jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli menyarankan supaya Tan Sri Rafidah Aziz jangan mengeruhkan lagi keadaan dengan desakan kepada Shahrizat Jalil supaya berundur dari jawatan Menteri dan sebagai Ketua Wanita UMNO kerana telah menyusahkan UMNO dalam isu NFC
Sejak saya membuat liputan politik tanahair, pantang ada wanita yang naik pentas pro-BN akan pasti diherdik dengan pelbagai panggilan sikiranya beliau tidak memakai tudung muslimah. Tidak kira lah samada isu yang dibangkitkan ada unsur kebenaran atau sebaliknya. Contoh yang baik ialah Ummi Hafilda. Segala video entry beliau akan dipenuhi dengan pelbagai cemuhan yang menghina penampilan beliau sebagai wanita Muslim.
Entry kali ini saya ingin mengenengahkan wanita Muslimah yang mewakili PKR, yang keterampilan secara fisikal nya saya kira sudah memenuhi kritiria seorang Muslimah.... cukup tutup kepala dan pakaian yang menutupi seluruh anggota.
Ikuti intipati dan cara penyampaian hujah beliau semasa berceramah di Dengkil baru baru ini. Adakah ini Muslimah yang lebih Muslim daripada Ummi Hafilda atau mangsa serangan beliau, Kak Ijat yang selalu dipersendakan dengan jambul merah nya ?
Venue : Pejabat SPRM, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
Laporan Polis telah dibuat oleh Shamsubahrin (penasihat koporat yang dilantik NFC) pada 27/1/2012 yang mendakwa bahawa tekanan telah diberi keatas beliau untuk merasuah Polis penyiasat oleh Pengerusi NFC.
Zuraida pagi ini telah menyusul dengan membuat pula laporan kepada SPRM supaya tindakan segera dilakukan keatas dakwaan yang dibuat oleh Shamsubahrin. Pihak Zuraida memberi tempoh dua minggu untuk tindakan dilakukan, jika tidak desakan seterusnya akan dibuat untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat ketidak telusan siasatan yang dibuat.
Setelah membuat laporan, Zuraida memberi tahu kami bahawa siasatan sedang dilakukan oleh SPRM Putrajaya dan SPRM Kuala Lumpur akan serahkan dokumen laporan kepada pejabat Putrajaya untuk tindakan lanjut
Selain 'ugutan' untuk menggunakan suara rakyat untuk menubuhkan SSDR, pihak Zuraida juga telah memberi gambaran bahawa bukti terpenting iaitu talipon bimbit yang mengandungi SMS arahan dari Pengerusi NFC kepada Shamsubahrin sekarang berada dalam simpanan SPRM Putrajaya. Nampak gayanya seolah olah "another conspiracy theory is already in the pipe line". Semalam ketika sidang akhbar pihak media telah diberitahu bahawa Zuraida dan pihak peguam beliau mempunyai salinan SMS tersebut.
BTW where is Rafizi? I have not seen him for some times.
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Tropicana Damansara, Selangor
Video 1 : Pelek juga setelah dibalun nya Kak Ijat luar dalam atas dasar peribadi, sekarang Zuraida mengatakan serangan beliau cuma dibuat keatas NFC bukan keatas Kak Ijat secara peribadi. Cepat benar dia lupa pelbagai kenyataan yang dibuat di merata rata tempat...