Google+ Followers

Monday, 11 June 2012

Tamrin memancing UMNO pecat beliau

Venue :Padang PPR, Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor

Event : Ceramah Mega

Date : 10/6/2012 @ 11.00 pm


Tamrin Ghaffar Baba anak arwah Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa zaman Tun Dr Mahathir kini rancak berceramah diatas pentas PAS walaupun masih lagi menjadi ahli UMNO. Intipati ceramah tiada lain selain mencemuh dan menyerang parti beliau sendiri. Bagi saya yang tidak berparti, perbuatan ini amat tidak beretika dan tidak bermaruah. Perbuatan beliau nampak jelas mengundang UMNO untuk mengambil tindakan disiplin keatas beliau. 

Mengenai ceramah malam tadi, saya harap beliau buat sikit kajian mengenai topik yang nak disampaikan kepada orang awam. Dia kata dia sudah puas menipu semasa dalam UMNO, jangan lah disambung lagi penipuan setelah memilih wadah perjuangan yang baru ini pula. 

Lembu NFC tidak dibela untuk beranak pinak. Lembu NFC di bawa masuk bawah skim Feedlot dimana lembu digemukkan dalam masa tiga bulan dengan sistem pemakanan yang di kawal ketat. Hasil yang dijual ialah daging lembu, bukan nya anak lembu atau pun hasil tenusu.

Akhir sekali hanya manusia saja yang tinggal didalam kondominium, bukan nya lembu. Jangan lah terbawa bawa perangai menipu kamu semasa dalam UMNO kedalam dalam parti baru. Jangan dipanjangkan lagi dosa dosa kamu itu. Silap silap nanti parti yang kamu dok mengendeng ini nanti akan reject pulak permohonan kamu bagi mengelak terpalit dengan dosa kamu itu.



1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.