jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Video 6 - Tun M mahukan orang UMNO lebih berani kedepan menyatakan mereka tidak lagi percaya kepada Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Hanya dengan berbuat demikian rakyat akan memberi sokongan kerana keberanian tersebut datang nya dari ahli UMNO sendiri. Tun M bersetuju diadakan konvensyen UMNO seluruh Malaysia untuk menyuarakan suara hati mereka kerana segala saluran lain telah tertutup.
Mesej penting dari Presiden parti komponen dalam BN. Bersatu lah Melayu terutamanya dalam UMNO kerana tunjang kekuatan BN terletak kepada kekuatan Melayu dalam UMNO. Najib Razak harus diberi kebebasan dan sokongan untuk menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia tanpa prasangka.
Jika ada ahli yang tidak berpuashati dengan kepimpinan Presiden UMNO, hendak lah membawa perkara tersebut ke Perhimpunan Agung UMNO untuk diputuskan. Sementara menunggu PAU jangan lah ganggu Presiden parti menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau.
PS - Bagaimana pula dengan pengundi rakyat Malaysia yang lain yang bukan ahli UMNO ? Bagimana cara untuk mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ?
Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Tarikh : 11/5/2015
Sebahagian besar wakil media telah berada di PWTC sejak jam 3 pm lagi menunggu sidang media yang di jangka panas dengan pelbagai persoalan yang bakal diajukan kepada Najib Razak. Alangkah kecewa nya setelah menunggu sehingga jam 7 pm, Najib Razak muncul dengan membaca teks kenyataan media yang ringkas tanpa memberi peluang kepada sebaran soalan daripada wakil media.
Ringkas nya isi kenyataan media Najib adalah seperti berikut
1) majlis tertinggi melahirkan sokongan padu pada presiden dan timbalan presiden
2) MT menyatakan kalau ada isu berbangkit mereka diberi peluang utk menyumbang idea bernas dan cadangan positif utk mendapat penyelesaian yg sewajarnya
3) TH pendeposit tak perlu bimbang kerana semua caruman dijamin oleh kerajaan - pihak kerajaan ambil maklum
4)1MDB keputusan siasatan perlu dipercepatkan oleh Ketua Audit negara. ketua Audit Negara juga diminta buat statement status Audit terkini. MT minta ambil tindakan tegas pada siapa yg salah dalam isu 1MDB
5) MT menawarkan bantuan utk menyelesaikan masalah 1MDB - pihak kerajaan akan beri pertimbangan
6) PM akan sentiasa bincang hati ke hati bersama TPM utk menyelesaikan masalah semasa
Secara ringkas nya apa yang saya fahami dari sesi sidang media adalah:
Pemuda UMNO menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Presiden UMNO selepas satu perjumpaan khas untuk mendapat penerangan dan penjelasan mengenai isu-isu semasa.
Dalam perjumpaan tertutup lebih satu jam tersebut, Presiden UMNO diberitakan telah memberi penjelasan mengenai isu 1MDB, isu Altantuya, isu jet kerajaan, isu jambatan bengkok, isu GST, isu ekonomi dan lain-lain isu semasa.
Isu yang diberi penjelasan kebanyakan nya bertumpu kepada soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir. Presiden UMNO bersetuju untuk mempercepatkan pengauditan 1MDB dan mengambil tindakan tegas keatas mereka-mereka yang didapati menyeleweng
Pemuda UMNO menyarankan kepada Najib untuk mendekati rakyat dan meneruskan usaha-usaha penerangan kepada setiap lapisan masyarakat khususnya ahli UMNO untuk memberi penjelasan dalam isu-isu semasa.
Menurut Khairy cabaran yang dihadapi amat besar dan Pemuda UMNO tidak mahu terperangkap dalam 'sindrom penafian' walaupun mereka percaya dan yakin dapat atasi segala masalah masa ini setelah menerima dengan positif segala penjelasan daripada Presiden UMNO.
Khairy juga menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa sokongan yang diberikan adalah palsu kerana kebanyakan mereka yang memberi sokongan adalah mereka yang berpangkat dan berjawatan dalam parti.
Khairy berpendapat bahawa cabaran yang dihadapi UMNO kini tidak lah sehebat cabaran yang dihadapi semasa zaman permulaan reformasi dahulu dan amat yakin UMNO dapat melayari cabaran yang dihadapi sekarang.
Presiden UMNO seterusnya menegaskan bahawa beliau bertanggungjawab kepada rakyat dan parti dan bukan kepada mana-mana indivdu dan akan hanya menjawab kepada parti dan rakyat.
Ikuti rakaman video penuh sesi Sidang Media untuk mendapat penjelasan sepenuhnya