Monday, 15 April 2013

Rafizi menyaman PapaGomo sebelum PRU13

File pic.


SAMAN PAPAGOMO UNTUK MATIKAN BUDAYA FITNAH BERLELUASA

Pada 11 April 2013, laman Papagomo menyiarkan kembali artikel yang menuduh saya dipecat dari PETRONAS kerana pelbagai masalah disiplin, termasuk ponteng kerja dan membuat tuntutan palsu. Itu bukan kali pertama laman Umno tersebut menyiarkan berita-berita seperti itu yang memfitnah saya tanpa ada sebarang asas.

Ekoran dari penyiaran berita palsu itu, saya telah menulis di blog saya menerangkan bahawa saya tidak pernah dipecat, sebaliknya meletakkan jawatan dari PETRONAS untuk bertukar kerjaya. Sehingga kini tidak ada sebarang pembetulan yang dibuat oleh Papagomo mengenai berita palsu yang direka-rekanya itu.

Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan peguam saya, Saudara Razlan Jalaluddin untuk mula mengambil tindakan saman terhadap Papagomo atas penipuan dan berita palsu tersebut. Satu surat tuntutan akan dihantar secepat mungkin kepada Papagomo untuk memulakan proses undang-undang.

Saya percaya Papagomo akan mencari pelbagai alasan untuk tidak menerima surat tuntutan tersebut, termasuklah menafikan bahawa Wan Muhamad Azri Wan Deris bukanlah Papagomo. Malah, tindakan mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh adalah helah Papagomo untuk meletakkan orang lain yang akan mengaku dirinya Papagomo, untuk bersembunyi dari tindakan-tindakan saman ini.

Saya menjangkakan akan berlaku pertukaran kerajaan selepas 5 Mei 2013, yang membolehkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memainkan peranan dengan lebih berkesan mengesan individu-individu yang berselindung di sebalik blog untuk menyebarkan fitnah seperti Papagomo.

Sebab itu saya yakin menjelang kes saman ini mula dibicarakan di mahkamah, Wan Muhamad Azri Wan Deris atau Papagomo tidak lagi boleh bersembunyi dan terpaksa menerima hukuman atas fitnah-fitnah yang dibuatnya selama ini, termasuklah terhadap diri saya melalui berita palsu yang disiarkan minggu lepas. Hanya dengan cara ini kita akan berjaya membendung budaya fitnah yang sudah menjadi amalan harian blogger Umno.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

15 APRIL 2013

16 comments:

  1. memanglah tak dibuang tapidengan kata lain dinasihatkan berhenti atau letak jawatan sebab ada kes...kesian la nanti tak dpt graduti dan cari kerja tpt lain

    ReplyDelete
  2. Amboi, belum berkuasa dah ada hati nak gunakan agensi kerajaan untuk kepentingan diri

    ReplyDelete
  3. kaki jilat jubur jugak dia nih. sian kat bini dia..

    ReplyDelete
  4. diaorang kalau menang memang akan salah gunakan kuasa. tapi tentera ada,jgn takut.pr kan bencikan askar

    ReplyDelete
  5. pokemon! korang le yg paling dasyat tabur fitnah...cakap macam haram je..

    ReplyDelete
  6. memang betul, especially si Rafizi, silembu Gay nih

    ReplyDelete
  7. janji ada spender haha..nuar, stopa, rafizi lembu ...ubah dari pr ke psr ....PARTI SAMAN RAKYAT...HAKHHHTUIHH.

    ReplyDelete
  8. ekekkekekkk... akak suka..akak suka....samanle selagi bole wahai silembut oiiii....

    ReplyDelete
  9. Fitnah konon...padahal depalah kaki fitnah no 1 dalam Malaysia nih..kalau kena tang batang hidung depa siap dgn berbagai alasan dan alibi dorang nak kona baring..

    ReplyDelete
  10. kau ni masih dalam keadaan mamai lagi ke atau mimpi silembut oooiii...

    ReplyDelete
  11. rafizi kata 5 mei tukar kerajaan langkah spender aku dulu

    ReplyDelete
  12. tukar kerajaan tengkorak bapa dia lah..... ada hati nak memerintah lah tu

    ReplyDelete
  13. Jadi Menteri dalam drama boleh lah....

    ReplyDelete
  14. Kesian sungguh para komenter kat sini. Menulis mcm budak skolah kampung

    ReplyDelete
  15. Kesian bendul kat ko ni,,,tersosat masuk blog.....

    ReplyDelete
  16. Rafizi menjangkakan pertukaran pemerintah... muka sardin.

    ReplyDelete