memasarkan produk-produk halal yang dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha lain dibawah jenama Kadir Baraqah.

Mudah mudahan dengan populariti dan jaringan pemasaran yang beliau telah bina diseluruh negara, usaha niaga beliau ini akan mendapat kejayaan besar, insyaAllah. 






Saturday, 14 March 2015

Ustaz Kazim akan 'adjust' ceramah kerana hormati MAZA

Lokasi : Kilang Air Mineral E'den, Kampong Mungkal, Rembau, N.Sembilan

Acara : Majlis Ilmu Bersama Ustaz Kazim Elias
"Peranan Ummah Memartabatkan Ekonomi Bangsa"

Tarikh : 13/3/2015


Kemelut yang tercetus  antara Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dengan Ustaz Kazim Elias sudah pun dikira selesai oleh Ustaz Kazim sendiri. Rujuk di SINI untuk mengetahui apa kemelut nya antara mereka berdua.

Moving forward Ustaz Kazim akan berusaha untuk mengurangkan unsur hiburan yang kerlaluan dalam siri ceramah-ceramah agama beliau pada masa akan datang. Beliau akur dan menghormati teguran yang datang dari Pejabat Mufti Perak.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Wednesday, 15 October 2014

Hanya Syiah lantik ulamak sebagai pemimpin

Lokasi : Kediaman Anwar Ibrahim, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur

Acara : Ceramah khas oleh Dr Sheikh Tareq Mohammed Al-Suwaidan, tokoh terkemuka dari Kuwait yang memimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait

Tarikh : 13/10/2104



Latar belakang Dr Sheikh Tareq boleh di perolehi di WIKIPEDIA


Ikuti jawapan Dr Tareq mengenai kepimpinan Ulamak dari sudut amalan Ahlul Sunnah dan Syiah. Nasihat Dr Tareq, kita (sebagai Ahlul Sunnah) tidak boleh melantik Ulamak sebagai pemimpin kerajaan kerana hanya puak Syiah sahaja yang melakukan nya...

PS - Bagaimana pula dengan status dan amalan yang dilakukan PAS ?



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10