Thursday 26 December 2013

Bersantai bersama gajah Kuala Gandah

Lokasi : Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary, Temerloh, Pahang

Acara : Jalan-jalan Makan angin

Tarikh : 24/12/2013


Dah lama tak beraktiviti santai bersama keluarga. Hari ini kami sekeluarga buat keputusan melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) yang terletak di Kuala Gandah, dalam kawasan Parlimen Temerloh, Pahang. Cadangan asal nak balik ke Perak, tapi ibu saya pula bercuti ke Langkawi bersama adik saya. 

Aktiviti di PKGK terhad kepada memberi makan gajah dan persembahan gajah terlatih sahaja. Menurut Mahout yang bertugas, kegiatan mandi bersama anak gajah dan menunggang gajah terpaksa dihentikan buat ketika ini kerana anak-anak gajah dan gajah tunggangan baru masih dalam latihan.

Perjalanan dari Kuala Lumpur cuma memakan masa sejam suku sahaja. Sebagai peringatan jangan guna Waze map atau pun Google Map. Kedua dua nya memberi pandu arah yang salah dan tersasar hampir 25 km. Dari lebuhraya Pantai Timur keluar exit Lancang dan tuju terus ke Lanchang. Bila tiba Lanchang cari tanda arah ke PKGK. Mudah saja.

Masuk adalah percuma. Selain Cafetaria, kemudahan seperti tandas moden dan bersih disediakan untuk pengunjung mandi dan menyalin pakaian. 

Untuk memberi makan kepada gajah, pengunjung boleh lah membeli pisang dan tebu dengan harga RM5 sesikat pisang dan RM3 bagi seberkas tebu. 

Walaupun terhad aktiviti, saya rasa kunjungan kesana amat berbaloi kerana dapat ketenangan dan terhibur dengan gelagat gajah. 


1/39
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10



11
 12 Dara berusia 19 bulan...diselamatkan dari belantara ketika usia 4 bulan
 13
 14  Friendly Rajah... berusia 5 tahun
 15  Yang ini Siput... usia 5 tahun
 16
 17 
 18
 19  Migrating ants...lari dari banjir... moving from trees to trees in the millions
 20
 21
 22  Rajah greeting his keepers...
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30
 31
 32  Senior boys... age more than 10 years
33
 34
 35
 36
 37  Makan tengah hari di Mari Mengeteh, Temerloh. Lauk apa lagi kalau bukan Patin sangkar masak tempoyak. Murah dan menyelerakan.
 38  Lihat kesan banjir yang baru lalu. Paras air naik sehingga 20 kaki dari paras biasa sehingga menyebabkan pengusaha-pengusaha ternakan ikan patin sangkar kerugian besar apabila sangkar pecah dan ikan terlepas dari sangkar. 
39

3 comments:

  1. Masa saya pergi bulan 8 2010,belum ada pagar anatara pelawat dengan gajah.
    Menarik sekali gambar gunakan,fisheye lens .

    ReplyDelete
  2. Banyak kerja kerja penambahbaikan sedang berjalan... rasa rasa nya dalam enam bulan lagi saya akan kesana lagi...mungkin dah bertambah cantik sanctuary nih.. Saja berseronok seronok dengan Canon Legria Mini yang baru dibeli + compact Leica D-Lux 6 untuk outing kali ini... light and easy

    ReplyDelete
  3. Best nye tempat ni...
    Nice blog...


    Taxi to LCCT, KLIA
    Call us +60 017 878 0027

    ReplyDelete