Acara : Pendakwaan salahguna kuasa keatas Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli
Lokasi : Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Tarikh : 14/10/2021
PENDAKWA RAYA vs ROZMAN BIN ISLI
(NO KP: 640528-12-5393)
PERTUDUHAN
Bahawa kamu pada 21 Mac 2018, diantara jam 2.30 petang dan 5.30 petang , di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussien, Presint 4, di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukan kamu untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai Operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Managememt Sdn Bhd yang mana bapa dan. adik kamu mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta yang sama.
(b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, me bukit mana-mana yang lebih tinggi.
_________________________________________________________________________________________________________
1
2
3
4
5
6
7