Google+ Followers

Sunday, 10 June 2012

Evolusi lebih baik dari Revolusi

Venue : iCity, Shah Alam, Selangor

Event : Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Belia 4B dan Pelancaran Evolusi Kelab Najib Razak (KNR)

Date : 09/6/2012 @ 11.00 am


Belia usah terpedaya



SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak menasihatkan belia di negara ini supaya tidak mudah terpengaruh dengan idealisme pihak tertentu yang sebenarnya ada agenda tersirat di sebalik ‘menjual’ kononnya untuk perubahan.

Perdana Menteri bagaimanapun melahirkan kepercayaan dan keyakinan bahawa belia di negara ini sudah matang untuk berfikir cara kerajaan membawa perubahan kepada negara ini yang dilaksanakan dengan cara evolusi, bukan revolusi seperti pihak berkenaan.

Katanya, belia yang mempunyai akhlak baik dan mulia menuntut kepada perubahan tetapi dalam bentuk akhlak terpuji, sekali gus akan menjamin kelangsungan masa depan negara.

“Saya percaya belia hari ini matang dan mempunyai kemampuan berfikir. Kita tidak mudah terpesong, kita tidak mudah termakan dengan hasutan atau kata-kata manis atau idealisme.

“Sesungguhnya perubahan itu boleh berlaku berdasarkan dua unsur atau dua fenomena. Satu fenomena ialah perubahan dalam bentuk revolusi atau perubahan yang mengejut. Satu lagi perubahan secara evolusi.

“Kedua-dua itu membawa kepada perubahan tetapi bersandarkan kepada sejarah peradaban manusia sejak dulu lagi sehingga hari ini, lebih-lebih lagi dalam konteks kontemporari, perubahan dalam bentuk evolusi adalah lebih berkesan daripada perubahan dalam bentuk revolusi,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan Perhimpunan Agung Tahunan Belia 4B Malaysia ke-36 serentak pelancaran Kelab Najib Razak (KNR) Belia 4B Malaysia.

---baca seterusnya di SINI



1/31
 2.
 3.
4. 
 5.
 6.
 7. Wakil wakil media yang datang awal telah memasang kelengkapan masing masing hampir sejam setengah sebelum Mamat bercermin mata ini tetiba datang buat hura hara. Dia mendesak supaya jurugambar semua beralih kebelakang kerana ada persembahan yang akan berlangsung selepas ucapan Najib. Kenapa tak bagitau awal awal. Acara dah nak bermula dan Najib pun dah tiba diperkarangan lokasi, baru dia terperasan... elok kena buang kerja saja kalau lalai macam ini. 
 8. Lihat lah bagaimana susunan pentas yang amat menyusahkan jurugambar media. Sunflower plastik yang besar diletakkan betul betul disudut rostrum tempat Najib berucap. Tak boleh ke bunga tersebut dialih kesebelah kanan pentas? Saya terpakasa mengambil kedudukan di sebelah kotak speaker untuk mengambil gambar. Hasil nya semua gambar Najib dikelilingi bunga bunga plastik...
 9.
 10.




 11.
 12.
 13.
 14.
 15.
 16.
 17. Anak bongsu Najib & Rosmah. Dia ini boleh berbahasa Mandarin..
 18.
 19.
 20.
 21.
 22.
 23.
 24.
 25.
 26.
 27.
 28.
 29.
 30.
 31.