Friday 11 January 2013

Penganjur KL112 setuju dengan 27 syarat PDRM

Venue : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media oleh Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112

Date : 11/1/2013 @ 11.00 am


Tidak ada lagi berdolak dalik dan pertukaran lokasi minit terakhir. Stadium Merdeka tetap menjadi lokasi pilihan penganjur dan pihak PDRM sebagai facilitator telah pun bersetuju. 27 syarat dikenakan, kesemua nya dipersetujui tanpa bantahan oleh pihak penganjur.





1.
 2.
 3.
 4.

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SYARAT-SYARAT KEPADA PENGANJUR


Saya ACP ZAINUDDIN BIN AHMAD Ketua Polis Daerah DANG WANGI dengan ini mengeluarkan sekatan-sekatan dan syarat-syarat perhimpunan bagi menentukan keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) kepada MOHAMAD BIN SABU, no. kad pengenalan 541014-07-5575, PENGANJUR HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT pada 12 JANUARI 2013 dari jam 2:00 PETANG hingga 5:00 PETANG di STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR. Sekatan-sekatan dan syarat-syarat adalah seperti berikut 
  1. Penganjur hendaklah memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian perhimpunan tidak melanggar Akta ini atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
  2. Penganjur dan peserta yang berada dalam perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-ap pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam;
  3. Penganjur hendaklah memastikn bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
  4. Penganjur  dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam;
  5. Penganjur dan peserta hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakkan kepada harta atau alam sekitar;
  6. Penganjur dan peserta hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kesusahan yang signifikan kepada orang awam amnya;
  7. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menganggung kos pembersihan tempat perhimpunan;
  8. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan; Tarikh 12 Januari 2013 dari jam 2:00 petang hingga 5:00 petang di Stadium Merdeka.
  9. Penganjur mestilah mematuhi cara perhimpunan yang ditetapkan di bawah Akta 736;
  10. Penganjur dan peserta perhimpunan dikehendaki mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak Polis pada setiap masa bagi menentukan susasana perhimpunan menjadi aman dan keadaan keselamatan orang seta semua peserta perhimpunan yang mempunyai kepentingan terjamin.
  11. Penganjur dan peserta hendaklah menahan diri daripada berkelakuan seara menyakitkan hati atau menggunakan kata-kata kesat terhadap mana-mana orang ketika berlangsungnya perhimpunan
  12. Penganjur dan peserta perhimpunan dikehendaki menentukan tidak berlaku perbuatan khianat/bencana ke atas harta semasa perhimpunan.
  13. Penganjur dan peserta perhimpunan dikehendaki berhimpun secara aman dan tidak boleh membawa apa-apa senjata atau barang yang boleh mendatangkan kemudaratan atau boleh digunakan untuk menimbulkan ketakutan atau menyebabkan kecederaan kepada orang, atau kerosakan kepada harta.
  14. Penganjur hendaklah menentukan tiada protes jalanan.
  15. Penganjur hendaklah menentukan perarakan peserta ke tempat perhimpunan hendaklah dikawalsetia agar tidak mengganggu lalulintas dan orang awam.
  16. Penganjur dan peserta perhimpunan dilarang mengganggu, mengubah dan mendirikan sebarang halangan lalulintas.
  17. Penganjur hendaklah menentukan semua peserta perhimpunan berada di tempat peprhimpunan (di Stadium Merdeka) semasa perhimpunan. Sebarang perhimpunan di tempat lain seperti di masjid dan lain-lain tempat adalah tidak dibenarkan.
  18. Penganjur hendaklah memastikan tiada kenderaan diletakkan di bahu jalan; kiri dan kanan sepanjang Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium dan Jalan Stadium serta Jalan Maharajalela.
  19. Penganjur hendaklah melantik bilangan orang yang difikirkan perlu untuk membantu dalam mengatur kawalan keselamatan terhadap perhimpunan dan perarakan masuk ke tempat perhimpunan (Stadium Merdeka).
  20. Penganjur hendaklah memastikan para peserta perhimpuanan tidak menimbulkan sebarang kekecohan, provokasi dan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan ketidakselesaan terhadap orang awam semasa bergerak ke Stadium Merdeka.
  21. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai dari tempat perhimpunan dalam keadaan teratur tanpa mengganggu keselamatan awam dan lalulintas.
  22. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dibawa ke tempat perhimpunan.
  23. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan sekatan-sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.
  24. Penganjur hendaklah menentukan kerjasama kepada pihak Polis untuk membuat apa-apa bentuk rakaman perhimpunan.
  25. Penganjur hendaklah menentukan semua pembesar suara dihala ke dalam stadium di sepanjang perhimpunan berlangsung.
  26. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk ke dalam stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana terma yang ditetapkan oleh pihak pemilik Stadium Merdeka iaitu “The Merdeka Heritage Trust” dan petugas-petugas yang dilantik oleh penganjur hendaklah memastikan had kapasiti muatan Stadium Merdeka dikekalkan dari permulaan hingga berakhirnya perhimpunan. Jika berlaku limpahan di dalam stadium, adalah menjadi tanggungjawab penganjur bagu menentukan kawalan dan keselamatan bagi setiap peserta.
  27. Penganjur hendaklah menentukan tiada plakad (placard), sepanduk dan kain rentang dipamerkan sewaktu peserta-peserta berjalan masuk ke stadium, sepanjang mereka berada di stadium dan sewaktu peserta-peserta berjalan keluar stadium apabila perhimpunan selesai 

             Syarat-syarat tersebut di atas telah saya baca dan terangkan secara satu persatu kepada penganjur bernama  MOHAMAD BIN SABU No. Kad Pengenalan 541014-07-5575 pada tarikh 10/01/2013 jam 4.25 petang dan telah dipersetujui oleh penganjur. 


4 comments:

  1. Janji PAKATAN songsang mana pernah ditepati!

    ReplyDelete
  2. Aku berdoa agar hujan akan turun dengan lebat besuk. Pakatan haram tidak sudah-sudah menyusahkan rakyat. Mereka hendak merampas kuasa dengan cara ganas. Ada baiknya Tentera dikerah untuk mengawal keadaan di Kuala Lumpur. Jangan haraplah pakatan ini akan menurut arahan pihask berkuasa.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak boleh buat kecoh, mana dia orang nak berhimpun. Macam pegi concert tapi kena duduk senyap2 la. Tak tau la kot2 "concert" kali ni nyanyi lagu2 rohani aje kot?

    ReplyDelete
  4. Kalau tak boleh buat kecoh, mana dia orang nak berhimpun. Macam pegi concert tapi kena duduk senyap2 la. Tak tau la kot2 "concert" kali ni nyanyi lagu2 rohani aje kot?

    ReplyDelete