jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Penyerahan surat mendesak Lim Kit Siang bekerjasama dengan mengemukakan bukti kepada SPRM mengenai rasuah dalam kerajaan BN
Tarikh : 17/6/2014
Seperti biasa NGO Pertubuhan Media dan Sosial Prihatin mendahului NGO-NGO lain dalam "menghantui" kepimpinan DAP dengan isu-isu pecah amanah dan salahguna kuasa dan fitnah. Kali ini mereka mendesak Lim Kit Siang untuk bekerjasama dengan memberi bukti rasuah dalam kerajaan BN kepada SPRM dalam tempuh seminggu. Ikuti rakaman sidang media pagi tadi.
1
2
3
4
5 Sim Thong Him, Ahli Parlimen Kota Melaka menerima surat bagi pihak Lim Kit Siang
Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor
Acara : Sidang media Anwar Ibrahim mengenai Pemilihan PKR
Tarikh : 16/5/2014
Kejadian yang amat memalukan berlaku sebaik sahaja selesai sidang media oleh Anwar Ibrahim pagi tadi. Seorang lelaki yang mengenalkan diri beliau sebagai Zulkifli Abdullah telah menyerang Khalid Ibrahim dengan menjerit 'perasuah' dan 'penipu' berulang kali terhadap Khalid walaupun cuba dihalang oleh Anwar Ibrahim. Ikuti rakaman kejadian dan seterusnya temuramah dengan penyerang yang datang bersama dengan 60 orang lagi ahli PKR Cabang Kuala Selangor..
Venue : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor
Event : Sidang Media
Date : 26/2/2013 @ 11.30 am
Pakatan Rakyat bergantung kepada kejayaan program membenteras rasuah dan kecekapan dalam pengurusan kewangan negara supaya ketirisan dan pembaziran wang dielakkan. Walaupun tanpa hasil tambahan Anwar yakin penjimatan dari dua initiatif tersbut memadai untuk membiayai segala yang telah di janjikan dalam Manifesto Pakatan...
Orang BN nampak gayanya sudah selesa dengan peranan Taiko Parlimen yang dimainkan oleh Nazri Aziz... nak tegur dia jadi satu permasalahan walaupun isu anak beliau sudah dimainkan pembangkang dan juga ahli UMNO sendiri sejak kebelakangan ini. Ini jenis yang tak boleh ditegur kerana beliau sudah menarafkan diri beliau sebagai CHIEF dalam Parlimen.. Jadi sudah tiba masa anak muda bernama Rafizi Ramli buat muka sardin cari pasal dengan dia... kita semua ikuti sajalah perkembangan dari masa kesemasa kisah mereka berdua ini...
Venue : Taman Seremban Jaya, Seremban, Negeri Sembilan
Event : Himpunan Kebangkitan Rakyat
Date : 3/11/2012 @ 9.30 pm
Keputusan Kementerian Pengangkutan melaksanakan AES (Automatic Enforcement System) menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia, baik penyokong mahupun yang menentang kerajaan. Yang pasti Lim Kit Siang sudah nampak pelbagai sudut dari kemelut yang ditimbulkan sendiri oleh Kementerian Pengangkutan. Bola tanggung diginakan sebaik mungkin sebagai bonus politik. Ikuti versi 'expanded AES' Lim Kit Siang
Selepas itu diikuti pula dengan pengumuman oleh Presiden Keadilan mengenai penyertaan Abdul Hadi kedalam parti dan perlantikan beliau sebagai Pengerusi Perundingan Keselamatan PKR
2. Hari ini dalam perjalanan pulang saya terserempak dengan banner yang digantung diatas jejantas pejalan kaki Jalan Pahang sebelum Masjid Setapak seperti tertera dibawah. Abdul Hadi merupakan pegawai tentera berpangkat tinggi yang telah dipecat oleh TUDM dalam kes kehilangan dua enjin jet pesawat juang dari stor TUDM Sg Besi. Abdul Hadi telah menyaman Kerajaan Malaysia dan Ketua Turus Angkatan Tentera kerana didakwa memecat beliau secara tidak sah.
3.
4. Abdul Hadi sudah mula muncul dimerata rata ceramah Pakatan Pembangkang dan telah diwar war kan akan menjadi calun dalam PRU 13 akan datang. Nampak gayanya ada pihak dikalangan anggota TUDM atau mereka yang mengenali Abdul Hadi tidak berapa setuju dengan masa depan politik beliau. Mereka sudah mula menzahirkan perasaan mereka... banner di Setapak sebagai permulaan...
Drastik dan sadis bunyi nya...sanggupkah Najib Razak menandingi tindakkan yang bakal diambil Anwar Ibrahim dalam menangani isu rasuah dikalangan ahli kabinet beliau??
Saya cuma ingin bertanya...tiada lain cara hukuman ke? Potong tangan atau sebagainya...Mengapa harus disula dan diusiknya JUBUR si perasuah ??? hmmmm sakit nyaaa....
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor
Date : 7/2/2012
Datuk Shamsubahrain yang dituduh menipu Pengerusi NFC telah menyerahkan apa yang dikatakan bukti kukuh berbentuk SMS dari Dato Salleh, Pengerusi NFC yang mengarahkan beliau membuat pembayaran kepada Pengawai Polis yang menjalankan siasatan keatas skandal NFC.
Event : Himpunan Bloggers bersama Ulamak dan Cendiakawan Islam
Tarikh : 18/2/2012
Bloggers tidak boleh dikawal dan kerajaan perlu mengambil pendekatan berbeza dari tindakan undang undang. Kerajaan perlu memujuk bloggers untuk bekerjasama dalam penulisan yang mengarah kesuatu matlamat. Dunia cyber tiada undang undang tidak sama dengan undang undang alam nyata - Kuda Kepang.
Pandangan saya. Masalah nya bloggers juga hidup dan membiak dialam nyata, jadi bagaimana keseimbangan dan keharmonian dapat dicapai? Setiap bloggers harus bertanggungjawab diatas segala penulisan dan pendapat yang mereka siarkan dalam blog masing masing sepertimana juga penulis penulis dan penerbit yang menerbitkan artikel mereka dalam bahan cetak dan penyiaran.
Bloggers akan terdedah kepada berbagai macam bentuk sogokkan dan rasuah sekiranya tiada undang undang dapat mengawal penulisan mereka. Untuk buat duit bloggers cuma perlu buat penulisan yang mengugut dan mengancam sesuatu pihak. Lepas itu tunggu pihak yang berkenaan 'kau tim' dengan imbuhan tertentu... ini amat amat tidak sihat... Saya jemput perkongsian pandangan