jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Sidang media oleh Azlan Lazim bapa kepada Saiful Bukhary
Tarikh : 1/5/2013 @ 2.00 pm
Sidang media tergempar diadakan oleh Azlan Lazim untuk mengumumkan penarikan diri dari PKR dan penarikan poermohonan maaf kepada Anwar Ibrahim yang dibuat pada satu sidang media di ibupejabat PKR pada 11/3/2013. Beliau juga berikrar akan kembali kepangkuan keluarga beliau dan akan membantu Saiful mendapatkan keadilan di mahkamah dalam kes liwat beliau dengan Anwar Ibrahim.
Tunku Abdul Aziz dituduh sebagai pengkhianat kerana keluar dari DAP semasa memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Pusat DAP. Disebabkan tindakan keluar DAP, calun Melayu dalam DAP dikatakan dipandang dengan penuh curiga oleh perwakilan.
Semalam saya menerima pesanan ringkas melalui telefon (SMS) yang berbunyi seperti berikut "Sdr Zamil Ibrahim mengadakan sidang media PENDEDAHAN VIDEO ANWAR........bla bla bla". Apa lagi bergegas lah saya ketempat yang disebutkan. Seperti yang dijangkakan memang ramai wakil media sudah pun berada disana menunggu pendedahan oleh Zamil Ibrahim.
Kecewa teramat kecewa apabila kami diberitahu bahawa bukan video aksi ranjang Anwar yang hendak didedahkan, tapi video sepanjang 5 minit dalam mesyuarat PKR yang mendedahkan sikap Anwar yang suka menikam kawan dari belakang. Kami tidak diberi salinan video tersebut, cuma transkrip kandungan nya dibacakan oleh Zamil.
Tujuan pendedahan ialah untuk memberitahu para penyokong Anwar terutamanya dari PAS dan DAP bagaimana sikap sebenar Anwar terhadap rakan rakan beliau. Ikuti pendedahan Zamil yang telah dirakamkan dalam video berikut....:
Venue :Padang PPR, Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor
Event : Ceramah Mega
Date : 10/6/2012 @ 11.00 pm
Tamrin Ghaffar Baba anak arwah Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa zaman Tun Dr Mahathir kini rancak berceramah diatas pentas PAS walaupun masih lagi menjadi ahli UMNO. Intipati ceramah tiada lain selain mencemuh dan menyerang parti beliau sendiri. Bagi saya yang tidak berparti, perbuatan ini amat tidak beretika dan tidak bermaruah. Perbuatan beliau nampak jelas mengundang UMNO untuk mengambil tindakan disiplin keatas beliau.
Mengenai ceramah malam tadi, saya harap beliau buat sikit kajian mengenai topik yang nak disampaikan kepada orang awam. Dia kata dia sudah puas menipu semasa dalam UMNO, jangan lah disambung lagi penipuan setelah memilih wadah perjuangan yang baru ini pula.
Lembu NFC tidak dibela untuk beranak pinak. Lembu NFC di bawa masuk bawah skim Feedlot dimana lembu digemukkan dalam masa tiga bulan dengan sistem pemakanan yang di kawal ketat. Hasil yang dijual ialah daging lembu, bukan nya anak lembu atau pun hasil tenusu.
Akhir sekali hanya manusia saja yang tinggal didalam kondominium, bukan nya lembu. Jangan lah terbawa bawa perangai menipu kamu semasa dalam UMNO kedalam dalam parti baru. Jangan dipanjangkan lagi dosa dosa kamu itu. Silap silap nanti parti yang kamu dok mengendeng ini nanti akan reject pulak permohonan kamu bagi mengelak terpalit dengan dosa kamu itu.