Showing posts with label ketua wanita. Show all posts
Showing posts with label ketua wanita. Show all posts

Friday, 27 February 2015

Kos terlalu tinggi beristerikan Ketua Wanita UMNO

Lokasi : Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Tarikh : 26/2/2015


Kak Ijat dan keluarga menerima keputusan Mahkamah Tinggi menolak rayuan suami beliau Mohamad Salleh Ismail untuk membatalkan tuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen dengan hati tabah walaupun amat sedih dengan keputusan tersebut. Beiau yakin bahawa Mohamad Salleh terpaksa melalui semua ini kerana beliau beristerikan seorang Ketua Wanita UMNO yang merupakan tonggak kekuatan Barisan Nasional yang harus dijatuhkan oleh pihak pembangkang.


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10


Friday, 11 October 2013

Pesanan Ringkas dari Kak Ijat




Slm Syg! Diiringi doa. Sy, SHAHRIZAT JALIL ingin ucap SELAMAT BERSIDANG kpd semua perwakilan Wanita pd Sabtu, 12/10/2013 nnt. Semoga Allah SWT menggerak Puan utk meilih pemimpin yg akn sentiasa berada di sisi Puan semasa suka duka & bersama2 mengangkat martabat & maruah Perg. Wanita UMNO Msia.

Ketua Wanita mesti sanggup membela nasib wanita di semua peringkat termasuk di akar umbi. Bukan hanya menjelma waktu pemilihan saja. Sbg Ketua Wanita UMNO Msia, sy dh cuba sebaik mungkin utk wanita krn sy rasa apa Puan rasa. Sy gembira dgn pencapaian Puan. Sy rasa luka jika Puan dilukakan. Spt calon lain, sy juga b'tanding pertahan jwtn Ketua Wanita UMNO Msia, Calon 01 & b'doa kejayaan kita bersama. Hanya Allah jd penentu.

T/kasih jadi sumber inspirasi sy memimpin Wanita UMNO ke arah kecemerlangan politik & negara. Allahuakbar! -

SHAHRIZAT ABDUL JALIL (Calon 01) Ketua Wanita UMNO Msia

Salam Syg! Diiringi doa. Tinggal 1 hari saja lagi utk hari pemilihan. Slmt Bersidang. Tahniah yg menang x b'tanding. Yg lain pasti b'debar hati. Sy hrp persiapan di Bhgn tlh mula dgn simulasi & p'wakilan tahu apa tindakan yg perlu dibuat. Buku calon2 tlh diedarkan utk p'hatian semua. Sy juga m'jadi calon utk m'p'thnkn jwtn Ketua Wanita - Calon 01. Terima kasih di atas kerjasama yg diberikn kpd sy! - SHAHRIZAT ABDUL JALIL, KETUA WANITA UMNO MSIA (Calon 01)


UMNO hanya perlu dua sayap

Lokasi : Ibupejabat Wanita UMNO Malaysia, Kuala Lumpur

Tarikh : 10/10/2013



Kak Ijat berkongsi cerita mengenai cabaran dan dugaan yang beliau hadapi sebagai Ketua Wanita UMNO
dan harapan beliau untuk menjadikan Wanita UMNO sebagai 'tulang belakang' UMNO dan bukan nya di takuk sayap sahaja... 

UMNO bersayap ibaratkan burung, dan sekiranya burung maka dua sayap sahaja diperlukan untuk terbang dengan sempurna.. Tulang belakang memainkan peranan sebagai rangka utama untuk segala anggota berpaut.. begitu lah kiasan nya...

Battle hardened faces of Wanita UMNO leaders ..


Monday, 7 October 2013

Latarbelakang Shahrizat dalam kerajaan - siri kenali

Perjalanan yang berliku, namun wanita berhati waja ini masih istiqamah dalam perjuangan beliau.. berkat kesetiaan kepada parti dan kepimpinan beliau senantiasa mendapat kepercayaan dan sokongan padu dari kepimpinan parti dan kerajaan. Kemana beliau selepas ini... Perwakilan Wanita UMNO akan menentukan nya pada Pemilihan akan datang..sama sama kita nantikan






Thursday, 3 October 2013

Gomo realistik jangka Kak Ijat akan menang



Berdepan dengan reliati politik semasa blogger Papagomo telah mengeluarkan kenyataan berikut di SINI. 
Saya yakin kebanyakan perwakilan Wanita yang akan mengundi nanti sudah pun membuat keputusan siapa yang hendak dipilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO.


Papa Gomo menyokong Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia.

Fokus utama pada PRU14 akan datang adalah kemenangan Barisan Nasional dan tunjang bagi gerak kerja yang dilakukan ini memerlukan satu saf ataupun barisan yang kuat terutamanya daripada jentera Wanita Umno Malaysia. Tanpa wanita umno pastinya jentera yang ada tidak mampu untuk memastikan kemenangan mutlak BN pada PRU14 nanti.

Ada yang mempertikai kreabiliti Kak Jat jika sekali lagi dilantik Ketua Wanita Umno. Tidak cukup dengan itu ada juga yang menyatakan jika Kak Jat dilantik maka Umno akan tumbang pada PRU14 kelak. Apakah benar dakwaan tersebut?

Untung nasib politik belum tentu dapat kita gambarkan sepenuhnya kerana didalam politik ini ianya akan berubah tanpa diduga. Dalam pekara ini Gomo melihat kepentingan untuk umno terus menjalankan gerak kerja bagi menghadapi PRU14 akan datang dan tunjang utamanya adalah Wanita yang terletak diatas kepala ketua Wanita Umno.

Waktu ini barisan kepimpinan dan juga pergerakkan wanita dibawah cukup efektif dalam melaksanakan tugas. Malah kewibawaan Shahrizat selaku Ketua Wanita Umno berjaya menyatupadukan wanita yang ada. Berbelas PRK pada penggal lalu dan gerak jentera Wanita cukup efektif dan pada PRU13 yang lalu pun wanita umno antara faktor kemenangan penambahan kerusi UMNO.

Apa akan berlaku jika ketua Wanita bertukar pada pemilihan kali ini? Shahrizat Jalil kalah dan ianya tidak menjejaskan apa apa buat Shahrizat Jalil. Tetapi kepada pergerakkan wanita dibawah? Saf kepimpinan yang lain? 3 tahun selepas pemilihan ini andaikata ketua Wanita bertukar maka ianya akan menjadikan 3 tahun untuk wanita Umno membentuk satu lagi barisan dan kepimpinan yang baru. Tidak cukup dengan itu pastinya diperingkat bahagian akan menjadi lebih panas kerana ianya akan melibatkan team A dan team B. Ini akan berlaku jika ketua Wanita yang ada bertukar.

Gomo bercakap dari segi melihat gerak kerja yang akan datang dalam isu Ketua Wanita Umno ini. Matlamat utama adalah jentera yang padu bagi PRU14 kerana pada PRU nanti ini merupakan satu pekara yang teramat penting bagi menarik seberapa ramai orang Melayu untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Lim Guan Eng sendiri mengakui gerak kerja Wanita cukup hebat dibawah kepimpinan Shahrizat Jalil. Dan kita harus ingat isu NFC yang terpalit ke atas Shahrizat Jalil adalah hasil kerja jahat dan agenda DAP yang mahu melemahkan jentera wanita UMNO. Atas semangat dan kekuatan Shahrizat Jalil dan Wanita Umno usaha DAP untuk melemahkan wanita tidak menjadi dan hasilnya PRU13 membuktikan jentera Wanita begitu efektif membantu kemenangan Barisan Nasional.

Dato Sri Najib Tun Razak Perdana Menteri juga mengakui gerak kerja Shahrizat Jalil pada PRU 13 yang lalu. Jika tidak mana mungkin PM melantik Shahrizat Jalil sebagai penasihat wanita bagi YAB Perdana Menteri? Itu bukti bahawa Wanita Umno kuat dibawah kepimpinan Shahrizat Jalil dan itu juga signal kepada semua untuk bersama dengan Wanita Umno bagi menghadapi PRU14 kelak.

Gomo bukan membodek ataupun dibayar oleh Shahrizat Jalil mahupun sesiapa sekalipun. Namun apa yang Gomo terjemahkan adalah usaha gerak kerja yang perlu dilakukan umno untuk menghadapi PRU14 kelak. Ini zaman kepimpinan Najib Razak dan beliau tahu apa yang mahu dilakukan agar PRU14 Melayu dan Bumiputera mendapat mandat penuh dari rakyat untuk BN mentadbir negara.

Kepada yang berang dengan sokongan Papa Gomo kepada Shahrizat Jalil ini diharap dapat berfikir secara waras. Apakah kita mahu jentera wanita berpecah belah sehinggakan gerak kerja yang sepatutnya dibuat untuk PRU14 hancur berkecai?

Matlamat utama kita adalah UMNO menang PRU14 akan datang. Fokus kepada MELAYU & BUMIPUTERA