Showing posts with label klcc. Show all posts
Showing posts with label klcc. Show all posts

Monday, 21 November 2016

BERSIH 5.0 - Koleksi D-Day

Acara : Himpunan BERSIH 5.0 - D-day

Lokasi : Sekitar LRT Masjid Jamek dan KLCC

Tarikh : 19/11/2016



Liputan di lokasi LRT Masjid Jamek, persimpangan Jalan Tun Perak / Jalan TAR / Dataran DBKL & berakhir di Jalan Ampang berhadapan KLCC & Avenue K.. Semua nya berjalan lancar, tanpa ada gangguan dari pihak Polis mahupun kumpulan kumpulan yang bertentangan. Ini adalah pengalaman peribadi saya di lokasi lokasi yang tersebut. Cuma yang ralat perubahan lokasi akhir dari Dataran Merdeka ke KLCC hanya diberitahu dari mulut ke mulut selepas waktu Zohor menyebabkan pergerakan peserta menjadi sedikit huru hara di stesyen LRT..:)

Video 1 - Ucapan TSMY..



Video 2 - Ucapan Dr Mahathir



*********************************************************************************




*********************************************************************************

#suasana360

Anda hanya perlu klik  video / foto tersebut dan ianya akan terbuka di link theta360... Anda boleh lihat keseluruhan persekitaran lokasi video / foto dirakam... Anda juga boleh mengalihkan pandangan dan sudut dengan menggerakkan cursor kearah mana yang anda suka ... Anda juga boleh enlarge or round up the image... Selamat mencuba dan alami pengalaman baru dari sudut pandangan 360 

















 


*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 14 June 2015

TV3 kena berusaha lebih kuat untuk bunuh legasi Tun M

Lokasi : Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas Persidangan Plight of The Rohingya Part II

Tarikh : 12/6/2015


Ini jawapan sinis dari Tun Dr Mahathir mengenai usaha yang terlalu nyata oleh TV3 untuk membunuh atau memadam legasi yang ditinggalkan Tun M setelah mentadbir negara ini selama 22 tahun... Kalau buruk sangat 'letupkan' saja lebuhraya PLUS, Menara Berkembar, KLIA ...jangan tinggalkan apa-apa sebagai legasi atau kenangan...

Update @ 15/6/2015, 9.00 pm
Artikel menyindir TV3 oleh Utusan Malaysia
@ Alkisah Kayu Hulu Kapak, Nasihat Cikgu
& Proton







Wednesday, 27 May 2015

Penyertaan dari luar ASEAN melangkaui jangkaan MITI

Lokasi : KLCC

Acara : Perasmian ASEAN SME Showcase & Conference

Tarikh : 26/5/2015



Pameran ASEAN SME ini diadakan julung-lulung kalinya oleh Malaysia yang menjadi Tuan Rumah ASEAN kali ini. Samada ianya akan dijadikan acara tahunan akan banyak bergantung kepada Tuan Rumah ASEAN yang seterusnya.

Pameran ini telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Banyak permintaan dari negara-negara diluar kelompok ASEAN selain daripada penyertaan oleh kesemua anggota ASEAN sendiri. Pihak penganjur hanya dapat menerima 7 negara dari luar ASEAN untuk menyertai pameran kali ini. Terdapat 598 gerai, 60% dari Malaysia dan 40% dari negara luar.

Pameran yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini  telah mencatatkan jualan / kontrak bernilai RM40 juta setakat pagi hari pertama dan dijangkakan matlamat RM400 juta untuk tempoh tiga hari akan tercapai.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 8 March 2015

#kitalawan - bebaskah Anwar kalau Najib Undur ?

Lokasi : Dari SOGO ke KLCC

Acara : Himpunan solidariti 307 #KiraLawan

Tarikh : 7/3/2015


Himpunan kali ini berjaya menarik jumlah kaum Cina yang ramai, mirip himpunan Bersih. Masih ketara sokongan dari PAS begitu minima... jumlah anggota Unit Amal yang bertugas pun begitu kecil. Tetapi perarakan dari SOGO ke KLCC sehingga penghabis acara berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.. Kalau ada himpunan seterusnya Unit Amal mungkin tidak diperlukan lagi kerana penganjur sudah boleh mengawal perjalanan himpunan dengan baik. 

Namun secara keseluruhan nya saya rasakan bahawa himpunan sebegini sudah kehilangan momentum, tidak seperti sebelum PRU13 dahulu.. Isu Anwar masuk penjara sudah boleh diterima orang ramai termasuk lah saya sendiri. Azmin Ali yang dikatakan akan turut bersama berarak dari menara Maybank tidak muncul langsung. Mungkin sudah timbul kesedaran setelah Guan Eng pun menyatakan tidak akan hadir kerana ada tugasan rasmi  yang lebih penting untuk beliau hadiri.

Bottomline ... desak Najib Undur... kalau Najib undur petang ini boleh kah Anwar keluar penjara petang ini jugak ? Ketara Anwar hanya digunakan sebagai alasan untuk berdemo... 

1
 2
 3  Anuar UMNO Reform
  4
 5
 6  Ambigah bersama bodyguard berbaju merah
 7
 8  Tian Chua
 9  Ambigah
 10  Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS akhirnya menonjolkan diri bersama AMK dan Jingga 13

Sunday, 8 September 2013

Demo bantah harga minyak tak dapat momentum

Lokas : Sekitar KLCC, Kuala Lumpur

Acara : Demonstrasi bantah kenaikan harga petrol

Tarikh : 6/9/2013 @ 2.00 pm


Demo oleh Geng Kotak, Anarki, APBM, SAMM dan SMM. Adalah dalam 15 orang anak muda yang menyertai demo ini...

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8


Sunday, 30 June 2013

Flash MOB KLCC lancar tanpa halangan

Lokasi : KLCC, Kuala Lumpur

Acara : Flash MOB

Tarikh : 29/6/2013 @ 2.00 pm


Flash Mob hari ini diketuai oleh muka baru yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Muka2 biasa mungkin sudah habis digunakan pada program2 sebelum ini. Jumlah peserta lebih kurang 60 orang rata2 berpakaian hitam. Ada yang berani memakai kemeja-T yang tertera party politik sedangkan gerakan ini sapatutnya dilihat sebagai gerakan NGO.

Saya cuma mengikut bersama mereka berjalan dari tingkat bawah sehingga tingkat 2 KLCC. Tiada apa radikal yang mereka lakukan selain dilihat orang ramai seolah olah satu kumpulan pelancung biasa. Tiada sepanduk atau jeritan atau bunyi bising seperti di acara yang lalu. 

Pihak pengawal keselamatan KLCC serta Polis berpakaian preman hanya memerhati gelagat mereka dari jauh.

1/16
 2
 3
 4  Ketua kumpulan..perempuan Cina + remaja Cina berkemeja-T putih
 5  Lagi ketua kumpulan.. lelaki berkemeja biru navy
 6
 7  Remaja remaja Melayu berkemeja-T "Blackout 505"
 8
 9
 10  Imam 'Selipar' turut serta bersama isteri