Google+ Followers

Sunday, 21 April 2013

PRU 13 - Berbelit cerita konspirasi bila klon tak muncul

Lokasi : Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, P44 Permatang Pauh, Pulau Pinang19


Tarikh : 19/4/2013 @ 7.30 pm


Bab mengarang cerita saya terpaksa akui memang susah nak cari tukang karut sehebat Chegu Bard. Dengan segala ilmu penceritaan yang di warisi turun menurun dia mampu 'articulate' sesuatu buah fikiran menjadi suatu cerita konspirasi.

Yang terbaru percubaan Chegu Bard membawa cerita mengenai karekter yang menyerupai Anwar Ibrahim dalam video seks 'ChinaDoll'. Sebelum ini Johari Abdul ada mencuba nasib untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa teknik solekan yang terdapat di Thailand dapat mengubah wajah beliau menjadi wajah P.Ramlee. Sungguh yakin beliau, tapi hasil nya tidak menyakinkan langsung.

Klon yang ditunggu hadirin tidak dapat dihadirkan, sebaliknya cerita konspirasi Polis Thailand pulak yang dicanang oleh Chegu Bard. Kalau boleh Barrack Obama pun hendak diheret sekali bagi menyedap cerita konspirasi. Ikuti rakaman video yang telah saya lakukan dan anda nilai sendiri lah kesahihan cerita Chegu Bard...