Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Wednesday, 12 September 2012

Adakah UMNO gagal dalam mengislamkan ABBY?

Venue : Markas PAS Cawangan Ampangan, Batu 3 Jalan Kuala Pilah, Ampangan, Seremban

Event :  Ceramah Umum

Date : 10/9/2012 @ 10.00 pm


Setelah 55 tahun memerintah negara, UMNO masih gagal  menyedarkan Abby bahawa orang Melayu dalam UMNO adalah orang Islam yang telah berusaha mempertahankan dan menyebarkan syiar Islam di negara ini. Dimana gagal nya UMNO?



Saturday, 12 May 2012

Aishah yakin jalan selamat melalui PAS

Venue : Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur

Event : Ceramah Perdana, Langkah Rakyat ke Putrajaya

Date : 11/5/2012 @ 10.00 pm


Aishah Ariffin bekas penyanyi utama Aishah & The Fans Club pada pertengahan tahun 80-an dulu telah menemui apa yang dicari pada usia pertengahan umur ini setelah mengalami pelbagai ujian termasuklah kegagalan perkahwinan sebanyak 3 kali.

Beliau telah diberi penghormatan untuk menyerahkan borang keahlian seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am PAS, Nik Aziz setelah dijemput memberi ucapan ringkas malam tadi.

Saya sempat mengucapkan tahniah kepada beliau melalui SMS dan dia menjawab "Wslm tq tolong doakan supaya istiqamah" 




Sunday, 5 February 2012

PR - Ketua Muslimah PKR terus serang Kak Ijat

Venue : Dengkil, Selangor

Acara : Ceramah Perdana Pakatan Rakyat

Tarikh : 27/1/2012

Sejak saya membuat liputan politik tanahair, pantang ada wanita yang naik pentas pro-BN akan pasti  diherdik dengan pelbagai panggilan sikiranya beliau tidak memakai tudung muslimah. Tidak kira lah samada isu yang dibangkitkan ada unsur kebenaran atau sebaliknya. Contoh yang baik ialah Ummi Hafilda. Segala video entry beliau akan dipenuhi dengan pelbagai cemuhan yang menghina penampilan beliau sebagai wanita Muslim.

Entry kali ini saya ingin mengenengahkan wanita Muslimah yang mewakili PKR, yang keterampilan secara fisikal nya saya kira sudah memenuhi kritiria seorang Muslimah.... cukup tutup kepala dan pakaian yang menutupi seluruh anggota.

Ikuti intipati dan cara penyampaian hujah beliau semasa berceramah di Dengkil baru baru ini. Adakah ini Muslimah yang lebih Muslim daripada Ummi Hafilda atau mangsa serangan beliau, Kak Ijat yang selalu dipersendakan dengan jambul merah nya ?