Showing posts with label majlis tertinggi. Show all posts
Showing posts with label majlis tertinggi. Show all posts

Wednesday, 4 July 2018

UMNO mula penstrukturan pentadbiran untuk bertindak sebagai pembangkang

Acara : Sidang media Majlis Tertinggi UMNO

Lokasi : Auditorium Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Tarikh : 4/7/2018 @ 6.20 pm




Ringkasan :

1. Tiada lantikan pegawai atau ahli Majlis Tertinggi dibuat pada mesyuarat ini.

2. Mesyuarat hari ini merupakan mesyuarat kali yang terakhir dihadiri oleh Tengku Adnan dan Datuk Raof sebagai Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO.

3. Tok Mat Hassan, Timbalan Presiden di tugaskan untuk mengepalai taskforce untuk mengkaji perlaksanaan akujanji calon Presiden.

4. Dr Zambry Abdul Kadir pula dilantik untuk mengetuai unit penyelidikan.

5. Azalina Osman pula diberi tanggungjawab untuk memberi khidmat sokongan dalam isu isu perundangn yang dihadapi UMNO dan tokoh tokoh UMNO.

6. Peribincangan akan diadakan dengan parti parti pembangkang yang lain dalam isu perlantikan ketua pembangkang dalam Dewan Rakyat.  



******************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6



Tuesday, 22 May 2018

Semua jawatan dalam UMNO terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk kerusi Presiden yang kini kosong

Acara : Sidang media mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi UMNO

Lokasi : Bilik mesyuarat tingkat 39, Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Tarikh : 22/5/2018 @ 6.45 pm



"Semua jawatan dalam UMNO terbuka dan bebas untuk dipertandingkan. • sesiapa sahaja yang berkelayakan dan mengikut peraturan yang telah ditentukan layak bertanding. • ahli-ahli UMNO yang ingin bertanding boleh mendaftar secara online bermula 1 Jun 2018 ( Jumaat) dan pencalonan akan ditutup pada 17 Jun 2018 (Ahad) pada jam 5.00 pm. • tarikh persidangan tahunan Cawangan dan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda & Puteri UMNO bermula Sabtu, 19 Mei 2018 sehingga Ahad, 10 Jun 2018 & di peringkat bahagian pada Sabtu, 30 Jun 2018. Serentak pemilihan UMNO." ..dari  officialkunan 




*********************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9


Tuesday, 14 March 2017

Dr M akan teruskan debat dengan Nazri atas kapasiti peribadi

Acara : Sidang Media Majlis Tertinggi PPBM

Lokasi : Ibupejabat PPBM, Menara Yayasan Selangor, PJ

Tarikh : 14/3/2017



Video 1 - Rakaman penuh sesi Sidang Media. Antara topik panas yang menjadi minat wakil media yang menghadiri sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM. Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan peluang berdebat dengan Nazri Aziz walaupun Nazri tidak mendapat mandat mewakili kerajaan Najib Razak dalam debat tersebut



*********************************************************************************

1
 2
 3
 4



Saturday, 30 January 2016

Annuar Musa terkejut dengan perlantikan sebagai Ketua Penerangan UMNO

Lokasi : Lobi Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Acara : Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Tarikh : 29/1/2016


Video 1 - KM Melaka tidak mendengar sebarang arahan kepada MB Kedah untuk meninggalkan bilek mesyuarat



Video 2 - ADUN Lanchang, Sharkar Abdullah menerangkan mengenai rombakan dan perlantikan ketua-ketua baru Biro UMNO



Video 3 - Annuar Musa terkejut dan tidak sangka dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru menggantikan Ahmad Maslan yang dilantik sebagai Ketua Biro Media Sosial. Beliau tidak dirujuk dahulu sebelum pengumuman perlantikan...



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday, 24 August 2015

Mesyuarat MT UMNO dtangguh kepada 9/9/2015

Lokasi: Eco City, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Laman @ Eco City

Tarikh : 21/8/2015


Majlis Tertinggi UMNO yang sepatut nya bersidang pada 28/8/2015 telah ditunda ke 9/9/2015 kerana ada bahagian UMNO yang masih belum selesai dengan mesyuarat perwakilan masing-masing. Sementara itu pengurusan UMNO masih belum dapat laporan penuh mengenai pemimpin UMNO yang didakwa oleh Zahid Hamidi sebagai kepala komplot yang ingin menjatuhkan pentadbiran PM Najib Razak. Kalau sudah ada laporan, tindakkan yang sewajarnya akan diambil.



Thursday, 26 February 2015

Kalau tak bersalah nak minta ampun buat apa ?

Lokasi : Lobi Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Acara : Selepas sidang media mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Tarikh : 25/2/2015



Kalau tak bersalah buat apa minta ampun ? Itu lah jawapan spontan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan ketika ditanya mengenai petisyen pengampunan yang dihantar oleh keluarga Anwar Ibrahim. Ku Nan juga mensgesahkan bahawa UMNO terbuka kepada sebarang usaha yang boleh membawa kepada perpaduan ummah.





UMNO berani tidak bertanding di DUN Chempaka

Lokasi : Pusat Media, Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Tarikh : 25/2/2015



UMNO membuat keputusan 'berani ' untuk tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Chempaka

1. memberi tumpuan kepada kerja-kerja baik pulih pasca banjir

2.  menumpukan kepada usaha perpaduan ummah walaupun terdapat perbezaan pandangan

3.  'precedent' tidak bertanding telah pun dibuat semasa PRK Bukit Gelugor. Keptusan dan kata sepakat dibuat setelah perbincangan bersama badan perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang juga telah melakukan perbincangan bersama UMNO Bahagian Pengkalan Chepa. Najib juga menolak kemungkinan 'menaja' calon bebas

Mengenai PRK Permatang Pauh, Majlis Tertinggi akan hanya membuat keputusan setelah SPR membuat tafsiran perlembagaan dan keputusan keatas petisyen Anwar Ibrahim untuk pengampunan.

**************************************

Saya katakan UMNO berani kerana mereka sedar akan tohmahan dan tuduhan yang akan dilempar oleh kawan dan lawan sebagai penakut dan sebagainya. Namun keputusan telah dibuat dengan mengambil kira kepentingan umaah dan rakyat Kelantan yang masih memerlukan bantuan setelah di landa musibah banjir yang amat dahsyat baru-baru ini. Mungkin juga ada dikalangan ahli UMNO yang menyimpan cita-cita menjadi calon akan turut bersuara membantah keputusan ini.

Di sebelah pihak lawan mereka mungkin sudah jangkakan keputusan dan telah menyiapkan kenyataan dibawah ini sebelum Majlis Tertinggi bersidang lagi. Ianya berbaur ugutan kepada Najib bahawa mereka (puak yang menentang perpaduan) masih ada 'peluru' untuk menyerang.. Kes Altantuya dan 1MDB menjadi sandaran.

***************************************

KRISIS KEYAKINAN UMNO/BN DAN PERPADUAN UMMAH TANPA KETELUSAN

Pengumuman Presiden Umno bahawa Umno/BN tidak akan meletakkan calon untuk PRK Cempaka membuktikan kekuatan Umno/BN di era kepimpinan beliau sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.

Sekaligus membuktikan kata kata keramat al Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat :'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' menjadi kenyataan hari ini.

Selepas pemergian Tok Guru, Umno/BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau - Islam dan bukan kebangsaan - adalah benar. Alhamdulillah.

Sekalipun tanpa penyertaan Umno/BN, isu negara yg melibatkan DS Pres Umno secara langsung iaitu 1MDB dan misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan dan tetap memerlukan tindak balas meyakinkan dari PM Malaysia.

Saya tidak nampak perpaduan ummah boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar seperti 1 MDB  dan isu jenayah seperti Altantuya.

Perpaduan Ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek utk menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata.

Bahkan, sebelum ini BN juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa apa makna kepada perpaduan ummah atau negara.

Husam Musa
26 Feb 2015

**************************************

1
 2
 3
 4
5 



Saturday, 12 July 2014

Mesyuarat dan Iftar Majlis Tertinggi UMNO

Lokasi : Menara Dato' Onn,  PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Tarikh : 10/7/2014


Keputusan hari ini:-

1. Melanjutkan tempoh mesyuarat bahagain dari 14/9 ke 30/9/2014

2. Akta Keharmonian - satu Jawatankuasa kecil  akan ditubuhkan dibawah Biro Perlembagaan dan Undang-Undang untuk mengkaji dan membuat cadangan bagi pertimbangan oleh pihak kerajaan 

3. MT berdiri teguh dalam dalam menyokong perjuangan perjuangan hak rakyat Palestine dan mengecam keras tindakan kejam pihak Zionis.

4. Semua bahagian UMNO disarankan membuat solat hajat bagi rakyat Palestine 



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Sunday, 20 October 2013

Mukhriz terima kekalahan dgn hati terbuka

Sekali lagi Mukhriz Mahathir membuktikan beliau seorang pencabar yang berhemah tinggi dalam pertandingan... walaupun telah mengetahui telah tewas, beliau masih muncul untuk memberi hormat kepada yang menang... begitu juga lah yang telah beliau lakukan semasa bertanding merebut kerusi KP Pemuda UMNO dulu.. beliau lah calon pertama yang masuk kedewan walaupun sudah mengetahui beliau tewas... ini lah semangat yang kita cari..


Mukhriz tewas tetapi lebih popular dari Hishamuddin

Lokasi : PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Keputusan Pemilihan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO

Tarikh : 19/10/2013  @ 10.00 pm



KUALA LUMPUR 20 Okt. - Ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkannya dalam sidang akhbar pukul 1.40 pagi ini berkata, setelah 188 daripada 191 bahagian disahkan kiraan undi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi manakala Mohd. Shafie mendapat 174 undi dan Hishammuddin, 100 undi.

Pesaing terdekat, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula mendapat 91 undi.
Walaupun kalah dalam pemilihan mengikut sistem "electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishammuddin dari segi undi popular. Beliau mendapat 55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi.

Dua lagi calon, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing sekadar mendapat lapan dan tujuh undi.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, gandingan beliau, Shafie dan Hishammuddin diyakini akan membantu memperkasakan institusi UMNO dalam usaha memastikan parti itu terus relevan khususnya di kalangan generasi muda.

"Ini penting memandangkan terdapat 6.5 juta pengundi baru pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Biarpun sudah berumur 60-an, tapi pemikiran, cita rasa dan gerak kerja akan tetap mengambil kira pola pemikiran golongan muda," katanya. - UTUSAN ONLINE


1/36
 2  'Adik Manis' Hafizah.. ADC Puan Sri Norainee
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9  Tahniah dari Boss kerana terpilih sebagai ahli MT, mewakili Wanita UMNO...seorang lagi ialah Rosnah Shirlin..
 10