Showing posts with label madu kelulut. Show all posts
Showing posts with label madu kelulut. Show all posts

Wednesday, 20 January 2016

Ternakan kelulut bagi tujuan madu tidak perlu modal tinggi

Lokasi : Kg Orang Asli Hulu Chuchoh, Sg Pelek, Sepang, Selangor

Acara : Lawatan ke lading madu kelulut Trigona Asli

Tarikh : 15/1/2016



Perusahaan penternakan kelulut bagi mendapatkan madu tidak lah memerlukan modal yang tinggi, cuma sekitar RM10,000 sudah mencukupi untuk para peserta memulakan penternkan mereka sendiri. Latihan pula boleh diperolehi dari Akademi Kelulut dan juga MARDI.

Video berikut cuma memberi gambaran ringkas mengenai perusahaan yang telah diceburi oleh Puan Nur Raziana Ramli. Untuk maklumat lanjut boleh lah hubungi beliau di 019-2808005



1
Kelulut tidak menyengat macam lebah, tapi ada jenis yang menggigit umpama gigitan semut
 2
 3
 4
 5
 6
7
Pokok belimbing menjadi salah satu sumber penting bagi madu kelulut



Tuesday, 19 January 2016

Madu kelulut jadi sumber pendapatan suku Mah Meri Sepang

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Kg Bukit Bangkong, Sg Pelek, Sepang, Selangor

Acara : Majlis Ramah Mesra Menteri KKLW bersama penduduk asli Mah Meri Kg Bukit Bangkong

Tarikh : 15/1/2016


Menteri tidak dapat hadir dan majlis  ini disempurnakan oleh Timbalan beliau, Alenxander Nanta Linggi. Ringkas nya :
  • Penyerahan bantuan RM10,000 seorang kepada 10 pengusaha baru madu kelulut
  • 10 pegusaha baru akan dibantu dan dibimbing oleh Puan Nur Raziana seorang pengusaha berjaya di kampung ini
  • Madu kelulut akan menjadi produk 'signature' Kg Bukit Bangkong sebagai usaha KKLW  untuk mengujudkan komuniti desa yang mengeluarkan 'Satu Daerah Satu Industri (SOSI)' 




1
 2
 3
 4
 5
Dato' Hasnan Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
 6
Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
 7
 8
 9
Salah seorang daripada 10 penerima Program Bantuan Ekonomi batu tujuan mengusaha pengeluaran Madu Kelulut
 10