Showing posts with label special branch. Show all posts
Showing posts with label special branch. Show all posts

Friday, 3 April 2015

POTA untuk pencegahan keganasan dan baik pulih Militant IS yang pulang ke Malaysia

Lokasi : Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, KL

Acara : Sidang media selepas Taklimat Eksekutif : Ancaman Keselamatan Negara

Tarikh : 2/4/2015



Perkongsian dari video :

1. Malaysia perlu mengembeling kekuatan agensi-agensi yang sedia ada seperti PDRM, JAKIM, MKN dibawah satu badan penyelaras untuk menangani propaganda-propaganda yang disebarkan melalui media sosial

2. Peperangan ideologi perlu dilawan dengan penerangan yang boleh mematahkan fahaman songsang yang disebar kepada kader-kader baru.

3. Prevention of Terrorism Act (POTA) yang akan debentangkan di Parlimen bertujuan untuk memberi kuasa kepada Polis untuk menahan dan mencegah penambahan kader dalam Militant Islam Malaysia ke luar negara.

4. POTA juga mempunyai peruntukan untuk pihak berkuasa menahan dan melakukan proses pemutihan Militant Islam yang baru ditangkap dan yang bakal pulang ke Malaysia kelak. Pusat tahanan khas akan dibina bagi tujuan tersebut.

5. POTA juga akan membolehkan Polis menangkap suspek sebelum mereka melakukan sebarang serangan dan kemusnahan dalam operasi pencegahan.

6. POTA diharap akan diluluskan di Parlimen bagi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.




1
 2
 3


Wednesday, 4 July 2012

PKR desak rombakan Cawangan Khas PDRM

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 3/7/2012 @ 11.00 am


PKR hari ini mendesak PDRM supaya merombak aktiviti Cawangan Khas supaya lebih fokus kepada pencegahan dan penyelesaian jenayah dan mengurangkan intipan mereka keatas rakyat Malaysia. Mereka berpendapat bahawa PDRM membelanjakan terlalu banyak wang rakyat dalam kerja kerja intipan yang tidak mendatangkan faedah.


Persoalan saya ialah apakah PDRM akan dapat menjalankan tugas pencegahan jenayah dengan berkesan tanpa kekuatan dalam pengumpulan maklumat / risikan. 

Dalam persekitaran politik dewasa ini dimana hampir setiap malam ada saja kegiatan ceramah diseluruh Malaysia oleh pihak pembangkang, sudah tentu kerja kerja 'surveillance' juga akan meningkat dengan setara.


1.
 2.
 3.
 4.
 5.