Showing posts with label solidariti. Show all posts
Showing posts with label solidariti. Show all posts

Saturday, 8 August 2020

Forum antarabangsa & deklasrasi solidariti rakyat Malaysia bersama Kashmir

 Acara : Forum Malaysia People's Declaration - Solidarity with Kashmir

Lokasi : Intercontinental Hotel, Jalan Ampang, KL

Tarikh : 8/8/2020


Video 1 - Ucapan aluan oleh Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM


2. Ucaptama oleh Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia


3. Deklarasi rakyat Malaysia yang bersolidariti dengan rakyat Kashmir



****************************************************************************************************************
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14


Friday, 22 December 2017

Agenda Najib Razak disebalik Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm


Agenda Najib Razak dalam penganjuran Himpunan Sodidariti Selamatkan Baitulmaqdis (SSB) dapat disimpulkan dengan jelas dalam video #4, iaitu untuk menjadi pemangkin dalam perpaduan ummah di Malaysia.

Selain itu SSB juga  boleh dianggap sebagai cara yang selamat dan boleh diterima oleh orang Melayu / Islam untuk berhimpun bagi diarahkan tenaga mereka kesuatu matlamat bersama.

PRU14 semakin hampir dan thema bagi siri  Himpunan SSB yang akan diteruskan setiap bulan (sehingga PRU14 atau isu Baitulmaqdis selesai, yang mana sampai dulu) ialah kesatuan atau perpaduan ummah. Mesej ini amat penting bagi Najib mengembeling sokongan Melayu kepada UMNO / BN yang terhakis teruk dengan ada nya PPBM.

Himpunan SSB ini tidak akan memakan belanja yang tinggi kerana ianya akan dilakukan diperkarangan Masjid seluruh negara yang berkemungkinan akan melibatkan Menteri Menteri Besar, Ahli Parlimen, Menteri Pusat yang balik kawasan selain PM dan TPM sendiri. Impak nya dijangka tinggi kerana audien orang Melayu yang terlibat tidak hanya terbatas kepada penyokong UMNO / BN sahaja. Ianya akan melibatkan kesemua jemaah masjid yang hadir pada solat Jumaat hari majlis tersebut diadakan. 


Video 1- Penganjur gagal penuhi aspirasi PM Najib Razak penyatuan ummah


Video 2 - Najib rela dikerat sehingga ke ketulan daging terakhir demi Baitulmaqdis



Video 3 - Himpunan Solidariti Selamatkan Baitumaqdis akan diadakan setiap bulan



Video 4 - Agenda Najib disebalik penganjura Himpunan SSB




#suasana360 dari pelbagai sudut


**********************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10

Dr Mahathir tidak diendahkan penganjur Himpunan Perpaduan Ummah

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm



Himpunan diadakan bagi menyatakan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestine dalam isu Baitulmaqdis yang diiktirafkan sebagai ibunegara Israel oleh Trump.

Adakah penganjur fahami apa yang hendak PM Najib Razak sampaikan kepada dunia dan rakyat Malaysia amnya.. Ini apa yang PM Najib katakan dalam ucapan beliau -

"Kerana ...tanpa mengira apa jua fahaman politik , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama parti mana , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama NGO, betul Tuan Tuan ?
Kita berhimpun kerana kita hendak menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia ini bersatu menentang pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel."

Jelas sekali penganjur gagal dalam penganjuran ini kerana apa yang diucapkan oleh PM Najib tidak selari dengan realiti... Pertama sekali nama besar yang digembar gemburkan, Hadi Awang Presiden PAS gagal hadir walhal ada laporan yang menyatakan bahawa beliau berkhutbah di Masjid Rusila.

Yang keduanya Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir (yang telah dilabelkan sebagai #pengkhianatbangsa) hadir di Masjid Putra untuk bersolat Jumaat tanpa diendahkan langsung oleh penganjur atau hos mahupun ahli jemaah kabinet yang lain. Mana pergi adab ? Saya pasti mereka sedar akan kehadiran Dr Mahathir melalui pegawai pegawai mereka, mustahil mereka tidak tahu. Lagipun pengumuman telah dibuat ketika Dr Mahathir tiba oleh pihak masjid. Saya yakin tiada jemputan diberikan kepada Dr Mahathir. Dia hanya hadir untuk bersolat Jumaat. Kalau dijemput sudah pasti penganjur akan menyediakan pegawai pengiring atau disambut sendiri oleh Hos.

Apa salah nya disapa Dr Mahathir walau dengan Salam sebaris sekalipun. Puluhan wakil media bersedia dengan perakam masing masing untuk merakam saat tersebut. Hos akan kelihatan matang politik dalam situasi win-win. Dr Mahathir kalau tidak dijemput sudah pasti tidak akan mendesak atau meminta slot untuk berucap kerana beliau seorang negarawan yang cukup masak dalam hal hal ini.

Dengan tidak mengendahkan Dr Mahathir, terlepas lah peluang penganjur untuk mengotakan apa yang PM Najib war warkan dalam ucapan beliau.. Dr Mahathir saya percaya hanya mengintai suasana perhimpunan selain menunaikan solat Jumaat bersama warga Putrajaya... beliau tidak rugi apa apa pun...





*************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12



Tidak reti hormat suara majoriti Trump didesak bawa keluar Amerika dari PBB

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm




Video 1 - Tok Him desak Trump keluarkan Amerika Syarikat dari Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu kalau tak mahu bersama dengan suara majoriti..


1
 2


Friday, 8 September 2017

Dimaki nya pegawai kedutaan dan disalahkan pula DAP himpunan gagal tarik crowd

Acara : Himpunan Solidariti bersama warga Rohingya

Lokasi : Kedutaan Myanmar, Kuala Lumpur

Tarikh : 8/9/2017



Video 1 - Nampak gaya macam niat mereka memang hendak memaki hamun pegawai Kedutaan Myanmar dihadapan lensa wakil wakil media.  Mungkin sebab itu lah selama ini memorandum yang dihantar pelbagai pihak tidak dilayan Kedutaan Myanmar.. selalunya hanya security guard sahaja yang menerima bagi pihak kedutaan. 



Video 2 - Penganjur sedar himpunan yang mereka anjur hari ini tidak mendapat sambutan rakyat Malaysia. Disalahkan pula musuh politik kerana tidak menghantar wakil...Hellloooooo.... sudah nya DAP diheret masuk dalam story board kerana dikatakan menghalang Pemuda Harapan dari menghadiri program hari ini....so Bottomline, kumpulan baju merah ini mengaku tanpa sokongan DAP, gerakan mereka gagal tarik penyertaan ramai ??



*********************************************************************************

1

 2

 3

4

 5

 6

 7

 8

 9

10

 11

 12

 13

 14

 15

 16