jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Pertubuhan Sahabat Ulil Amri Malaysia rayu Najib Razak diberi Pengampunan Di-Raja mealui warkah kebawah YDPA
Lokasi : Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur
Tarikh : 13/8/2021
Video 1 - Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia memohon pengampunan di-Raja bagi DS Najib Razak dan seterusnya melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim bagi membantu pulihkan ekonomi dan menangani pendamik C19 yang semakin meruncing.
Cadangan ini dibuat setelah PM8 kehilangan sokongan majoriti untuk kekal dalam jawatan.
Najib dianggap calon
terbaik
memandangkan pengalaman beliau sebagai PM6 dan keupayaan beliau memahami masalah yang sedang membelenggu kerajaan PM8 dan seterusnya memperkenalkan penambahbaikan dan solusi yang perlu diambil oleh kerajaan.
Ikuti ulasan Syed Imran mengapa Najib boleh diberi pengampunan di-Raja dan keperluan pengampunan tersebut diberi sekarang
Acara ; Najib razak dihadapkan ke Mahkamah untuk menghadapi 25 pertuduhan
Lokasi : Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, KL
Tarikh : 20/9/2018
#video360 1 - ketibaan Najib razak
#video360 2 - Para penyokong Najib Razak dihalang dari memasuki kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, ketika Najib hadir untuk mendengar 25 pertuduhan keatas beliau. Pihak Polis bagaimana pun kemudiannya beralah dan membenarkan para penyokong masuk hingga ke lobi mahkamah.
#video360 3 - Lokman Noor Adam pertikai cara Najib Razak di tahan pihak berkuasa dan dibawa kemahkamah untuk mendengar 25 pertuduhan keatas beliau sedangkan dokumentasi siasatan masih belum lengkap
Video 4 - Najib Razak kelihatan tenang dan 'composed' ketika sesi sidang media. Beliau mengaku tidak bersalah diatas kesemua 25 pertuduhan (21 PDRM dan 4 SPRM) yang dibacakan dan meminta dibicarakan. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3.5 juta.
Kuala Lumpur 20/9/2018 - #suasana360 di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta semasa Najib Razak dibawa kesini untuk dibacakan 25 pertuduhan keatas beliau, 21 PDRM dan 4 SPRM - Spherical Image - RICOH THETA
Kuala Lumpur 20/9/2018 - #suasana360 diperkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta menanti sidang media samada oleh Shafee Abdullah atau Najib Razak sendiri - Spherical Image - RICOH THETA
Acara : Majlis Tahlil dan Solat Hajat sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-61
Lokasi : Darul Quran Ittifaqiyah, 75 Jalan Keramat Hujung, Datuk Keramat, KL
Tarikh : 30/8/2018
Video 1 -- Ucapan aluan oleh Pengetua Pusat Tahfiz, Ust Mohd Zahid Mahmod. Beliau menceritakan bagaimana Najib Razak menyelamatkan Pusat Tahfiz ini dari dilelong dan seterus nya meluluskan puluhan juta ringgit bagi membangunkan pusat pengajian tahfiz seluruh Malaysia disamping melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.
Video 2 - Antara intipati penting ialah hasrat Najib Razak melihat golongan professional yang terhasil dari pusat pusat tahfiz seluruh negara... terlatif dalam bidang bidang professional dengan berlatarbelakangkan pendidikan agama pemahaman Al Quran yang mendalam.