Showing posts with label pas selangor. Show all posts
Showing posts with label pas selangor. Show all posts

Monday, 1 October 2012

Isu Rasulallah Jadi Pengikat Kasih Sesama Ummah

Venue : Astaka MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Event : Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW anjuran Pemuda UMNO Malaysia

Datre : 29/9/2012 @ 0.00 pm


Syabas dan tahniah kepada penganjur program kerana telah berjaya mencari titik persamaan yang dapat digunakan sebagai pemula dalam usaha perpaduan ummah. Julung julung kali nya dalam musim berkempen untuk PRU 13, wakil wakil dari UMNO, PAS dan PKR dapat duduk bersama dan bergabung tenaga dalam menjayakan suatu usaha yang murni. Bukan setakat itu sahaja, para cendiakawam agama pun turut bersama menjayakan program ini walaupun adakala nya mereka lantang mengkrtik dan mempertahankan pandangan masing masing.


1/38
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

Wednesday, 11 July 2012

Dr Rani tolong jangan lari dari debat malam ini



DEBAT AKAN DITERUSKAN!

Berita yang sedang diedarkan di seluruh parlimen kapar mengatakan bahawa program debat perdana yang sepatutnya diadakan pada 11hb Julai(malam ini) dibatalkan adalah maklumat salah.

Sdra Jaya Kesuma Hj Rusman, selaku pengerusi ngo Gerakan Masyarakat Perihatin Meru berkata program debat tersebut akan tetap diteruskan walaupun menurut maklumat dari media cetak atau elektronik mengatakan yb dr rani osman tidak akan menghadirkan diri.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, program debat ini memang diadakan secara khusus utk 'mencabar' kedua-dua pemimpin tersebut iaitu yb dr rani osman dan yb dato dr hasan ali untuk berada di pentas yang sama untuk mempertahankan 'pandangan & hujah' masing-masing tentang parti pas serta isu-isu semasa yang berkaitan terhadap masyarakat di meru, khususnya ahli pas sendiri.

Yb dato dr hasan ali sendiri sehingga malam tadi dihubungi menyatakan komitmen beliau untuk hadir. Seandainya yb dr rani osman tidak hadir, di atas sebab apa sekali pun program debat tersebut akan tetap terus dijalankan kerana yb dato dr hasan ali kena menjawap beberapa persoalan yg akan dikemukakan oleh pihak penganjur sendiri.

Seperti yang sedia maklum, tajuk serta soalan-soalan daripada penganjur telah dihantar kepada kedua-dua pendebat pada 6hb Julai yang lepas untuk dijawab.

Pihak penganjur masih mengharapkan yb dr rani osman akan dapat menghadirkan diri walaupun di saat-saat akhir.

Pihak penganjur juga ingin mengambil kesempatan untuk meminta semua pihak berlapang dada menjelang debat perdana malam ni. Keselamatan semasa majlis berjalan akan dipastikan berada di dalam keadaan selamat untuk semua pihak, walaupun pagi tadi salah seorang petugas urusetia telah menerima ugutan dengan sebilah parang daripada seorang pemuda yang tidak dikenali. Pihak penganjur telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak yang berkuasa untuk tindakan susulan.