Showing posts with label legasi. Show all posts
Showing posts with label legasi. Show all posts

Thursday, 31 December 2015

Kerajaan Najib tidak minat pertahankan legasi Kerajaan BN terdahulu ?

Lokasi : Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur


Tarikh: 28/12/2015


Kenyataan TPM ini seolah olah membayangkan beliau dan kabinet yang sedia ada secara kolektif, dibumi nyata,  tidak terbawa atau tidak berminat mempertahankan legasi kepimpinan KERAJAAN BN yang terdahulu sehingga mengungkit perjanjian-perjanjian yang melibatkan projek-projek mega yang terdahulu.

Mungkin beliau terlepas pandang dalam nada beritorik hendak menyebut bahawa 'NAJIS' dari legasi terdahulu itu lah yang memungkin kan UMNO/BN kekal berkuasa sehinggakan kabinet sekarang dapat mewarisi legasi yang sudah pasti nya memerlukan pembelaan. Tak pernah pula terdengar pemimpin terdahulu mengungkit perjanjian-perjanjian lama tetapi mereka lebih kritis kepada 'salah laku' kepimpinan masakini...

Kabinet kini mungkin sudah lupa bahawa perjanjian-perjanjian mega projek di zaman Tun Dr Mahathir melibatkan pengenalan atau pendedahan Malaysia kepada teknoloji terkini yang memerlukan pelaburan berisiko oleh para pelabur. Kerajaan mengambil pendekatan penswastaan bagi mengimbangi risiko  yang perlu ditanggung dalam projek infrastruktur jangka panjang. Sudah tentu nya ada 'icing & creamer' yang terpaksa ditawarkan kepada para pelabur untuk menarik minat dan penyertaan mereka dalam projek yang kebanyakkan nya adalah inisiatif kerajaan. Projek-projek tersebut diharap dapat menyemarakan lagi pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat dan Negara yang secara langsung dapat membiayai kos projek-projek tersebut.

Isu tidak mempertahankan legasi terdahulu lebih cocok dibawa oleh Lim Guan Eng dan gerombolan beliau sekiranya berjaya menawan Putrajaya. Buat ahli kabinet kerajaan sedia ada tumpukan lah perhatian sepenuhnya mempertahankan dan memperbaiki apa saja kelemahan dalam urusan pentadbiran kerajaan BN yang terdahulu.





Sunday, 14 June 2015

TV3 kena berusaha lebih kuat untuk bunuh legasi Tun M

Lokasi : Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas Persidangan Plight of The Rohingya Part II

Tarikh : 12/6/2015


Ini jawapan sinis dari Tun Dr Mahathir mengenai usaha yang terlalu nyata oleh TV3 untuk membunuh atau memadam legasi yang ditinggalkan Tun M setelah mentadbir negara ini selama 22 tahun... Kalau buruk sangat 'letupkan' saja lebuhraya PLUS, Menara Berkembar, KLIA ...jangan tinggalkan apa-apa sebagai legasi atau kenangan...

Update @ 15/6/2015, 9.00 pm
Artikel menyindir TV3 oleh Utusan Malaysia
@ Alkisah Kayu Hulu Kapak, Nasihat Cikgu
& Proton