Showing posts with label ketua cawangan. Show all posts
Showing posts with label ketua cawangan. Show all posts

Saturday, 23 January 2016

#GKCM bersedia gerak protes jalanan sekiranya tiada keadilan dalam UMNO

Lokasi : PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media #GKCM

Tarikh : 22/1/2016



Datuk Zin Mustapa, Timbalan Pengerusi #GKCM mengesahkan bahawa satu lagi memo mendesak tindakan keatas Ketua-Ketua Bahagian UMNO Kedah yang berkomplot menjatuhkan MB Kedah telah dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Ini dilakukan setelah Setiausaha Agung UMNO memberi jawapan yang tidak langsung boleh diterima oleh #GKCM mengenai perkara yang sama

#GKCM meminta UMNO tidak mengamalkan 'double-standard' dengan mengambil tindakan disiplin yang sama keatas Ketua-Ketua Bahgaian yang berkomplot mendesak Mukhriz dipecat dari jawatan MB sepertimana tindakan diambil setelah desakan dilakukan oleh #GKCM untuk  #undurnajib.

#GKCM tidak akan teragak agak membuat bantahan dengan membakar Buku Perlambagaan UMNO sebagai tanda kekecewaan akar umbi yang melihat Perlembagaan UMNO sendiri dipersendakan oleh pentadbiran UMNO sekiranya tiada tindakan diambil keatas Ketua-ketua Bahagian yang terlibat.




Thursday, 3 December 2015

#umnorebels berpuas hati dapat bertemu Lembaga Disiplin

Lokasi : Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Solidariti bersama 9 Ketua Cawangan UMNO yang dipanggil mengadap
Lembaga Disiplin UMNO

Tarikh : 2/12/2015


9 Ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Teluk Kemang telah selesai menjalani proses mengadap dan memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin UMNO setelah diberi surat Tunjuk Sebab bertarikh 23/11/2015.

Ketua jurucakap kumpulan 9 #umnorebels ini, Sdr Kamarul Azman, Ketua Cawangan UMNO Taman TKK, Teluk Kemang menzahirkan rasa puas hati kumpulan ini kerana diberi peluang bertemu dan memberi penjelasan kepada ahli Lembaga Disiplin.

Keputusan Lembaga Disiplin akan dikeluarkan dalam masa dua minggu dari hari pendengaran.


1
2  
3
4

Wednesday, 2 December 2015

Ramai lagi anggota GKCM akan dihadapkan ke Tribunal Disiplin UMNO

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan
KESEJAHTERAAN SOSIAL KOMUNITI BANDAR  :
KE ARAH PENGUKUHAN AGENDA BERPAKSIKAN RAKYAT



Bukan setakat 9 Ketua Cawangan  yang akan dihadapkan ke Tribunal Disiplin pada 2/12/2015, ramai lagi Ketua-Ketua Cawangan dibawah Gabungan Ketua Cawangan (UMNO) Malaysia (GKCM) akan diheret mengadap Tribunal Disiplin dalam tempoh terdekat.

Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung berpandangan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan UMNO dianggotai ahli yang setia dan komited daripada ramai yang sedia untuk merosakkan parti.




Monday, 23 November 2015

Ketua #sepangrebel dakwa Ketua Bahagian Sepang pembohong

Lokasi : Port Dickson Golf & Country Resort, Negeri Sembilan

Acara : Sidang media Permuafakatan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Malaysia

Tarikh : 21/11/2015


Ketua #sepangrebels , Rushdan Mohamed mendakwa beliau hanya tewas satu undi dalam pemilihan Ketua Bahagian yang lalu dan beliau tidak pula pernah bertanding dalam G7 seperti yang didakwa Datuk Marsum. Siapa ynag membohong sebenarnya ? atau Marsum sendiri tidak mengenali lawan beliau ?


Rushdan Mohamed, Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana


Sunday, 22 November 2015

#undurnajib - #telukkemangrebels kembang sayap pengaruh

Lokasi : Port Dickson Golf & Country Resort, Negeri Sembilan

Acara : Sidang media Permuafakatan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Malaysia

Tarikh : 21/11/2015



Seramai 34 Ketua-Ketua UMNO Cawangan dari serata Malaysia telah membuat perhimpunan dan mesyuarat koordinasi,  susulan daripada perkumpulan 13 Ketua-Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang yang dibuat dilokasi yang sama pada 24/10/2015 yang lalu.

Kumpulan ini yang mendakwa mempunyai sokongan lebih 5,000 daripada 22,000 Ketua-Ketua Cawangan UMNO seluruh Malaysia ada perancangan untuk mengadakan satu perhimpunan / permukiman besar sebelum penghujung tahun.

Ikuti rakaman kenyataan penuh oleh  Ketua Cawangan UMNO Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin yang menggariskan tiga tuntutan berikut :

1. Najib razak berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia
2. UMNO tidak mengambil sebarang tindakan disiplin keatas Tan Sri Mahyuddin atau sesiapa sahaja ahli UMNO hanya semata-mata kerana mereka mengkritik kepimpinan parti.
3. UMNO tidak menangguh dan mengadakan pemilihan parti mengikut jadual yang asal. 



1
 2
 3
 4
 5