Showing posts with label tanah merah. Show all posts
Showing posts with label tanah merah. Show all posts

Wednesday, 10 October 2018

PRK P132 - Masyarakat Cina akan membalas budi Isa dengan undi

Acara : Walkabout calon bebas, Isa Samad

Lokasi : Taman Jimah Indah, Tanah Merah Site A, Port Dickson

Tarikh : 10/10/2018



Video 1 - Cerita ringkas mengenai latar belakang Taman Jimah Indah oleh bekas Ketua Kampung dari MCA. Lebih kurang 20 tahun yang lalu masyarakat di kawasan yang rata rata nya penternak khinzir telah terkesan dengan teruk oleh epidermik wabak Japanese Encephalitis. Ladang khinzir habis dimusnahkan dan mereka terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat. Isa Samad telah membantu dengan mendapatkan 10 ekar tanah dari Guthrie Plantation, 2 ekar untuk kawasan tokong dan 8 ekar untuk taman perumahan. Mereka kini terlibat dalam bidang pertanian pula. Mereka sangat terhutang budi kepada Isa Samad.



Video 2 - Isa tidak pernah bermusuh dengan Anwar dan beliau berkempen secara berhemah tanpa perlu menyerang peribadi lawan.



Video 3 - Isteri calon, Bibi Sharliza memberi sedikit maklumat mengenai pemilihan kerusi sebagai logo 



Video 4 - Mr Chua sedikit tersinggung apabila dipesan oleh kawan kawan untuk memangkah logo Kerusi. Beliau sebenarnay memang ternanti nanti kepulangan Isa Samad sebagai wakil rakyat Port Dickson dan akan pasti memberi undi kepada beliau.



********************************************************************************************************************************

1
2
  3
4
  5
6
7
8
9
10

Saturday, 10 March 2018

Dr Mahathir dapat juga beramah mesra dengan masyarakat Tanah Merah walau cuba disekat

Acara : Jelajah Harapan - Ramah mesra Dr Mahathir  bersama masyarakat setempat

Lokasi : Halaman U-Presto Tyre Tanah Merah, Kelantan

Tarikh : 10/3/2018 @ 2.00 pm



Video 1 - Rakaman penuh ucapan Dr Mahathir yang menyentuh pelbagai perkara berkaitan Pakatan Harapan dan perlu nya Najib Razak dijatuhkan disebabkan skandal 1MDB termasuklah juga mengenai parti Bulan. Untuk program hari ini pihak penganjur amat berterima kasih kepada tuan punya U-Presto Tyre kerana bermurah hati untuk membenarkan laman dihadapan kedai beliau digunakan sebagai lokasi majlis setelah dua lagi tempat mendapat halangan dari pihak pihak tertentu.



Video 2 - Sidang media selepas selesai segala ucapan. Dr Mahathir menjawab soalan soalan mengenai kemelut Pakatan Harapan / PPBM dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Beliau mendedahkan mengenai Plan B dan Plan C dalam mengahadapi sebarang kemungkinan yang akan diputuskan oleh ROS. Dr Mahathir tidak puas hati dengan tindakan tidak berbuat apa apa selama 8 bulan selepas permohonan melalui surat rasmi yang dibuat oleh PH. 

Dr Mahathir juga menyelar PAS dalam isu kafir mengkafir yang turut melibatkan beliau sebagai orang UMNO. Turut dijawab mengenai isu bantuan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan semasa zaman pemerintahan beliau





***************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16