Lokasi : Pusat media, Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media Ketua Penerangan PAS, KL
Tarikh : 20/2/2015
Kenyataan Media
20 Februari 2015
Pendedahan Sirul, PM Usahlah Gelisah, Hanya yang Makan Cili Sahaja yang Terasa Pedasnya.
1. Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengatakan pendedahan terbaru Sirul berkenaan kes Altantuya itu adalah “mengarut”. Sungguh menghairankan kerana Sirul tidaklah menyebut mahupun mengaitkan PM dengan dakwaan dia “hanya menjalankan arahan” dalam kes pembunuhan Altantuya, jadi mengapa pula PM memberi respon sedemikian rupa.?
2. Sewajarnya, apabila Sirul berani membuat pendedahan terbaru dalam kes misteri ini maka Perdana Menteri wajar menyatakan kepentingan untuk menyiasat dan membicarakan kembali kes ini. Kita tidak boleh menafikan kebarangkalian Sirul sudah berani membuat pendedahan itu kerana dia berada di luar cengkaman dan tekanan yang diberikan oleh pihak berkuasa di Malaysia.
3. Pihak berkuasa wajar menyiasat kembali kes ini berpandukan kenyataan Abdul Razak Baginda yang mengatakan kes Altantuya ini hanyalah kes biasa yang sengaja disensasikan sedangkan pada masa sama di dalam wawancara The Malaysian Insider itu, dia sendiri mengaku mengenali dan pernah diugut oleh Altantuya atas sebab peribadi. Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga ada berkata hanya suspek utama yang tahu motif kes ini tetapi sudah pun dilepaskan. Terbaru Tan Sri Musa juga membuat gesaan agar kes ini disiasat semula mengambilkira apa yang didedahkan oleh Sirul.
4. Sirul juga mendakwa “orang penting yang mempunyai motif masih bebas” dan dia hanyalah menjadi mangsa kambing hitam. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat wajar menyiasat dahulu kesahihan apa yang dikatakan Sirul ini sebelum terus menafikan sebegitu sahaja demi mempertahakan imej ketelusan dan keberanian PDRM untuk bertindak tanpa memilih bulu. Pihak PDRM boleh sahaja menghantar pegawai penyiasat ke Australia tanpa menunggu Sirul dibawa pulang ke Malaysia untuk menjalankan siasatan semula terhadap kes ini.
5. Justeru, saya menegaskan kembali agar PM dapat membuat gesaan agar kes ini disiasat dan dibicarakan kembali demi menegakkan keadilan dan mengelakkan penindasan kepada pihak yang di bawah. Usahlah PM resah gelisah kerana bak kata pepatah “orang yang makan cili sahaja yang terasa pedasnya.
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
***********************************************************
Mahfuz turut mengesahkan bahawa beliau kini menunggu visa siap untuk ke Australia dan akan kesana bersama ibu dan adik Sirul, peguam serta pegawai beliau. Beliau juga akan membuat permohonan untuk melawat Sirul di Pusat Tahanan Imegresen Queensland. Mahfuz juga mengesahkan bahawa Sirul telah menyatakan persetujuan untuk berjumpa dengan pihak media dari Malaysia dan satu tarikh yang sesuai akan diatur untuk wakil media pergi dan berjumpa sendiri dengan Sirul di Queensland.
Updated @ 9.55 am 21/2/2015 : Sirul Azhar Umar telah dipindahkan ke Pusat Tahanan Imigresen Villawood Sydney, Australia dan ditempatkan di bahagian berkawalan maksimum
Mahfuz turut mengesahkan bahawa beliau kini menunggu visa siap untuk ke Australia dan akan kesana bersama ibu dan adik Sirul, peguam serta pegawai beliau. Beliau juga akan membuat permohonan untuk melawat Sirul di Pusat Tahanan Imegresen Queensland. Mahfuz juga mengesahkan bahawa Sirul telah menyatakan persetujuan untuk berjumpa dengan pihak media dari Malaysia dan satu tarikh yang sesuai akan diatur untuk wakil media pergi dan berjumpa sendiri dengan Sirul di Queensland.
Updated @ 9.55 am 21/2/2015 : Sirul Azhar Umar telah dipindahkan ke Pusat Tahanan Imigresen Villawood Sydney, Australia dan ditempatkan di bahagian berkawalan maksimum
Sila rujuk respon pembaca di Facebook Minaq Jinggo yang menjurus kepada kesilapan Najib Razak dalam memberi 'respon' kepada soalan yang diajukan oleh wartawan dari Malaysiakini. Mungkin ada benar nya apa yang dikatakan oleh wartawan senior Sa'odah Elias mengenai cara Najib 'rubbishing' atau menolak soalan yang cuba diajukan kepada beliau. Akan tetapi dengan menyebut 'nonsense' atau mengarut telah memberi implikasi bahawa beliau lebih mengetahui perkara yang sebenar dari apa yang telah diberitahu kepada umum selama ini. Jadi ini lah peluang bagi pihak lawan untuk menyerang beliau bagi mencungkil misteri pembunuhan Atlantuya. Jadi hantu Atlantuya sentiasa hidup dan menunggu peluang untuk 'menggigit' bila bila masa sahaja.
1
2
Mr bean dari PAS lagak pandai....minta najib buat sumpah laknat junjung alquran lagi nnpk baru puak ni ketak sikit....dah sumpah kasi saman la.....tuya tu ada kaitan dng razak baginda....razak baginda dah beri keterangan di mahkamah...aras dasar apa PM nk diheret dlm kes ini...
ReplyDeleteAhli parlimen yg sibuk berkawan dgn pembunuh...pg blk pokok sena blanja diorang gunting rambut lg baik..haha
ReplyDeletesepatutnya pm heret perkara ni ke mahkamah baru semua kebenaran terjadi..... bawak Mr been ke maahkamah
Deletepm dah buat sumpah laknat dah bukan macam peliwat tu nak sumpah laknat pun takut''''.......iyelah orang salah.....
DeleteMahfot2. Suka btol kwn dgn penjenayah. Ketua liwat negara kwn dia,pembunuh kwn dia, penagih dadah kwn dia, semua penjenayah mestibsalahkan org lain atas kesialahan diri sendiri. Cuba Tanya ddlm jel, ada tak penjenayah salahkan diri sendiri mass mula2 masuk jel.dah lama masuk Baru dia salahkan diri sendiri.rasanya x lama lg mahfot pun kedalm.
ReplyDeleteSejak bila nak masuk queensland nak pakai visa bagai neh......
ReplyDeleteNak membohong agak2 lah beb..... kalau pakai visa.... jangan kata dia...si shirul tu pun tak lepas kesana beb.... baguslah dia nak kesana si mahfuz nih.... belum apa2 queensland dah kena badai ribut....
ReplyDeleteEntah.....bodoh piang.... mohon visa ke Australia ni pakai online jer... namaya pre-arrival visa. Maksudnya submit secara online untuk maklumkan tarikh mula sampai sana.... australia bukan macam US. Berani ke si fahfuz kesana. Takat makan angin blehlah.... tp nama kata nak berurusan ngan org australia... sure tergagap2 sebab dia bukan pandai cakap org putih.
ReplyDeleteWoi..mahpoz bodo..pi jaga parlimen hang,dah la bodoh...main ckp aje..parti hang pun dok kelam kabut..nak alih cite hang sokong anwar.pi kwsn tu pi tgk org susah la..mkn gaji buta!!
ReplyDeleteNak cite psl pi australia n altantuya buat sidang akhbar..Wauuu....nmpk sngt hang jd barua Pkr.Hang blh ckp org putih ka?? Fakta pun main ckp aje..bnyk duit hang nak bwk famili sirul tu..Kesian Pas ada ahli parlimen bodoh mcm ????.
ReplyDeleteKoperal Sirul dan Inspektor Azilah tak perlu berdolak dalik . Memalukan unit UTK dan nampak sangat tidak professional kerana membunuh seorang perempuan tanpa alasan munasabah....... konon atas arahan pihak atasan? Hulurkan bukti jangan main syok sendiri!!!
ReplyDeletesetuju
DeleteSampai skrg aku pelik mcm mana si Sirul tu bleh lari ke Australia...sekurang2 nya DS Najib komen sikit pasal menda nie openly supaya pihak2 yg bersekongkol utk mengenakan dia dapat dikesan...Pasal Mr Bean tu...alaaa....satu Malaysia dah tau mamat tahap IQ ayam nie akan cuba mengambil kesempatan utk jadi hero cap kicap tiga ayam. Sirul dan Azilah nie pon satu...dlm mahkamah tanak ckp terang2...pusing sana sini...aku lebih percaya yg dua2 ekor tu tersilap paham arahan dan ambil kesempatan dgn kuasa yg ada utk berbuat apa saja kt Altantuya....dan ini lebih kepada masalah peribadi Razak Baginda yg terjerumus dlm skandal hubungan sulit dgn Altantuya. Dia boleh openly mengaku ajer depan public...kena kutuk sikit sana sini sekejap dan Altantuya mungkin akan senyap sendiri. Tak perlu guna channel politik nak selamatkan diri mcm si Anuar dlm isu skandal liwat dia. Skrg satu Malaysia dah susah sbb persepsi dlm dan luar negara seolah2 cerita mengarut nie berkait dgn kapal selam laa...konspirasi la....walhal menda tu cuma masalah peribadi. Ikut cara Soekarno dulu masa Rusia nak frame dia dgn photo2 aksi beliau dgn awek2 Russian...ayam2 yg sengaja dibekalkan oleh pihak Russia sendiri...terang2 dia no hal sbb satu Indon tau dia mmg kaki pompuan...so what..? Tapi dia takde la nak berbelit2 konar baring sana sini utk memberitahu kebenaran atas masalah peribadi dan tugas sebagai ketua negara. Nengok Clinton haa...bila terbelit baru mengaku ada skandal dgn org...Anuar pon sama...dah 7 tahun....dah terbelit sampai saat akhir dijatuhkan hukuman pon bleh klentong gi kata konspirasi. Bodoh piang laa org2 politik skrg nie...dah tau pandai2 la jaga "menda" tu...susah2 kawin je la empat...pastu tak puas cerai satu2 ganti baru setiap tahun...diorang ingat rakyat Malaysia nie bodoh mcm dulu kut walhal skrg orang dah pandai2 laa woi...semua tau cerita tu betul ke tak kecuali yg tegar taksub dan ada kepentingan jer yg sanggup menafikan kebenaran.
ReplyDeleteJika soal motif pembunuhan itu penting, kenapa pihak peguambela tidak mengemukakannya semasa perbicaraan sebelum ni ? Di sini aku nak salahkan pihak peguambela 100% kerana sekiranya motif ini diungkit di mahkamah, berkemungkinan Sirul dan Azilah boleh dilepaskan kerana adanya unsur tekanan, arahan atau ugutan daripada pihak atasan. Tapi malangnya kenapa ianya tidak dijadikan fakta kes.
ReplyDeleteOleh itu, sebelum mintak Najib jawab pasal perkara ni, sila tanyakan dulu kepada peguambela Sirul dan Azilah. Kita pon nak tau jugak kenapa pihak peguambela nak sorokkan benda ni daripada didedahkan kepada umum. Logik tak kalau benda tu boleh dijadikan alasan kukuh untuk melepaskan anak guam tapi peliknya sampai ke sudah tak digunakan langsung. Ada prawn di sebalik mee ke ? Jawablah wahai peguambela. Mana kredibiliti dan integriti kamu sebagai peguambela ?
sebenanya najib tidak ada kena mengena dgn kes ni..oleh sebab razak bagina orang najib maka puak pkr ni ambil kesempatan..isu scorpene dijaja walhal tiada isu langsung..
ReplyDeletedari kau sebuk pasal fitnah ni baik kau berjuang pasal hudud lagi mulia tak payah nak jadi hero pasal benda yang bukan2 parti pas tapi perangai macam laknat.......cari macam mana nak lawan pkr dan dap,,,,,pru 13 tu hari kenapa pas tak menang sebab nya melayu dh menyampah dengan preangai orang macam kau dalam pas.......mahfuz , mat sabu , khalid samad..siapa anak mamak maidin dan sekutu perosak pas....perosak islam dan melayu....aku benci diaorang....pm najib saman je diaorang kita tengok mesti ada cina support d[aorang tolong bayar saman
ReplyDelete