Showing posts with label elephant sanctuary. Show all posts
Showing posts with label elephant sanctuary. Show all posts

Thursday, 26 December 2013

Bersantai bersama gajah Kuala Gandah

Lokasi : Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary, Temerloh, Pahang

Acara : Jalan-jalan Makan angin

Tarikh : 24/12/2013


Dah lama tak beraktiviti santai bersama keluarga. Hari ini kami sekeluarga buat keputusan melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) yang terletak di Kuala Gandah, dalam kawasan Parlimen Temerloh, Pahang. Cadangan asal nak balik ke Perak, tapi ibu saya pula bercuti ke Langkawi bersama adik saya. 

Aktiviti di PKGK terhad kepada memberi makan gajah dan persembahan gajah terlatih sahaja. Menurut Mahout yang bertugas, kegiatan mandi bersama anak gajah dan menunggang gajah terpaksa dihentikan buat ketika ini kerana anak-anak gajah dan gajah tunggangan baru masih dalam latihan.

Perjalanan dari Kuala Lumpur cuma memakan masa sejam suku sahaja. Sebagai peringatan jangan guna Waze map atau pun Google Map. Kedua dua nya memberi pandu arah yang salah dan tersasar hampir 25 km. Dari lebuhraya Pantai Timur keluar exit Lancang dan tuju terus ke Lanchang. Bila tiba Lanchang cari tanda arah ke PKGK. Mudah saja.

Masuk adalah percuma. Selain Cafetaria, kemudahan seperti tandas moden dan bersih disediakan untuk pengunjung mandi dan menyalin pakaian. 

Untuk memberi makan kepada gajah, pengunjung boleh lah membeli pisang dan tebu dengan harga RM5 sesikat pisang dan RM3 bagi seberkas tebu. 

Walaupun terhad aktiviti, saya rasa kunjungan kesana amat berbaloi kerana dapat ketenangan dan terhibur dengan gelagat gajah. 


1/39
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10