Google+ Followers

Friday, 22 June 2012

Brig Jen (B) Abdul Hadi perasuah besar ?

Venue : Jalan Pahang, berhampiran sekolah Cina / Masjid Setapak, Kuala Lumpur

Event : Banner bantahan

Date : 22/6/2012 @ 5.00 pm


1. Rasanya baru sangat lagi Anwar Ibrahim memperkenalkan Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab kepada ahli parti semasa perasmian Bilek Gerakan Pilihanraya Parlimen Ampang pada 14/11/2011 yang lalu. 

Selepas itu diikuti pula dengan pengumuman oleh Presiden Keadilan mengenai penyertaan Abdul Hadi kedalam parti dan perlantikan beliau sebagai Pengerusi Perundingan Keselamatan PKR 


 2. Hari ini dalam perjalanan pulang saya terserempak dengan banner yang digantung diatas jejantas pejalan kaki Jalan Pahang sebelum Masjid Setapak seperti tertera dibawah. Abdul Hadi merupakan pegawai tentera berpangkat tinggi yang telah dipecat oleh TUDM dalam kes kehilangan dua enjin jet pesawat juang dari stor TUDM Sg Besi. Abdul Hadi telah menyaman Kerajaan Malaysia dan Ketua Turus Angkatan Tentera kerana didakwa memecat beliau secara tidak sah. 

3. 

4. Abdul Hadi sudah mula muncul dimerata rata ceramah Pakatan Pembangkang dan telah diwar war kan akan menjadi calun dalam PRU 13 akan datang. Nampak gayanya ada pihak dikalangan anggota TUDM atau mereka yang mengenali Abdul Hadi tidak berapa setuju dengan masa depan politik beliau. Mereka sudah mula menzahirkan perasaan mereka... banner di Setapak sebagai permulaan...