Saturday, 21 January 2017

PPBM tubuh Taskforce Jelajah FELDA - Dr M akan turun gegarkan FELDA

Acara : Malam Semarak Kasih & Pelancaran Taskforce Jelajah Felda

Lokasi : Felda Taib Andak, Kulai, Johor

Tarikh : 21/1/2017


Selain ceramah biasa, majlis malam ini melibatkan pelancaran Taskforce Jelajah Felda yang mempunyai agenda seperti yang tertera dalam notis awal berikut yang saya terima beberapa hari yang lalu :-

"Assalamualaikom,

Dengan berbesar hati, prelude kepada Siri Jelajah Taskforce Semarak Felda ini akan di lancarkan pada 21hb Januari di Felda Taib Andak oleh TS Muhyudin Yasin selaku Presiden PPBM.

Kami dari Taskforce Felda PPBM dgn berbesar hati akan bekerjasama dengan NGO ANAK untuk membentuk satu Taskforce dikenali dengan nama Taskforce Semarak Felda.

Taskforce Semarak Felda ini akan mengadakan siri Jelajah Semarak Felda di sertai oleh Ayahanda Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi PPBM akan menjelajah setiap ceruk Felda sebanyak dua kali sebulan.

Pada 3hb Februari Semarak Felda akan mengadakan siri 'Gegar'nya di Simpang Jengka 8, Jerantut Pahang dan di ikuti pada 26hb February di Ulu Jempul Negeri Sembilan. Seterusnya pada 1hb Mac dan 25 hb Mac di dua buah negeri lagi yang akan diumumkan kemudian.

Siri Jelajah ini untuk memberi kesedaran kepada warga Felda dengan permasalahan yang dialami oleh mereka seperti kelambatan bayaran hasil dan lain2 seperti ketirisan pengurusan  FGV seperti yang di sahkan oleh Auditor General.

PPBM peduli nasib warga Felda khasnya dan Melayu dan Malaysia am nya.

Sekian. Terima kasih."


********************************************************************************

#suasana360 @ Malam Semarak Kasih & Pelancaran Taskforce Jelajah Semarak Kasih Felda... Salahuddin Ayub sedang menyampaikan ucapan..Lokasi - Felda Taib Andak, Kulai
#suasana360 @ Malam Semarak Kasih & Pelancaran Taskforce Jelajah Semarak Kasih Felda... Salahuddin Ayub sedang menyampaikan ucapan..Lokasi - Felda Taib Andak, Kulai #bersatu #ppbm #semarakkasihfelda #theta360 - Spherical Image - RICOH THETA



*********************************************************************************
1
 2
3
 5
  6
 7
  8
 9
10

Wakil rakyat tidak mampu bantu peniaga mendapatkan lesen perniagaan

Acara : Perasmian The Market Place
Lokasi : OUG Market Place, Taman Oversea Union, Jalan Kelang Lama, KL

Tarikh: 21/1/2017



Video 1 - Ringkas nya

  • The Market Place dibangunkan oleh pihak swasta sepenuhnya dan semua unit perniagaan adalah untuk disewa
  • terdapat pusat riadah yang besar untuk disewa di tingkat enam kompleks ini
  • konsep pembangunan pusat perniagaan yang mempunyai pasar basah ini akan diguna sebagai model untuk pembangunan kompleks lain yang dipunyai oleh DBKL
  • peniaga peniaga digalak berurusan terus dengan DBKL untuk mendapatkan lesen perniagan dan jangan biarkan diri mereka diperas oleh orang tengah
  • wakil rakyat pembangkang tidak mampu bantu peniaga mendapatkan lesen perniagaan kerana mereka sendiri tidak turun kepadang


********************************************************************************

1
 2
 3
 4
  5
 6
 7
 8
 9
 10
  

Friday, 20 January 2017

Program Jom Bantu Rakyat mendapat sambutan dari kumpulan sasar

Acara : Pelancaran Program 'Jom Bantu Rakyat'

Lokasi : Desa Pandan, Kuala Lumpur

Tarikh : 20/1/2017



Video 1- Sebelum ini #negarawanulung digelar #pengkhianatbangsa... kini gelaran tambahan untuk beliau ialah #TunUTurnMahathir... beginilah nasib badan dipenghujung usia, gelaran yang diberi sendiri oleh #pewarisMahathir yang merasakan gelaran tersebut memang sesuai sekali...




Video 2 - Program Jom Bantu Rakyat sudah pun berjalan seluruh negara. Pelancaran hari ini dilakukan diperingkat nasional. Kumpulan sasar ialah penghuni kawasan flat PPR, PPA yang dibantu dalam membaik pulih unit flat / rumah yang mereka diami, mengecat semula dan sebagainya. Sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan.

PM Najib juga mengumumkan Pusat Internet 1Malaysia yang telah dibangunkan oleh SKMM setakat hari ini berjumlah 760 buah pusat dan akan ditambah lagi untuk menjadikan 900 keseluruhannya dalam masa terdekat



*********************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 7
 8
 9
 10

Thursday, 19 January 2017

Melayu akan tetap jadi bangsat sekiranya UMNO / BN menang PRU14

Acara : Pidato Pemimpin Rakyat _ NEGARA TERGADAI

Lokasi : Perkarangan Dewan Meranti, Seksyen U20, Bandar Baru Sg Buloh, Selangor

Tarikh : 19/1/2017



Video 1 - Melayu akan tetap jadi bangsat sekiranya UMNO / BN menang PRU14 kerana Najib Razak akan terus menggadai negara ini demi menyelamatkan diri beliau dalam skandal 1MDB


Video 2 - Najib taja jemaah haji melalui wang haram yang diperolehi dari 1MDB dan tujuan beliau semata mata untuk meraih undi dari mereka yang ditaja


Video 3 - Cerita asal dari Arwah Sulaiman Palestine, datuk kepada Khairuddin Abu Hassan.
Diceritakan semula oleh Dr Mahathir mengenai Guru Agama yang menggunakan macam macam alasan untuk menghalalkan sesuatu yag haram... WAJIB TONTON SAMPAI HABIS :)



*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 10
 11
 12
 13
 14


Wednesday, 18 January 2017

Warga PPBM Putrajaya mahu kelulusan ceramah terbuka di Putrajaya

Acara : Program Warga Putrajaya Bersama Tun Dr Mahathir

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana

Tarikh : 18/1/2017



Video 1 - Ucaptama Dr Mahathir (Full)



Video 2 - Sesi Q& A (Full)

Secara ringkas nya

Min 2.20 - Soalan mengenai sumpah jawatan. Najib  mengenepikan undang undang dengan sokongan IGP. Sumpah jawatan tiada erti nya.

Min 5.30 - Cadangan supaya Dr M mengambil alih jawatan PM selepas PH berjaya memenangi PRU14

Min 8.10 - Soalan mengenai projek ECRL dan pembiayaan yang diperolehi dari China

Min 13.30- Memohon dan mencabar penganjur untuk mengadakan ceramah ditempat terbuka sekitar Putrajaya dan bagaimana cara untuk menurunkan Najib Razak dari jawatan PM

Min 19.45- Apa rancangan Dr Mahathir untuk memulihkan ekonomi Malaysia

Min 25.00- Soalan mengenai tiada tindakan undang undang keatas pemimpin negara walaupun bukti salahlaku jelas dan nyata

Min 31.40- Mengenai kerjasama dengan DAP



*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10